Ayam Masak Kicap Tanpa Goreng Dan Kehidupan Di London
Saya dah masuk 5 bulan berada di UK dan Alhamdulillah kerana tinggal bersama anak cucu yang menjadikan hidup saya sentiasa ceria dengan gelak tawa Ammar dan Aliya. Lagi pun kami tak lama di sini, cukuplah sekadar merasa hidup di negara 4 musim secara full cycle.
Cuma yang tak happy di sini, selain rindu anak cucu yang lain ialah bab makan. Bukan semua lah kerana banyak makanan kita ada jer di sini. Cuma bila bab mencari ikan seperti tempat kita, ikan yang pelbagai jenis memang susah nak jumpa di sini. Nak mencari sotong macam tempat kita pun susah. Kalau senang, boleh jer masak pelbagai lauk sepertu Malaysia di sini.
Jadi lauk kami hari hari ayam, daging. Sesekali ada Nana beli udang tapi saya tak boleh makan udang. Sesekali saya beli lamb tapi Nana pula tak makan lamb.
Lagi satu tak best di sini ialah sebab tukaran duitnya. Walaupun harga barangan secara perbandingan lebih murah jika kita mendapat income dari sini. Harga sepinggan pasta atau steak boleh dapat bawah dari £10- £25. Kalau di Malaysia sepinggan tentunya RM50-RM100. Beli satu bekas makanan di sini, boleh dapat 4-5 bekas di Malaysia gitu. Jadi kalau makan luar memang kena berjimat. Sekali makan, tak lari lah RM300-500 untuk kami.
Tapi jika ditanya kalau saya mahu datang lagi selepas ini ke UK, jawabnya ya, saya memang nak datang lagi. UK ni negaranya sangat cantik dengan pemandangan, dengan bangunannya. Kalau sebelum ini hanya tahu tempat tempat menarik sahaja di luar London, bila dah di sini bolehlah explore bandar menarik di luar London.
Selain itu, saya sukakan cuaca di sini yang sejuk. Cuma bila terlalu sejuk tu, tak best juga. End up pagi lagi saya dah berselimut. Dapatlah merasa hidup bebas aircond dan kipas angin. Lagi lagi bagi orang macam saya yang cepat berpeluh dan tak tahan panas, memang sukalah cuaca macam ni. OK setakat ini dahulu, sehingga bertemu lagi jom kita masuk pula bab masakan.
Saya hari ini menyediakan ayam masak kicap tanpa goreng. Kalau biasa kita masak kicap, masak merah, masak sambal dll kan kita akan goreng dulu ayam selepas dilumur dengan garam dan serbuk kunyit.
Kali ini tak goreng dulu. Jadi rasalah macam ayam yang kita masak lemak tapi nya ia berasa kicap. Tapi isi ayamnya lembut dan tidak pejal seperti yang digoreng. Kalau dah hari hari di sini makan ayam, kena cuba mencari kelainan lah kan.
Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Jangan lupa video di Azie Kitchen Youtube Channel di SINI. Selamat mencuba…
Ayam Masak Kicap Tanpa Goreng
Oleh: Azie Kitchen
Bahan hiris:
1 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
1 inci halia
Bahan bahan:
½ ekor ayam
2-3 sudu besar sos tiram
Kicap manis secukupnya
Sedikit air
Garam
Serbuk pati ayam
Serbuk lada sulah
Cili padi
Daun bawang
Cara cara:
Panaskan minyak dsn tumis bahan hiris sehingga naik bau. Masukkan sos tiram dan kacau rata.
Masukkan sedikit air dan kacau rata. Masukkan ayam dan masak sehingga air ayam kering.
Masukkan air untuk kuah dan untuk empuk ayam. Masukkan kicap secukupnya.
Tutup kuali dan biarkan sehingga ayam masak. Masukkan garam, serbuk pati ayam dan serbuk lada sulah.
Masuk cili padi dan daun bawang. Kacau rata.
Tutup api.
Catat Ulasan for "Ayam Masak Kicap Tanpa Goreng Dan Kehidupan Di London "
Add your comment