Shopping Dan Makan Makan Di Oxford Street
Kebanyakan percutian saya ke London, mesti disertai Nellisa. Rasanya 2 kali jer yang dia tak turut serta. Setiap kali ke London dengan dia, mesti kami akan keluar shopping sama sama. Jadi kali ini, bila Nelly dah ada di London, barulah saya berpeluang untuk turun ke Oxford Street. Kalau saya saja saja nak ke sana, memang tak lah.
Saya memang tunggu dia untuk meneman dan memilih baju untuk saya. Semua baju saya, memang Nelly yang pilihkan. Nana pun minta Nelly tolong belikan baju untuk Ammar dan Aliya. Kalau nak shopping dengan budak kecil, memang susah.
Sehari selepas balik dari Kent iaitu pada 1 September, Nelly mengajak saya keluar ke Oxford Street untuk shopping baju Aliya dan Ammar. Nana selalunya tak ada kesempatan untuk shopping. Ammar dan Aliya belum mula sekolah, nak tinggalkan mereka di rumah pun rasa kesian lah pulak. Jadi kami pun bawa sekali. Lagi pun budak budak ni lebih behaved bila ibu dan abi mereka tiada bersama.
Kami naik bas 188 direct ke Tottenham Court Road dan berjalan ke tempat untuk melihat lighting show dulu.
Kemudian kami ke EL&N untuk makan kek dan dessert. Aliya sangat seronok tengok dessert yang cantik dan menambah sampai 2 pinggan maccaron. Usahkan budak, kita tengok pun jadi rambang mata, tak tahu nak pilih apa. Kalau at Malaysia mesti dah ambil macam macam. Kat London ni, kena berhemah sikit.
Saya pilih tiramisu dan Ammar pilih kek coklat fondant dengan ice cream gelato. Tapi secara jujur, tiramisu sini tak sedap. Sedap lagi tiramisu di Feya. Tiramisu bila dipotong pun dah nak tumbang sebab lembik.
Harga bil semua sekali £65.00 Hmm sekali makan dah lebih RM400. Itulah kalau di London ni, memang kena berjimat. Lain lah kalau kita datang bercuti sahaja. Sekali sekala nak berbelanja dan makan sedap.
Kami kemudian berjalan ke Primark. Seperti biasa, saya dan Aliya tunggu di cafe sahaja. Senang dan lagi mudah untuk Nelly memilih baju untuk dia. Kemudian Nelly akan bawa baju ke cafe untuk cuba dan tengok size.
Nelly dengan Ammar sahaja yang mencari baju baju. Lama juga kami di sini kerana nak mencari baju budak budak bukan mudah sebenarnya. Habis lah juga RM900 untuk baju mereka.
Dah selesai shopping, kami kemudian menunggu bas depan John Lewis untuk mengambil bas 139 dan tukar di Waterloo untuk naik bas nombor 1. Kami turun berhampiran St James supermarket. Singgah beli daging, tulang lembu dan ayam untuk dimasak sepanjang Nelly ada di sini.
Sebelah malam, mereka semua keluar ke Smyth untuk beli birthday present yang Ammar tuntut dari Nelly sempena harijadi dia dan ke Tesco. Saya tak ikut pun sebab nak berehat selepas kepenatan berjalan di Oxford Street.
OK setakat ini dahulu, semoga berjumpa di entri seterusnya...
Catat Ulasan for "Shopping Dan Makan Makan Di Oxford Street "
Add your comment