Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Sambal Sardin Dan Kelebihan Istighfar



Saya ingin kongsikan petikan dari video Tokku Pasir Gudang bab kelebihan istighfar. Semua urusan dalam hidup kita, ubatnya ialah istigfar. 

Semua para nabi dan para anbiya antara sunnah yang mereka tinggalkan pada kita ialah istighfar. Sesungguhnya aku beristighfar pada Allah. Aku bertaubat pada Allah setiap hari 70 kali sehari. Setiap hari 100 kali. Ini sunnah nabi yang tak boleh kita tinggal. 

Waktu paling baik untuk istighfar ialah sebelum Subuh. Ambil lah masa 5 minit untuk istighfar. Letak satu target untuk istighfar, contoh 100 kali. Kalau tak nak buat 1000 kali. Supaya kita terbiasa macam tu. 

Ini adalah kerana istighfar adalah sunnah Nabi dan istighfar boleh melapangkan dada kita. Kesempitan dada dengan banyak masalah, dengan sedihnya dengan masalah hidup. Selagi kita hidup, kita akan ada masalah baru. Setiap hari ada masalah baru. Masalah semalam dah selesai. Jadi tidak ada penyuci atau penghibur pada masalah atau pelapang dada melainkan memperbanyakkan istighfar. Istighfar akan melapangkan dada. Ini disebut dalam hadis Nabi. Siapa yang melazimi istighfar Allah akan menghilangkan dukacita di hatinya. 

Allah akan hilangkan kesempitan dia dan Allah akan berikan rezeki yang tidak disangka sangka. Takkan kita tak nak tawaran yang hebat ini. Setiap kali ada masalah, akan attack kat dada kita. Sempit dada, susah hati, banyak fikir. Akhirnya tak boleh tidur dan ada mood dengan orang. Mood tempat kerja masalah. Semua jadi masalah. Maka jawapannya banyakkan istighfar. 

Saya dah Istighfar tapi tak lapang juga. Maknanya tak banyak lagi tu, buat lagi. Macam kita makan tapi tak kenyang lagi, jadi makan lagi. Makan ubat tapi tak sembuh, makan lagi. Kena ada penambahannya. Kata ulamak istighfar ini penyebab pada rahmat Allah. Asas pada rahmat Allah ialah istighfar. 

Kata Abu Hasan al Shari kita ada 2 benda yang  mengamankan kita kat dunia. Pertama Rasulullah. Dan kedua, istighfar. Rasulullah telah wafat. Itu pengaman kita kat dunia dulu tapi Rasulullah dah wafat. Tinggal lagi bagi kami ialah istighfar. Ini pengaman dan penyebab Allah beri rahmat. Bila sebut aman tu makna Allah pandang kita dengan pandangan belas kasihan. 

Bila ada masalah kita nak Allah pandang kita dengan rahmat dia. Dengan simpati dia. Kita hamba yang lemah. Kita tak nak Allah pandang kita dengan murkanya. Akhirnya bila ada masalah, makin besar masalahnya.  Kita nak Allah simpati pada kita. 

Maka istighfar ini salah satu penyebab rahmat Allah. Rasulullah rahmat kita dunia akhirat. Nabi bersabda aku rahmat yang Allah hadiahkan pada kamu. Tapi Rasulullah dah wafat.  Ini yang Rasulullah tinggalkan untuk kita lazimi. 

Istighfar itu ialah kekuatan dan kebaikan. Bila kita rasa lemah, nak kuat balik kita istighfar. Allah akan tambah kekuatan pada kita. Dan dengan istighfar yang penting ialah Allah ampunkan dosa kita. Dan Allah menjauhi kita dari azabNya. Dengan istighfar Allah tolak bala bala ujian yang tak mampu kita pikul dengan badan kita. Sehingga di sini dahulu, semoga bermanafaat. 



Saya memang peminat sardin, kalau ada sardin mesti dah kenyang pun tetap nak makan. Selain makan dengan nasi, saya suka jadikan sambal sardin sebagai inti sandwich. 

Saya akan letak timun, buah tomato dan bawang besar sebagai pelengkap. Aduhaai memang tak pernah jemu makan sandwich sardin macam ni. 

Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Jangan lupa video di Azie Kitchen Youtube Channel di SINI. Selamat mencuba.....  



Sambal Sardin
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
1 tin sardin
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
2 sudu besar cili kering kisar
½ keping asam keping
Sedikit garam
Sedikit serbuk perasa
Minyak masak

Cara cara:
Panaskan minyak dan tumis bawang hiris sehingga layu. Masukkan cili kisar dan tumis sehingga cili masak garing. Masukkan sedikit air dan tumis lagi sehingga terbit minyak. 

Masukkan sardin sekali dengan sos. Kacau rata. Masukkan asam, garam dan serbuk perasa. Masak sehingga kering yang disukai. 

Setelah terbit minyak, boleh tutup api. 



Selamat mencuba…




Catat Ulasan for "Sambal Sardin Dan Kelebihan Istighfar"