Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Rendang Daging Menggunakan Pes Rendang Azie Kitchen



Saya menyediakan Rendang Daging untuk dimakan dengan pulut kuning. Di london memang semua bahan masakan Asian ada tapi nak mencarinya susah. Bukan semua supermarket ada. Yang ada dijual di kedai atau supermarket Oriental yang terletak jauh. 

Di Bermondsey tempat kami tinggal, memang tak ada. Yang ada di Stratford, Queensway, Elephant Castle tapi itu pun kadang tak semua barang ada. Kadang nak cari kacang panjang pun tak ada. Cari daun kesum pun susah, sehingga saya kena tanam sendiri.


Jadi cara yang paling mudah ialah menggunakan pes rendang (ready to cook) Azie Kitchen. Bukan sahaja mudah tapi sedap. Hanya tambah santan dan sedikit air sahaja. Terpulang untuk guna ayam atau daging atau apa apa sahaja sebagai protin. Tak perlu tambah apa apa.

Cuma kalau menggunakan santan kotak, boleh tambah sedikit minyak untuk rendang jadi lebih cantik. Tak nak pun, tak apa jer. Kita tak letak banyak minyak kerana mahukan timbangan pes lebih banyak. Bukan berat timbangan dengan minyak. Haa gitu.


Kalau ada daun kunyit pun, boleh hiris dan tabur. Kalau tak ada pun tak apa. Jom tengok gambar gambar yang saya kongsikan. Kali ini saya menggunakan 500 gram daging dan mahukan lebih serdak untuk makan dengan pulut kuning kan. Pes pula hanya satu pek. Sangat berbaloi baloi kerana ianya rasa homecooked rendang, bukan rasa rendang daging retort. 

Kalau ada yang berminat, boleh dapatkan di tiktok Azie Kitchen Blogger Shop atau Shopee. Klik link di SINI



Catat Ulasan for "Rendang Daging Menggunakan Pes Rendang Azie Kitchen"