Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Mee Hoon Goreng Daging Terpaling Sedap



Hari ini saya bawa Ammar dan Aliya bermain di playground dekat dengan Jerman Play School sementara menunggu Nana tiba di Bermondsey Station. Nana dan Alain menyertai larian London Big Half Marathon 2025 yang berakhir di Cutty Sack, Greenwich. 

Nana install apps di handphone saya untuk tracking di mana dia. Jadi saya boleh pergi ke jalan raya tempat laluan larian untuk rekod video dan gambar Nana. 


Aliya memang boleh jadi strong supporter. Bila nampak jer Nana, Aliya siap menjerit lagi, Ibu, Abi where are you going. Go ibu go. Go Abi. Hahaha sweet sangat. 

Marathon orang putih ni memang nampak meriah dan happening. Mereka siap bernyanyi dengan kuat untuk menambah semangat. Semua berlari, tak nampak yang berjalan kaki walaupun masa tiba di Bermondsey bus station dah 13 km. 

Nana memberitahu ada orang buta juga berlari tapi ada guide. Waah hebat orang putih ni. Itu sebab Nana selalu menyebut kat saya, tengok orang putih, tua tua pun masih berjalan kaki secara aktif. 

Nana juga memberitahu ada terjumpa 3 orang Malaysia yang bekerja sebagai Pilot dan cabin crew yang datang ke London semata mata untuk menyertai London Marathon. 

Marathon di sini tidak sama dengan negara dari segi cuaca di mana walaupun panas tapi angin bertiup sejuk. OK seperti dijanjikan, kita masuk pula bab resipi mee hoon yang saya kongsikan video pendek di IG dan Threads. 



Saya memang dah lama teringin nak makan mee hoon sebab di sini mee hoonnya lain dengan mee hoon di Malaysia. Jadi bila Nelly datang minggu lepas, saya minta dia bawakan  2 pek mee hoon. 

Mee hoon ini adalah pelbagai cara ianya dimasak. Bukan resipi yang menentukan tetapi teknik memasak yang membezakan kesedapannya. Nak cari mee hoon sedap di kedai atau restoran, memang susah. 

Lagi lagi kalau restoran masakan panas jer. Mereka memasak untuk siapkan order. Sedap atau tidak itu, tidak kira. Nak makan mee hoon goreng sedap, kena makan home cooked mee hoon yang dimasak untuk famili atau untuk tetamu yang datang berkunjung. 

Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Jangan lupa video di Azie Kitchen Youtube Channel di SINI. Selamat mencuba….


Mee Hoon Goreng Daging
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
175 gram mee hoon
2 sudu besar sos cili
1 sudu kecil garam
2 sudu besar gula
Daging/ayam atau yang disukai
Sayuran disukai
1 biji telur
Cili merah - hiris
Daun bawang - hiris
Bawang goreng
Minyak masak

Bahan kisar:
1 genggam bawang putih
1 genggam ikan bilis
2 jemput cili kering

Cara cara:
Rendam mee hoon seketika sahaja dalam air biasa. Tos dan ketepikan. 

Panaskan minyak. Tumis bahan kisar sehingga terbit minyak. Masukkan air dan ulang proses terbit minyak beberapa kali (untuk lebih garing dan sedap). 

Masukkan daging dan kacau sehingga empuk. Masukkan air untuk cepat empuk dan tumis sehingga daging empuk dan terbit minyak. 

Masukkan sos cili, garam dan gula. Kacau rata. Jika kering, masukkan sedikit air. 

Masukkan sayur dan kacau rata. Masukkan telur. Kacau rata. 

Masukkan 1 cawan air (untuk lembutkan mee hoon) dan masak sehingga mendidih. 



Masukkan mee hoon dan kacau rata sehingga mee hoon lembut dan terbit minyak. 


Masukkan cili dan daun bawang. Kacau rata. 

Ketika dihidangkan, tabur bawang goreng. 


Selamat mencuba….



Catat Ulasan for "Mee Hoon Goreng Daging Terpaling Sedap"