Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Mee Goreng Yang Dirindui



Saya membuat senarai untuk Nellisa beli dan bawa ke London. Antaranya ialah mee kuning dan mee hoon vercimille. Di London, keduanya agak susah diperolehi. Kalau ada pun, tak sama dan tak rasa sesedap di tempat kita.

Jadi dah ada, mee kuning saya pun tak sabar lah untuk memasaknya. Lagi pun mee kuning tidak tahan lama, jadi kenalah dimasak cepat. Seperti biasa, kalau nak masak mee atau mee hoon goreng, saya rasa lebih sedap jika menggunakan daging. Lagi lagi pulak daging di sini memang segar dan lembut. 

Cara saya menggoreng mee, boleh tengok di video yang saya kongsikan sebelum ini di Azie Kitchen youtube channel di SINI. Cara ini dan resipi ini yang sesuai dengan citarasa saya. Saya kalau bab mee goreng memang agak cerewet. Kadang nampak sedap tapi bila disuap jer ke mulut, dah tak kena dengan tekak. 

Jadi kalau mee goreng, memang kena masak sendiri baru terasa kena dengan selera. Selera saya lah. Mungkin selera orang lain, lain lah pulak. Kalau ikut cara saya, akan dapat lah mee goreng yang saya gemari. Itu sahaja. Tak pasti samada ianya sedap pada orang lain. 


Saya memasak di London ini kena ubahsuai menggunakan bahan bahan di sini kerana bahan masakan tidak sama dengan tempat kita. Contoh kat sini bawang merah, tak ada. Kalau ada pun rasanya tak sama. Jadi saya guna bawang besar India. Bawang besar india ni pun, bukan semua tempat ada jual. Kena pergi cari di kedai kedai Arab atau Pakistan sahaja. 

Begitu juga cili kering, di sini kawan saya dah beritahu sebelum saya datang. Katanya tak sedap dan pedas. Jadi saya bawa cili kering dari Malaysia. 

Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Selamat mencuba.... 


Mee Goreng Di London
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
500 gram mee kuning
Sedikit garam dan serbuk perasa
Daging/ayam - ikut yang disukai
2 biji telur
Sayur bok choi
Daun bawang

Bahan kisar:
1 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
1 sudu besar cili kering kisar - ikut pedas disukai

Bahan lain:
3-4 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos tiram
Kicap manis secukupnya 

Cara cara:
Panasan minyak dan tumis bahan kisar sehingga benar benar masak dan garing. Masukkan air dan tumis sehingga terbit minyak lagi. Boleh ulang beberapa kali proses masuk air untuk pastikan cili benar benar masak. 

Masukkan daging atau ayam atau udang dan kacau rata sehingga daging masak. 

Masukkan bahan sos dan kicap. Kacau rata. Masukkan setengah cawan air untuk lembutkan mee nanti. Masak sehingga mendidih.

Masukkan batang sayur dan kacau seketika.

Masukkan mee kuning (dibasuh manja jer) dan kacau rata. Masukkan daun sayur. Kacau rata.

Ketepikan sedikit dan tuang telur. Timbuskan telur dengan mee seketika sahaja agak agak telur masak, baru dikacau rata.

Akhir sekali, masukkan daun bawang. Jika perlu, masukkan sedikit garam dan serbuk perasa. Kacau rata dan boleh tutup api.

Nota:
Jika suka, boleh juga masukkan buah tomato dan cili merah di akhir sekali. 






Catat Ulasan for "Mee Goreng Yang Dirindui"