Majlis Resepsi Perkahwinan Juita dan Faiq Di Hotel Concorde Shah Alam
Majlis resepsi di Hotel Concorde Shah Alam diadakan pada keesokannya selepas majlis pernikahan di Glamhall Damansara. Boleh klik entri majlis pernikahan di Glamhall di SINI. Untuk persediaan majlis resepsi ni, kami banyak mengadakan meeting dengan pihak hotel, pihak pelamin dan pihak wedding planner bagi memastikan kelancaran majlis.
Yang paling saya risau ialah bab pelamin kerana kali ini kami mengambil dengan vendor luar kerana Juita mahukan pelamin yang lain dari yang disediakan oleh vendor hotel. Jadi risau juga hasilnya. Dan memang seperti dijangka, perlu pengubahsuaian dan siap sepenuh beberapa minit sebelum ketibaan tetamu. Saya memang stress dan redha jika itulah hasilnya. Tapi Alhamdulillah, dapat disiapkan.
Kali ini abang, kakak dan adik serta anak anak saudara saya menginap di hotel yang sama. Jadi mereka telah siap dan berada di dewan sebelum saya turun lagi. Saya banyak mendapat mesej dari tetamu yang mereka mungkin lewat kerana kesesakan jalan raya yang teruk disebabkan hujan.
Oleh kerana Maghrib agak lewat, jadi memang rushing sangat untuk solat dan bersiap. Selepas solat, baru saya pakai shawl. Ketika saya sedang bersiap, terkejut bila melihat jam dah menunjukkan hampir pukul 8.00 malam di mana ketibaan tetamu sepatutnya 7.45 malam. Tergesa gesa saya bersiap dan seperti biasa, lift pun sesak juga.
Ketika saya sampai di pintu masuk, ramai tetamu telah berada di dalam dewan. Saya menyambut ketibaan tetamu di hadapan pintu masuk dewan. Ini adalah antara gambar gambar yang diambil dengan tetamu yang hadir.
Ini pula gambar dengan geng BFF saya, Datin Setia Nursinah, Datin Mai Zatul Akmar, Hajah Badariah dan Puan Mariam yang telah pun berada di dalam dewan tapi bila mereka nampak saya di live screen, mereka datang bertemu saya untuk bergambar.
Alhamdulillah ada lah gambar bersama mereka. Kalau ke mana mana majlis kawin bersama sama, memang ini lah agenda kami iaitu bergambar bersama. Dalam kesibukan, sempat juga bergambar bersama anak menantu dan cucu cucu sebagai kenangan.
Sebaik Juita dan Faiq turun diiringi oleh Don, designer pakaian pengantin Juita, terus masuk ke bilik VIP untuk bergambar.
Sejurus kemudian pengacara majlis, Encik Syahrudin Hanib mengumumkan berangkatan masuk tetamu VIP ke dalam dewan. Tetamu VIP kami kali ini ialah YB Senator Dato Setia Salehuddin Saidin, YB Dato Seri Mohd Shafie Abdullah dan YBhg Encik Wan Saifulrizal Wan Ismail bersama pasangan masing masing.
Selepas itu, baru saya dan suami berjalan masuk untuk sama sama duduk di kerusi yang disediakan untuk acara merenjis dan salam restu.
Kemudian pengacara majlis telah mengumumkan berangkatan masuk kedua dua pengantin dengan didahului oleh cucunda kami, Nurhana Medina sebagai flower girl.
Kedua pengantin bergambar seketika untuk photographer sebelum duduk di pelamin. Dan diadakan light show sebelum majlis bermula.
Majlis dimulakan dengan emcee menjemput Iman Surau Ad Dhuha Kota Damansara, Nik Mohd Thalhah, jiran kami yang merupakan cucunda kepada Almarhum Tuan Guru Dato Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat untuk bacaan doa selamat.
Saya tetap memutuskan untuk mengadakan majlis merenjis bersama salam restu sekadar untuk mengekalkan acara tradisional zaman zaman dahulu.
Selesai salam restu, kami beredar di bahagian kanan pelamin untuk acara ucapan dari kami sebagai host majlis pada malam tersebut.
Selepas itu, kedua pengantin turun dari pelamin untuk makan malam bersama semua tetamu. Kami mengambil kesempatan untuk berjalan dari meja ke meja untuk bertemu dengan tetamu secara lebih dekat.
Semasa makan malam, majlis diserikan dengan persembahan dari kumpulan Tona Producation yang memainkan violin. Kami mengambil package yang menpunyai penyanyi sekali. Saya juga memohon sahabat kami Dr Abdol Aziz Sahat untuk menyumbangkan satu lagu.
Selesai jamuan makan, Juita dan Faiq sekali lagi naik ke pelamin untuk acara memotong kek perkahwinan.
Selesai acara memotong kek, maka selesailah juga majlis resepsi perkahwinan Juita dan Faiq. Seperti biasa, diadakan sessi bergambar antara pengantin dengan keluarga kedua belah pihak, sahabat handai dan rakan rakan sekerja Juita dan Faiq di KWSP.
Kami juga tidak lupa untuk bergambar kenang kenangan dengan keluarga dan sahabat handai yang datang memeriahkan majlis Juita dan Faiq.
Dengan itu selesailah majlis resepsi sebelah keluarga kami. Alhamdulillah majlis berjalan lancar walaupun berlaku kesesakan lalu lintas. Kehadiran tetamu juga sangat baik. Kami sangat sangat menghargainya.
Ada beberapa orang tetamu yang tidak dapat hadir di saat akhir atas sebab sebab yang tidak dapat dielakkan. Namun mereka bermurah hati untuk memberikan sumbangan dengan QR terus kepada akaun bank pengantin. Terima kasih dan semoga Allah mempermudahkan segala urusan kerana memudahkan urusan kami sekeluarga.
Bila mengadakan majlis secara seated, memastikan kehadiran tetamu adalah bahagian yang paling mencabar. Ya lah kita tak mahu lah membazir kan. Kerana kalau tetamu tidak hadir, kos untuk 2 orang telah tetap dibayar. Jadi jika notis yang diberi mencukupi, kita akan cuba cari ganti untuk memenuhkan meja.
Saya bersyukur kerana sehingga kini 3 orang anakanda kami telah pun berumahtangga. Tinggal 2 orang sahaja lagi. Dengan usia yang meningkat, pastinya kita tiada kudrat untuk mengadakan majlis besar lagi yang memerlukan banyak kecergasan. Saya pun hari tu kebimbangan juga kalau kalau kaki cramp bila dah lama tak pakai kasut bertumit. Hahaha.
OK setakat ini dahulu. Sehingga kita bersua lagi untuk resepsi majlis resepi sebelah Faiq pula. Salam sayang buat semua.
Catat Ulasan for "Majlis Resepsi Perkahwinan Juita dan Faiq Di Hotel Concorde Shah Alam"
Add your comment