Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Bingka Roti Pandan Mudah Dan Sedap



Saya ingin kongsikan petikan dari video Tokku Pasir Gudang doa untuk Allah lepaskan kita dari musibah. Saya memang mengamalkan doa ini yang diajar oleh Ustaz Ibrahim Muhammad ketika saya meminta nasihat beliau. Jadikan doa ini sebagai zikir kita, tat kala kita ditimpah ujian dan kesusahan. 

Hidupkan budaya bersyukur dan bersabar. Anak anak kita didikkan, diri kita didikkan, jangan sampai mengeluh setiap kali musibah. Maka kita doa pada Allah. Sebab kita bermuafakat dengan takdir Allah serta mengesakan Allah. Bila kena musibah kita sebut, Allahu Rabbi la ushriku bihi shai'an.

Kata baginda Rasulullah, tidak ada yang menyebutkannya melainkan Allah melepaskannya dari musibah. Sabda Rasululah ada suatu yang benar semuanya. Sebut "Allahu Rabbi la ushriku bihi shai'an". Tuhan ku, aku tidak akan menyekutukanMu dengan sesuatu. Ini maknanya tauhid.Oak jom kita masuk pula bab masakan. 



Saya membuat bingka roti pandan ini untuk menghabiskqn stock roti yang ada. Di sini, kami order roti segar yang dihantar ke rumah setiap pagi hari Isnin. Jadi ada ketika roti tak habis tapi roti baru dah sampai. Nak buang begitu sahaja, sayang lah pulak. 

Kebetulan Nely ada bawa sedikit bekalan daun pandan, jadi saya kisar lah sedikit daun pandan segar. Sekadar bagi ghaso ghaso. Selebihnya guna pes pandan yang memang beraroma daun pandan. 

Saya guna 7 keping roti sahaja tapi dapat punyalah banyak. Jadi saya potong dan bagi kat jiran sebelah rumah kami, White British. Sebab fikir kalau roti ni, mereka mesti makan kan. 

Pada saya bingka roti ni sedap dimakan ketika suam suam berbanding dengan sejuk. Tapi kalau nak potong dengan cantik, kenalah tunggu sejuk dulu. 

Jadi kalau ada roti yang dah nak expire tu, boleh cuba bingka roti pandan ni. Mudah dan sedap. Buat separuh adunan pun dah banyak sebenarnya. 

Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Jangan lupa video di Azie Kitchen Youtube Channel di SINI. Selamat mencuba.....  



Bingka Roti Pandan
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
7 keping roti
15 helai daun pandan - pes pandan
2 cawan air

Bahan lain:
¾ cawan gula pasir - 150 gram
2 cawan santan - 450 gram
1 cawan tepung gandum - 140 gram
2 biji telur - gred B
Secubit garam
½ sudu kecil pewarna hijau
1 sudu kecil esen vanila
Sedikit bijan - untuk hiasan

Cara cara:
Kisar daun pandan dan air sehingga hancur. Tapis. Nota: saya guna pes pandan sebagai saya tiada banyak stok daun pandan. 

Koyak dan rendam roti dalam air pandan. 


Sementara itu, satukan semua bahan lain. Putar atau whisk sampai adunan tiada berketul. 

Kemudian tuang ke dalam bekas roti dan kacau rata. 

Lenser 12x10 inci dengan sedikit mentega. Tuang adunan dan ratakan. Tabur bijan. 


Panaskan oven pada suhu 180 C dan bakar selama 40-50 minit. Nota: saya bakar selama 50 minit. 

Angkat dan sejukkan sebelum dipotong. 


Catat Ulasan for "Bingka Roti Pandan Mudah Dan Sedap"