Sambal Udang Dan Bab Rezeki Setiap Orang
Saya ingin berkongsikan jawapan dari Tokku Pasir Gudang dari soalan pada akhir sesi Zoom di mana dikatakan rezeki telah ditetapkan pada setiap anak yang lahir tapi bagaimana pulak dengan ada orang yang dikurniakan anak ramai tapi hidup miskin. Menarik juga soalan yang dikemukakan. Jom tengok apa jawapan Tokku Pasir Gudang.
Setiap manusia, sebelum ditiup ruh dah ditetapkan 4 perkara iaitu rezeki, ajal, amal perbuatan dan apakah ia akan menjadi orang yang bahagia atau sengsara. Rezeki bukan sahaja didefinisi sebagai duit tapi apa sahaja yang menyenangkan kehidupannya. Miskin tapi ada ramai adik beradik, ada abang ada kakak. Ada orang kaya tapi hanya ada 2 beradik.
Itu pun rezeki, ianya bukan dinilai dengan kemewahan. Rezeki adalah apa yang Allah berikan menjadi keperluan kita. Ada pun kemewahan adalah perkara lain. Tujuan makan ialah asal kenyang bukan apa yang dimakan. Itulah rezeki. Otak manusia akan mengaitkan kekayaan dan rezeki dengan wang dan harta. Duduk rumah buruk dikira miskin, tak ada rezeki. Walaupun duduk di rumah buruk, tapi keperluan dia mencukupi seperti makan dan minum, tidur lena.
Rezeki adalah kecukupan dalam hidup, bukan kaya mewah. Kaya sebenarnya adalah kaya jiwa bukan kaya asset. Ada orang kaya tapi minum arak kerana jiwanya miskin dan kosong, dia tak rasa apa yang dia ada mencukupi. Rezeki juga adalah kesihatan, kelapangan waktu, ramai kawan kawan yang baik. Bahkan dapat tidur, juga rezeki. Orang kampung tidur di lantai tanpa kipas pun lena tidur, juga dikira rezeki. Makan asal kenyang juga rezeki. Orang miskin pun ada rezeki juga.
Rezeki adalah suatu yang kita tak tahu apa yang akan datang, yang kaya hari ini, boleh jadi miskin esok. Seorang ayah yang kaya, tak boleh bagi kaya pada anak anak. Ianya adalah satu benda subjektif yang kita tak tahu di masa akan datang. Setakat ini dahulu, semoga bermanafaat.
Kalau masak sambal biasanya sambal kena banyak tapi saya tak buat banyak sebab cili kering yang dah kisar ada sikit jer. Jadi saya guna jer apa yang ada.
Lagi satu sambal udang lebih sedap basah basah. Jadi masukkan sedikit air sebelum masukkan udang. Baru sambalnya basah basah. Lagi pulak, selepas sambal sejuk, sambal akan jadi lebih kering. Cuma sambal saya hari ini agak sedikit kerana tidak cukup cili kisar. Hahaha.
Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Selamat mencuba....
Sambal Udang
Oleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:
8 ekor udang
Garam
Serbuk kunyit
Bahan lain:
3-4 sudu besar cili kering kisar
Garam
Pes asam jawa
Gula secukupnya
½ biji bawang besar holland - hiris
Minyak masak
Bahan kisar:
½ biji bawang besar
4 ulas bawang putih
Cara cara:
Panaskan minyak dan goreng udang yang telah dilumur dengan garam dan serbuk kunyit sehingga masak.
Angkat dan ketepikan minyak gorengan udang untuk digunakan menumis sambal.
Di dalam kuali lain, masak bahan kisar dan cili kering kisar tanpa minyak sehingga air kering. Kemudian tuang minyak menggoreng udang tadi. Kacau rata.
Tumis sehingga sambal benar benar masak dan terbit minyak.
Setelah sambal masak dan terbit minyak, masukkan pes asam Jawa, garam dan gula. Kacau rata. Masukkan sedikit air supaya sambal basah.
Akhir sekali, masukkan bawang besar dan kacau sehingga layu. Kemudian masukkan udang yang telah digoreng. Kacau rata. Boleh tutup api.
Selamat mencuba…
Catat Ulasan for "Sambal Udang Dan Bab Rezeki Setiap Orang"
Add your comment