Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Sambal Tumis Sotong Di London Dan Bab Dukacita



Assalamualaikum semua. Kita bersua lagi. Alhamdulillah. Jangan lupa untuk follow blog dan klik iklan di blog saya juga tau. Saya tahu yang selalu follow blog saya, akan klik iklan kerana blog tidak seperti youtube di mana bila kita melihat video di youtube, kita akan mendapat bayaran. Tapi berbeza dengan blog.  

Sebelum itu, saya ingin kongsikan video petikan dari video Tokku Pasir Gudang berkenaan rasa kebimbangan dan dukacita. Walaupun ianya bukan satu kemestian untuk anda membaca tapi dengan meluangkan sedikit masa, kita akan mendapat pahala yang akan kita temuinya di akhirat kelak.  

Ada jer kebimbangan dan dukacita, pandang ke langit sambil membaca Subhanallaahil Adzhiim, Maha Suci Allah yang Maha Agung. Bila ada masalah yang tak baik dengan anak kita, dengan pasangan kita atau suatu yang membimbangkan dengan dunia kita, dengan business kita. Pandang ke langit, sebut Subhanallaahil adzhiim, maknanya Maha Suci Allah yang Maha Agung. Allah akan sempurnakan dan bantu selesaikan musibah kita. 

Ini adalah selain yang diajar Rasulullah supaya berdoa, istighfar, selawat dan solat. Tiada manusia yang tidak ada masalah atau kebimbangan tentang suatu perkara yang belum pun terjadi. Jom sama sama amalkan. Ilmu akan menjadi ilmu bermanafat bila ianya diamalkan. 



Setelah 3 bulan di London, baru bertemu dengan sotong kecil. Sebelum ini jumpa sotong bersaiz besar panjang dan sotong octopus atau kita panggil sotong katak. Sotong yang biasa terdapat di tempat kita, tak ada atau saya tak jumpa lagi di sini. 

Di sini dipanggil baby squid, maka benar benar baby lah sotong ni. Kecil bebenor. Sotong ini pun diimport dari California. Itu sebab mahal agaknya. Beratnya tak sampai pun 500 gram. Tapi sebab memang dah tak jumpa, sotong kecil, belilah juga.

Ammar memang peminat sotong, banyak kali lah dia meminta sambal sotong. Ini pun bukan sotong segar tapi sotong beku. Selain sotong, banyak ikan yang terdapat di sini, ikan yang tiada kat tempat kita. 

Yang banyak ialah ikan mackerel. Saya mencari ikan tuna pun belum jumpa. Saya beritahu Nana, betapa beruntungnya tinggal di Malaysia. Bermacam macam jenis ikan ada termasuk ikan yang diimport dari negara barat seperti mackerel, salmon, cod. Semua ada. 

Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Selamat mencuba...


Sambal Tumis Sotong
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
200 gram sotong 
2 sudu besar cili kering kisar
Garam
1 sudu besar gula 
Sedikit pes asam jawa

Bahan kisar:
1 biji bawang besar
4 ulas bawang putih

Cara cara:
Masukkan sotong yang telah dibersihkan ke dalam kuali tanpa minyak. Masak sehingga air sotong keluar. Tutup api dan ketepikan. 

Dalam kuali lain, tuang bahan kisar dan cili kering kisar ke dalam kuali. Masak sehingga air kering. Setelah air kering, baru tuang minyak secukupnya dan tumis sehingga terbit minyak dan sambal benar benar masak.

Tuang air dan tumis lagi sehingga terbit minyak. Ulang proses ini bagi memastikan cili benar benar masak.

Masukkan garam, gula dan pes asam jawa. Setelah sambal masak, masukkan sotong dan bawang Holland. 


Kacau rata dan tutup api.



Catat Ulasan for "Sambal Tumis Sotong Di London Dan Bab Dukacita"