Kacang Bendi Goreng Telur Dan Pendakwaan Arwah Zara Qairina
Saya sebenarnya dah beberapa minggu tak ada kekuatan untuk baca berita di di medsos terutama berkaitan dengan kes arwah Zara Qairina. Bercampur baur perasaan bila membaca berita yang secara terus terang sangat menyakitkan hati. Terasa sangat seperti kita ni bodoh yang boleh diperbodohkan. Tak sanggup saya nak membaca berita berita keluar kerana memang sesak dada, sakit hati dan macam macam lagi rasa.
Kalau kes buli lain di MRSM, cepat jer pembuli ditangkap dan dibawa ke mahkamah. Siap gambar mereka terpampang di sana sini dalam medsos. Tapi treatment untuk kes pendakwaan Zara ini macam kes berprofile tinggi sangat di mana pembulinya bukan sahaja tidak didedahkan identiti mereka tapi media dan netizen juga tidak dibenarkan menulis apa apa berkenaan kes ini. Bayangkan pendakwaan budak sekolah agama dengan kes buli tapi menjadi kes yang sangat misteri nusantara untuk sebuah negara merdeka.
Waah seumur hidup saya, ini lah rasanya kes pertama sebegini yang sampai ke pengetahuan saya. Tak pastilah pula kalau ada yang saya tertinggal keretapi sebelum ini. Tapi apa pun, saya memang tidak akan memaafkan apa apa pembohongan yang dibuat oleh pihak berkenaan dan pihak berkuasa.
Jadi yang mana bagi kenyataan bohong itu ingatlah, jika anda berbohong bermakna anda berbohong kepada 35 juta rakyat Malaysia dan entah berapa juta lagi rakyat negara lain seperti Indonesia, Thailand dan Brunei. Semua pembohongan ini akan bertemu anda saat anda sedang sarakatul maut di mana ketika itu, anda diangkat hijab untuk dapat melihat 2 alam. OK setakat ini dahulu.
Saya memang penggemar kacang bendi, tak kira lah dimasukkan ke dalam asam pedas, kari atau digoreng. Kalau dicelur pun sedap juga. Memang suka sangat makan kacang bendi.
Untuk hari ini, saya menyediakan kacang bendi goreng dengan telur. Kalau lauk macam ni, saya boleh makan meratah ratah begitu sahaja. Tak makan dengan nasi, pun OK.
Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Jangan lupa video di Azie Kitchen Youtube Channel di SINI. Selamat mencuba…
Bendi Goreng Telur
Oleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:
4 ulas bawang putih
1 biji cili merah
16 batang bendi
Garam
Serbuk pati ayam
1 biji telur
Cara cara:
Bendi dibasuh dan tos sehingga kering. Atau dilap menggunakan tisu dapur. Hiris nipis mengikut yang disukai.
Panaskan minyak dan tumis bawang putih dan cili sehingga naik bau.
Masukkan bendi dan kacau rata. Masukkan garam dan serbuk perasa.
Tolak ketepi dan tuang telur. Biarkan separuh masak, baru dikacau rata.
Tutup api dan sedia untuk dinikmati.
Catat Ulasan for "Kacang Bendi Goreng Telur Dan Pendakwaan Arwah Zara Qairina"
Add your comment