Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Ayam Masak Cili Santan Dan Bab Kebimbangan Dunia

 


Alhamdulillah kita bersua lagi. Semoga anda semua berada dalam keadaan sihat walafiat hendaknya. Sebelum kita masuk bab rezeki, saya ingin kongsikan petikan video Tokku Pasir Gudang yang sangat menarik untuk kita amalkan dalam kehidupan kita seharian. 

Pasti ada rasa takut dan kebimbangan dalam hidup kita. Jadi bila datang setiap rasa kebimbangan, tentang apa apa sahaja, tentang anak, tentang pasangan atau tentang kewangan, maka cepat cepat selesaikan. Supaya kita hanya bimbangkan tentang akhirat.

Rasulullah ajar untuk kita selesaikan dengan melakukan 4 perkara. Pertama, berdoa pada Allah supaya Allah cepatkan selesaikan semua urusan yang boleh menganggu akhirat kita. Kedua, perbanyakkan beristighfar pada Allah. 

Ketiga, membanyakkan selawat pada Nabi. Sabda Rasulullah siapa yang banyak berselawat akan dihilangkan segala kebimbangan  dan diampunkan segala dosa kita. Jadi berselawatlah setiap hari, samada 100X atau 1000X. Lakukan setiap hari istighfar dan selawat.

Dan yang keempat ialah solat. Jaga solat kita sungguh sungguh. Jaga solat sunat kita, solat taubat kita, solat hajat kita. Ada jer urusan yang agak sukar, lakukan solat. Ambil wudhu dan solat. Biar Allah ringankan dukacita kita. Kita diajar jika datang kebimbangan dunia, cepat cepat selesaikan supaya kita hanya bimbangkan akhirat. Setakat ini dahulu, semoga bermanafaat.



Saya kalau memasak akan memilih resipi yang menggunakan bahan simple dan memasak yang mudah tapi tetap sedap. Benda boleh dipermudahkan buat apa nak susah susahkan? 

Serious resipi ini bukan sahaja mudah tapi juga sedap. Kalau nak lagi sedap, guna daun kunyit sebab aromanya menambahkan kesedapan lauk ini. Tapi saya tak ada daun kunyit. Susah nak dapat di sini, jadi saya gantikan dengan daun bawang.   

Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Jangan lupa video di Azie Kitchen Youtube Channel di SINI. Selamat mencuba....


Ayam Masak Cili Santan
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:

½ ekor ayam

Serbuk kunyit

Garam

Minyak masak secukupnya


Bahan kisar:

1 biji bawang merah besar

4 ulas bawang putih

6-8 biji cili hidup

4-6 biji cili padi


Bahan lain:

½ sudu kecil pes asam jawa

1 kotak kecil santan - 200 ml

Sedikit air 

1 ketul kiub pati ayam - opsyenal

Gula 

Garam 

Daun kunyit - hiris


Cara cara:

Goreng ayam sehingga masak. Angkat dan ketepikan. 


Menggunakan minyak sama, tumis bahan kisar sehingga masak. 


Masukkan santan dan sedikit air. Kacau rata. 


Masukkan pes, garam dan gula serta serbuk perasa. 


Masukkan ayam dan masak sehingga kuah hampir kering dan terbit minyak. Tabur daun kunyit. 



Nota:

Saya tak ada daun kunyit, jadi saya gantikan dengan daun bawang sahaja.



Catat Ulasan for "Ayam Masak Cili Santan Dan Bab Kebimbangan Dunia"