Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Sup Sayur Campur Daging Dan Kes Jenayah Di London

  


Pertama kali datang ke London, perasaan menjadi sangat takut. Masa datang Januari tahun ini pun dah rasa takut nak buka handphone di tempat terbuka. Nak bergambar tepi jalan pun, kena pandang kiri kanan. Tapi masih lagi boleh pakai barang kemas.

Tapi kali ini, jadi lagi takut. Sejak saya di London dah ada 2 atau 3 berita berkenaan pembunuhan kerana rompakan jam Rolex. Yang ragut handphone memang dah terlalu banyak berita. Pagi ini satu lagi berita seorang bapa berusia 24 tahun mati ditikam di bahagian dada kerana rompakan jam Rolex. Kejadian berlaku di depan Park Tower Hotel pukul 9.30 malam. Banyak kejadian jenayah berlaku di Knitsbridge dan Mayfair yang antara kawasan paling sibuk di London. Ianya berdekatan dengan shopping mall terkenal iaitu Harrods. 

Saya pernah dengar dari seorang kawan 5 tahun dulu, yang boss dia yang semasa berjalan kaki balik ke hotel telah didatangi lelaki dengan bersenjata meminta diserahkan jam Rolex yang dipakai. Dalam keadaan tiada pilihan, beliau telah menyerahkannya kerana tidak guna melawan bila harta boleh dicari. Sejak itu, saya memang dah takut sangat. 

Saya kalau keluar, usahkan nak pakai jam atau handbag berjenama, nak pakai cincin yang terselit di jari pun takut. Saya akan pusing cincin ke dalam bahagian genggaman. Sekarang ini rasanya semua orang pun tak akan pakai jam atau barang kemas di London tanpa menpunyai rasa takut. Saya bila keluar lebih selesa bawa handbag Longchamp jer. 

Adui kenapa lah jadi macam ni. Dah tak seronok. Mungkin kerana kos hidup di London sekarang sangat tinggi. Sewa bilik boleh mencecah sehingga £1200. Belum lagi bayaran pelbagai jenis tax. London pula dibanjiri dengan pendatang haram yang bertambah tambah sejak brexit. Memang London dah jadi macam negara dunia ketiga. 

Dulu bila di Paris jer rasa  takut dan tak tenang kerana banyak kes pick pocket yang kecekapannya ala ala silap mata. Masa di Paris 2010, berlaku pick pocket dalam group kami di atas Eifel Tower. Memang rasa susah nak percaya, kerana kami berkumpul beramai ramai menunggu lift, mereka mencelah antara kami semua dan berjaya melakukannya dengan sekelip mata. 

Hari tu, Nana nampak ada budak budak remaja berpakaian serba hitam ulang alik dengan basikal di kawasan perumahan kami. Kemudian dia terbaca dalam group kejiranan, adanya berlaku kes “phone snatch”. Dah bukan di central London lagi tapi dah masuk kawasan luar London dah ni. Apa apa pun saya mendoakan agar kita semua dan semua warga Malaysia yang ke sini akan diberikan keselamatan dan dilindungi dari sebarang bahaya dan ancaman. Aamiin. 


Saya sebenarnya suka lauk lauk yang menggunakan daging sebagai perencah seperti mee, mee hoon, sayuran, sup dan sebagainya. Entah lah mungkin peredaran masa dan pertambahan usia. Sekarang memang tak suka sangat dengan ayam. Kalau makan pun, ayam goreng sahaja. 

Tapi tak pastilah, kalau balik kampung jumpa gulai ayam Kelantan sebagai lauk nasi berlauk, mungkin makan menambah nambah kot. Kalau lauk atau masakan lain, macam kurang lah sikit. 

Bila menggunakan daging dalam sup sayur ni, rasanya sangat sedap. Kemanisan dari air daging tu menjadikannya sup lebih berperisa. Lagi pulak daging di sini segar dan jenis yang berkualiti. Mungkin daging yang muda, tak banyak lemak atau urat.

Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Jangan lupa video di Azie Kitchen Youtube Channel di SINI. Selamat mencuba semua.....


Sup Sayur Campur Daging
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
Sayur disukai - karot, jagung muda, bunga kubis, kubis dan daun bawang
Daging - hiris nipis
3-4 biji bawang merah
3-4 ulas bawang putih
Garam
Kiub pati daging
Minyak masak

Cara cara:
Panaskan minyak dan masukkan daging. Goreng seketika sehingga hampir masak. Masukkan bawang hiris dan tumis sehingga bawang keperangan. 

Masukkan air secukupnya. Masak sehingga mendidih. 

Setelah mendidih, masukkan sayur dari yang keras sehingga sayur jenis lembut. 

Akhir sekali, masukkan garam dan serbuk perasa secukupnya.  

Setelah mendidih sekali lagi, boleh tutup api. 


Catat Ulasan for "Sup Sayur Campur Daging Dan Kes Jenayah Di London"