Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Sambal Sotong Kurita Dan Gelagat Orang British



Saya melihat kehidupan orang London tak semoden yang saya bayangkan sebelum ini. Hahaha jangan kecam saya tau. Ini hanya pandangan saya jer. Mungkin yang moden dan berjaya berada di tempat lain. Tapi yang saya tengok di sekitar kejiranan saya atau yang saya nampak dalam bas atau train tak seperti yang kita bayangkan. Tidak moden, mewah dan bergaya. 

Kadang kadang tengok life mereka ini macam “pengotor” atau tak tau apa istilah yang tepat. Contoh kan kalau kita tak ada lah kita duduk di tepi kaki lima atau duduk di atas rumput tempat laluan pejalan kaki. Ini adalah kerana kebiasaan mereka membawa anjing di padang rumput dan ada ketika, saya nampak anjing kencing di tepi jalan atau di atas rumput. Mungkin ianya adalah perkara biasa pada mereka. Saya jer yang “kolot” atau culture shock. Hahaha




Kita biasanya akan duduk di bangku yang disediakan di taman. Kalau lihat mereka berbaring di tengah padang sambil piknik ramai ramai tu dah biasa. Ini duduk lama macam tak ada arah tujuan. Macam merenung jer. Saya pun sambil memasak, layan juga pemandangan dari tingkap dapur rumah. Itu yang terfikir macam macam.

Kalau kat tempat kita orang yang dok macam ni macam dah tak berapa betul jer. Pernah berlaku ada seorang lelaki bawa bangku dan dok mengadap rumah saya agak lama. Saya yang melihat, jadi takut kerana rasa seperti dia memerhatikan pergerakan kami di dalam rumah. Kemudian baru dapat tahu yang dia tak berapa “sihat”. 

Haa tak pastilah kalau mungkin sebab dalam rumah terlalu panas ke menyebabkan mereka keluar rumah. Malam tadi cuaca sangat panas sehingga saya dan Ammar terpaksa bergilir gilir menggunakan kipas. Saya pun tak faham kenapa di sini tak boleh pasang aircond. Katanya perlu dapat kelulusan council dan perlu bayar yuran yang tinggi. Mungkin lah kot. Sebab saya tak rasa aircond di sini sangat mahal. 

Masa kami datang September 2023 dulu pun sama, rumah semua dah cantik tapi hanya sediakan kipas. Cuaca sangat panas. Naik uber pun tak ada aircond. Minta driver on aircond, dia kata no aircond. Macam sauna lah masa tu. Nasib baik dalam convocation hall Nana tu ada aircond. Masa tu Aliya dan Haider baru nak belajar berjalan. Mereka dalam rumah dengan memakai pampers jer. OK sekarang kita masuk bab masakan pula.


Saya beli sotong kurita ni di pasar Whitechapel secara tidak sengaja kerana bila ianya diletak dalam bekas, saya nampak macam ia sotong kecil macam tempat kita. Kat sini dipanggil baby squid. Saya tak mahu sotong yang panjang nipis sebab tak sedap dan tak berapa lembut. 

Aduhai bila balik, terus menyiang dan lalat mulai datang. Serik sungguh, habis lah rasa satu badan berbau air sotong dari percikan masa menyiang dan memcucinya. Kuat bau sotong ni lagi lagi kalau yang tak berapa segar. 

Mula mula saya letak garam dan mulai meramas ramas sehingga keluar buih buih. Selepas itu, saya masuk pula cuka dan basuh lagi sehingga air jernih. Akhir sekali saya masukkan tepung gandum dalam air sotong dan kacau rata. Tepung gandum berfungsi untuk menyerap bau. Akhir sekali saya rebus bersama air tepung gandum sehingga sotong lembut. Angkat dan tos. 

Tapi semua itu berbaloi baloi bila melihat Ammar makan dengan berselera. 3 hari berturut turut dia makan hanya lauk sambal sotong kurita tu. Tak tahu mana nak cari sotong biasa di sini. Nak kena menanya kawan kawan.

Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Jangan lupa video di Azie Kitchen Youtube Channel di SINI. Selamat mencuba....


Sambal Sotong Kurita
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
1 mangkuk sotong kurita
2-3 sudu besar cili kering kisar 
Pes asam jawa
Garam
1-2 sudu besar gula 
Minyak masak

Bahan kisar:
1 biji bawang besar
4-5 ulas bawang putih

Cara cara:
Basuh dan tos sotong kurita. Masukkan garam dan ramas ramas sehingga keluar buih buih dan lendir. Basuh bersih. Masuk pula cuka dan basuh lagi. 

Akhir sekali masukkan tepung gandum dan basuh sotong dengan tepung gandum. Tuang ke dalam periuk dengan air tepung dan rebus sehingga lembut. Angkat, basuh dan tos. 



Masukkan bahan kisar dan cili kisar ke dalam kuali tanpa minyak dan masak sehingga air kering. Tuang minyak dan tumis sehingga garing. Masukkan bahan perasa seperti pes asam jawa, garam dan gula. Kacau rata. 

Setelah terbit minyak cantik, masukkan sotong rebus tadi. Kacau rata.



Setelah sebati, bolehlah tutup api. Jika suka, boleh masukkan bawang Holland hiris juga. 




Catat Ulasan for "Sambal Sotong Kurita Dan Gelagat Orang British"