Sambal Nasi Lemak Legend Dan Kemewahan
Saya kan ada satu perkataan yang saya segan nak guna. Tak pasti kenapa. Perkataannya ialah “mewah” yang merujuk kepada barang kepunyaan saya sendiri. Kalau merujuk kepada barangan orang lain, ok jer.
Mungkin rasa segan dan malu kerana saya pun tak ada memiliki barang mewah. Semuanya barangan biasa sahaja. Rumah saya pun biasa sahaja. Dekorasi rumah saya pun biasa sahaja.
Tapi apa pun, segan nak tulis hiasan di rumah saya yang mewah, handbag saya yang mewah dsb. Ooh tidak tidak. Sebab bunyinya macam riak sangat sedangkan hakikatnya apa yang dimiliki tidak lah jatuh dalam kategori mewah pun.
Tapi ada jer seorang tu yang saya perasan, suka guna perkataan mewah dalam penulisannya samada terangan atau tersembunyi. Yang terangan seperti contoh hiasan dekorasi dalaman rumah saya yang sangat mewah. Itu sebagai contoh.
Yang tersembunyi pulak, akan berkata saya tak suka pakai handbag mewah, sebagai nak menunjukkan dirinya seorang yang humble. Istilah sekarang ialah humbrag. Brag dalam humble gitu. Hahaha. Itu pandangan saya sahaja lah. Tak salah pun, cuma saya jer tak suka guna. Apa pendapat anda?
Saya kadang kadang terlihat dalam media social di mana ada orang kadang merayu rayu minta resipi sedang empunya langsung tidak melayan. Atau buat buat tak nampak komen tersebut. Kalau dah tak nak share, tak payah lah kongsi gambar masakan. Ya dak. Hahaha.
Memang tak dinafikan masih ada yang mahu berahsia resipi yang kononnya resipi turun temurun seperti kek buah kukus. Kadang dalam blog saya resipi untuk masakan sama, saya beri dengan detail sukatan lagi. Tapi biasalah, kalau yang diberi dengan mudah memang tak ada yang menghargai.
Hahaha jadi kali ini, saya tak mahu lagi kongsi resipi. Sekadar kita bercerita bab resipi sahaja. Kenapa dipanggil nasi lemak legend kerana sambal nasi lemak zaman dulu, memang didatangkan dengan ikan bilis di dalamnya.
Hahaha jadi kali ini, saya tak mahu lagi kongsi resipi. Sekadar kita bercerita bab resipi sahaja. Kenapa dipanggil nasi lemak legend kerana sambal nasi lemak zaman dulu, memang didatangkan dengan ikan bilis di dalamnya.
Sekarang jer sambal nasi lemak, hanya sambal kosong. Nak lauk kena beli asing. Rasanya pertama kali saya makan nasi lemak yang dijual oleh sepupu saya, Kak Yah, dimasukkan sambal ikan bilis juga.
Masa tu, saya pergi untuk beli nasi berlauk. Memang orang Kelantan atau secara khusus orang kampung saya hanya kenal nasi berlauk, nasi kerabu dan nasi dagang jer untuk sarapan pagi.
Suami Kak Yah yang berketurunan campuran ada juga menjual roti canai. Kami masa tu kalau nak beli roti canai telur, akan bawa telur ayam sendiri dari rumah. Telur yang yang dikutip dari reban setiap pagi.
Berbalik pada penyediaan sambal ini, kalau tak larat nak menumis lama lama, boleh jer beli pes sambal nasi lemak legend Azie Kitchen. Boleh beli di tiktok Azie Kitchen Blogger Shop atau di shopee Azie Kitchen Blogger link di SINI.
Nak menyediakan lauk ini memakan masa hampir 2 jam termasuk penyediaan. Tapi untuk orang macam saya yang dah bersara ni OK lah. Cuma penat lah juga berdiri lama lama. Belum lagi kira nak mencuci semua perkakas yang digunakan.
Catat Ulasan for "Sambal Nasi Lemak Legend Dan Kemewahan"
Add your comment