Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Ayam Masak Kicap Dan Bab Pembohongan



Saya sebenarnya kalau baca bab politik tanah air memang terus sesak nafas dibuatnya. Kadang kadang orang politik ni fikirkan rakyat ni semua bodoh dan boleh dicucuk hidung sahaja. Seolah kita tak nampak kebenaran akan sesuatu isu. dibohongnya kita hidup hidup. 

Kita tahu kita ditipu atau dibohongi tapi kadang kadang kita penat dan malas lagi nak melayan. Yang pasti, apa sahaja yang kita buat di dunia akan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak. Pasti. Jangan lah fikir boleh minta maaf kerana kalau pembohongan melibatkan berjuta juta rakyat atau orang yang membacanya, macam mana pulak itu. 

Bukan sahaja orang politik lah, orang berniaga dan founder pun sama. Yang overclaimed sesuatu produk tapi hakikatnya bukan ubat mereka yang berkesan menguruskan tapi founder pergi potong perut untuk nampak kurus dan seolah ubatnya sangat berkesan untuk menurunkan berat badan. Itu pun dah kira bohong. 

Ada pula founder yang tunjukkan kekayaan luar biasa, dengan menayang duit berketul ketul tapi rupanya mencuci duit. Bukan semua lah yang buat busines illegal, ada yang benar benar berniaga. Tapi tetap menayangkan tindakan luar dari kebiasaan. Kadang tindakan pelik dibuatnya. Beli kereta untuk anak yang masih kecil, beli untuk haiwan peliharaan, beli untuk pembantu rumah dsb. Tindakan ini adalah pelik dan di luar norma dan kebiasaan manusia. 

Berbalik yang suka menayang duit cash, beli barang menggunakan duit cash berbag bag, memang pelik. Memang heran lah mereka yang memegang cash banyak banyak. Memegang cash yang banyak adalah berisiko tinggi. Antara risiko ialah kemungkinan duit palsu, kedua pilferage atau kecurian. 

Saya dulu sebelum bersara ialah Pengurus di Jabatan Pengurusan Matawang Bank Negara Malaysia di mana salah satu dari KPI jabatan ialah untuk meningkatkan penggunaan non cash transaction seperti online transfer, penggunaan debit card dan mengurangkan kebergantungan kepada physical cash. 

Cash ada banyak hidden cost seperti kos percetakan matawang, kos penyimpanan, kos pemprosessan, kos insurans dan pengangkutan dan banyak lagi. Semua itu, jangan fikir akan ditanggung oleh busines sebaliknya mereka akan pass pada customer sebagai pengguna akhir. OK setakat ini dahulu.



Bila hari hari memasak, kadang kita kehabisan idea untuk memasak. Bila tengok masakan orang lain, baru lah memberikan kita idea apa yang nak dimasak. Begitulah juga dengan saya.

Saya memasak lauk Ayam Masak Kicap kerana ianya mudah dan cepat disediakan serta disukai oleh anak anak. Masak kicap pun ada bermacam versi, ada berkuah, ada kering, ada ppulak yang pekat melekat. Ada guna cili kering kisar dan ada yang guna cili hidup atau cili padi.  

Apa pun asal masak kicap semuanya sedap. Kita tukar tukar cara supaya tidak lah rasa bosan dan jemu kan. Itu sahaja. Setuju tak? 

Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Jangan lupa video di Azie Kitchen Youtube Channel di SINI. Selamat mencuba....


Ayam Masak Kicap
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
ayam secukupnya
Garam
Serbuk kunyit
1-2 sudu besar sos tiram
Kicap lemak manis
Kiub pati ayam
Daun bawang 
Minyak masak

Bahan kisar kasar:
1 genggam cili padi - ikut pedas disukai
1 biji bawang besar
3-4 ulas bawang putih

Cara cara:
Lumur garam dan serbuk kunyit pada ayam. Goreng sehingga masak dan angkat serta ketepikan.


Menggunakan minyak sama (keluarkan sedikit jika berlebihan) dan tumis bahan kisar sehingga layu. Masukkan kiub pati ayam dan sos tiram serta garam, jika perlu. Kacau rata;

Masukkan ayam goreng dan kacau rata.

Masukkan kicap secukupnya. Jika suka, tabur daun bawang. 


Kacau rata dan tutup api. 



Catat Ulasan for "Ayam Masak Kicap Dan Bab Pembohongan "