Sambal Tumis Sotong Di London
Saya memang suka memerhati sekeliling samada alam sekitar atau manusia di sekeliling. Nana selalu kata mama suka busy body. Saya sebenarnya bukan busy body tapi apa yang ada dalam hati saya, tidak dapat saya share di sini. Saya melihat keagungan Allah dan ciptaanNya.
Lagi lagi sekarang bila saya tinggal di negara Barat yang majoriti adalah bukan Islam. Saya melihat mereka dengan hati yang berkata kata betapa bersyukurnya saya dilahirkan Islam. Mereka adalah bangsa yang sangat beruntung di dunia kerana dijadikan dengan segala keindahan semulajadi dengan badan tinggi lampai, hidung mancung, pipi dengan cheek bone, dagu cantik terletak, putih, rambut blonde, mata biru atau hijau. Cantik dan indah macam anak patung, macam Barbie. Sangat berbeza dengan bangsa lain. Hahaha apa lagi dengan orang Melayu.
Saya selalu tertanya tanya sendiri, apa matlamat hidup mereka. Adakah dunia syurga mereka semata. Ada juga yang "alim" dalam agama mereka dengan cuba datang berdakwah dari rumah ke rumah. Saya terbaca komen di posting video pasangan gay yang maut dalam nahas Air India, ramai yang yakin mereka telah berada di syurga. Saya membaca kisah mereka dengan penuh rasa kasihan kerana mereka telah tersesat dan lagi tersesat.
Sekarang dengan musim summer telah menghampiri, saya lihat ramai wanita di kejiranan yang memakai baju ala ala bra dan short. Itu baru di rumah mereka, kira OK lah. Saya sebenarnya setiap kali terpandang benda benda macam ni, akan cepat cepat mengalihkan pandangan. Rasa kesian pun ada. Ramai yang memberitahu kalau dah musim panas nanti, ramai akan berjemur dengan pakaian seperti ini.
Hari minggu yang lepas, saya diberitahu ada acara bogel di sekitar Buckingham Palace dan Trafalgar Square. Saya tak percaya sehingga ditunjukkan gambar di mana semuanya berbogel tanpa seurat benang. Hahaha belum tunggu di Padang Mahsyar, mereka dah berbogel tanpa seurat benang.
Apa apa pun, kita yang telah diberikan cahaya iman, jagalah iman dengan perbanyakkan berdoa agar hati kita ditetapkan dan tidak dibolak balik. Doanya ialah
"Rabbana La Tuzigh Qulubana, Ba`da `Idh Hadaytana, Wa Hab Lana Min Ladunka Rahmat, `Innaka `Anta Al-Wahhab".
Bermaksud “Ya Tuhan kami, janganlah Engkau condongkan hati kami kepada kesesatan setelah Engkau berikan petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami rahmat dari sisi-Mu, sesungguhnya Engkau Maha Pemberi.” OK setakat ini dahulu, semoga bermanafaat.
Saya memasak sotong sambal tumis untuk dimakan dengan nasi lemak. Sotong ini walaupun besar dan 2 ekor namun bila dimasak, dapat sepinggan jer. Macam sekali makan gitu. Itu sebab harga sotong yang dah dimasak agak mahal harganya. Ambil sesenduk pun dah beberapa ringgit. Sebab sotong bila dimasak akan mengecut dan jadi lebih kecil saiznya.
Sotong ini besar dan panjang. Saya tak pernah rasanya beli sotong seperti ini. Sotong ini Nana beli di Billingsgate Market. Ianya tidak mudah lembut seperti sotong yang biasa kita beli di Malaysia. Jadi saya kena masak lama juga. Risau pulak kalau kalau terlebih masak, sotong boleh jadi liat.
Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Jangan lupa video di Azie Kitchen Youtube Channel di SINI. Selamat mencuba....
Sambal Tumis Sotong
Oleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:
2 ekor sotong - saiz besar
2 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
3 sudu besar cili kering kisar
1 sudu besar gula
1 sudu kecil garam
1/2 sudu kecil pes asam jawa
Minyak masak
1 biji bawang besar Holland
Cara cara:
Panaskan sotong di dalam kuali tanpa minyak sehingga air sotong keluar. Angkat dan tos. Ketepikan.
Panaskan minyak dalam kuali dan kisar bahan kisar dan cili kisar sehingga terbit minyak. Masukkan sedikit air dan tumis lagi sehingga terbit minyak. Ulang proses ini 2-3 kali bagi memastikan cili benar benar masak.
Setelah sambal terbit minyak cantik, masukkan pes asam jawa, gula Melaka, gula dan garam. Masak lagi sehingga terbit minyak. Sesuaikan rasa.
Akhir sekali masukkan sotong dan sedikit air jika sotong masih belum lembut. Nota: Kalau sotong kecil biasa, jangan lagi masukkan air supaya sambal tidak berair.
Masukkan bawang besar Holland dan kacau rata sehingga bawang layu. Tutup api.
Catat Ulasan for "Sambal Tumis Sotong Di London"
Add your comment