Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Kepak Goreng Yang Mudah dan Sedap



Asslamualaikum semua. Semoga semua berada dalam keadaan sihat walafiat. Haa jangan lupa klik follow blog dan klik iklan keluar dalam blog saya juga tau. Kerjasama and didahului dengan ucapan jutaan terima kasih.  

Sehari dua ini, matawang pound dalam trend menaik di mana kadar pertukaran hari ini 5.76.  Tapi tidak setinggi ketika saya datang Januari 2016 di mana tukaran ialah 6.2. 

Bayangkan saya datang ketika itu, beli handbag Chanel di London. Harga bag jadi lebih mahal. Kalau tak beli, bukan boleh selalu selalu datang kerana ketika itu saya masih bertugas di Bank Negara Malaysia. Tapi OK lah sebab harga bag itu sekarang dah lebih dari RM50,000. Kenaikan lebih dari RM30,000. Hmm pelaburan yang sangat berbaloi baloi.

Apa yang saya perhatikan di sini, tak ramai orang yang membawa handbag berjenama mahal. Lebih lebih lagi town di luar central London. Dalam underground train pun, memang tak nampak walaupun waktu balik dari pejabat. Kalau kita ke central London, macam Oxford Street dan kawasan sekitarnya, mungkin ada. Masa saya ke Camden Market hari tu, jumpa seorang follower dari Brunei, dia bawa handbag LV. Yang lain memang tak ada. Kalau ada yang bawa tu, rasanya tourist.

Bila pound tinggi, untung siapa yang bekerja di sini atau mendapat pendapatan di sini dan dihantar balik ke dalam saving di Malaysia. Kalau belanja di sini, tak adalah rasa perbezaan pun kan. Cuma siapa dapat income di sini, cukai yang dikenakan di sini sangat tinggi. Antara 40-45%. Menangis lol. 

Jadi take home pay tak lah tinggi mana. Cuma untungnya harga barang di sini tidaklah tinggi jika mendapat pendapatan dalam pound. Agaknya itulah sebab orang sini tak membawa handbag berjenama. Hari tu, saya beli kepak ayam, hanya £5.00 sekilo. Ada ke kat Malaysia harga ayam RM5.00 sekilo. Lambeert lagi. OK lah setakat ini dahulu, kita masuk pula bab masakan. 


Semasa saya ke Tariq Halal Mart yang ternampak kepak ayam yang dijual dengan harga 5.00 sekilo. Teringat pula kata seorang sahabat yang dia suka makan kepak ayam, tak suka bahagian berdaging. Saya pun terus minta sekilo. Belum fikir lagi lah nak masak apa. Yang penting, beli dulu.

Cuma satu yang tak berapa suka ayam di sini kurus walaupun minta yang besar. Kalau baby chicken, lagi lah kecil. Kalau masak macam ni, cari yang kepak berisi sikit, baru puas makan. 

Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Jangan lupa video di Azie Kitchen Youtube Channel di SINI. Selamat mencuba....


Kepak Ayam Goreng
Oleh: Azie Kitchen

Bahan perap:

7-8 kepak ayam - kelar

1 sudu besar kicap manis

1 sudu besar sos tiram

1 sudu kecil garam

Serbuk lada hitam


Bahan lain:

1 biji telur - opsyenal

1-2 sudu besar tepung gandum


Cara cara:

Gaul sebati kepak ayam dengan semua bahan perap dan perap selama 20 minit. 


Kemudian masukkan telur dan gaul rata. Tabur tepung gandum secukupnya. 


Panaskan sedikit minyak dan goreng sehingga masak dan balik balikkan. 




Setelah angkat, tabur lagi serbuk lada hitam, jika suka. 




Catat Ulasan for "Kepak Goreng Yang Mudah dan Sedap "