Kari Daging Di London
Kami pindah masuk rumah di London ni, tak ada barang dapur. Yang ada hanya pinggan, sudu dan beberapa mug. Jadi bila sampai kenalah order makanan secara online dulu.
Nana membeli periuk kuali senduk pisau dari Argos. Di sini kita order dari katalog dan barang akan dihantar ke rumah. Satu kelemahannya sebab kita tak dapat tengok dan pegang produk walaupun kita berada di outlet.
Saya ikut sekali dan selepas itu, kami pergi ke Zaitoon halal market untuk cari daging dan ayam halal. Di sini nampak daging yang segar. Terus beli dengan harga £11 sekilo.
Daging kat sini, kita boleh rasa ianya segar kerana bila dibasuh masih bau segar. Memasaknya pun tak lama. Sekejap jer dah empuk elok.
Lauk daging pertama yang saya masak adalah kari daging kerana nak ada kuah sekali. Kuah selain dimakan dengan nasi, dapat juga dicicah dengan roti.
Kari daging ni biasa jer macam kita masak kari daging di Malaysia. Yang istimewanya kerana saya memasak daging yang dibeli di sini. Itu jer.
Cuma bila makan kari daging atau ayam, gandingan sejati ala nasi berlauk ialah timun dan sambal jate Kelantan. Wallaaa sedap. Nak lagi beraroma, bungkuskan nasi dengan kari, timun dan sambal.
Rasa dan aroma pasti berbeza. Nasi juga akan bekok atau bengkak sikit. Itu yang sedapnya nasi berlauk. Duduk di sini, macam macam makanan Malaysia yang dirindui. Hahaha.
Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Jangan lupa video di Azie Kitchen Youtube Channel di SINI. Selamat mencuba….
Kari Daging
Oleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:
300 gram daging
1-2 sudu besar rempah kari daging
200 ml santan
3-4 biji bawang merah - hiris
3-4 ulas bawang putih - hiris
1 inci halia - hiris
Pes asam jawa
Garam secukupnya
Gula Melaka
Gula
Minyak masak
Cara cara:
Panaskan minyak masak dan tumis bawang hiris dan halia sehingga keperangan.
Masukkan rempah kari. Kacau dengan cepat supaya tidak hangit. Tuang sedikit air. Kacau sehingga terbit minyak. Ulang proses masuk air ini beberapa kali untuk memastikan rempah masak sempurna.
Masukkan daging dan biarkan air daging kering. Masukkan sedikit air dan masak sehingga daging empuk. Kalau belum empuk, tambah air lagi.
Tuang santan dan masak sehingga mendidih. Masukkan bahan perasa seperti garam gula, gula Melaka, pes asam jawa dll. Setelah kuah terbit minyak, sesuaikan rasa dan boleh tutup api.
Catat Ulasan for "Kari Daging Di London"
Add your comment