Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Jemputan Makan Di Peterborough



Perjalanan ke Peterborough pada 14 June 2025 adalah perjalanan luar London kami yang pertama. Kami dijemput oleh Amna untuk ke rumah mereka sambil berkenal kenalan dengan lebih dekat. Di samping kami, juga ada Alia yang juga merupakan kenalan baru kami di London. Bila berada di perantauan, hubungan sesama warga Malaysia akan lebih erat dan terasa lebih dekat walaupun baru mengenali. 


Perjalanan kami bermula dengan mengambil train Jubilee line dari Bermondsey underground station ke London Bridge dan Northern line dari London Bridge station ke King's Cross dan seterusnya mengambil Train LNER ke Peterborough Train Station. Train ini mengambil masa selama 1 jam. Saya memang suka melihat pemandangan sepanjang perjalanan, memang tak terasa pun macam 1 jam. 


Dari train station, kami mengambil uber untuk ke rumah Amna. Ketika kami sampai, dari luar dah tercium bau masakan seperti sambal tumis. Saya dan Nana dah meneka mereka sedang menumis sambal. 

Bila melangkah masuk jer, terus nampak meja makan yang dah siap dengan pinggan hidangan yang tersusun cantik. Angin sejuk bertiup masuk dari pintu belakang yang menghubungkan dengan indoor garden di bahagian belakang rumah. Sangat cantik rumah dan sekitar kejiranannya. Kawasan perumahan baru 3 tahun. 


Selepas siap masak, kami terus makan. Saya pula memang tak mengambil makanan berat dari rumah. Jadi memang perut dah mulai rasa lapar. Pelbagai lauk pauk disediakan dengan sup lamb, sayur campur, ikan bekok, masak lemak ayam, budu. Manakala hidangan lain ialah satay, pizza, ayam KFC. Hidangan pencuci mulut pula disediakan tiramisu. 


Amna dah berpesan supaya Nana membawa shopping bag. Hmm apalagi pelbagai juadah dibekalkan kepada kami seperti tiramisu, masak lemak ketam, ikan bekok. Diberi juga lady fingers untuk buat tiramisu dan nugget. Tidak lupa juga satay frozen. Memang berat lah bag kami dengan pelbagai makanan yang diberikan oleh Amna dan Alia.

Selepas makan, kami naik solat dan kemudian berehat di ruang tamu yang terletak di tingkat 1. Dekorasi dan perabut rumah Amna ada dekorasi English. Mungkin juga kerana Bonda Mertua Amna adalah wanita Inggeris yang memang berasal dari England. Malahan tinggal tidak jauh jer dari rumah mereka. 

Di ruang tamu, saya siap berehat di sofa dengan angin yang masuk melalui pintu kaca yang dibuka. Kalau ikutkan, memang best kalau dapat "nap" seketika, lagi lagi selepas makan kekenyangan. Di luar pintu ada pulak, beberapa pasu yang ditanam pokok strawberi. Kami memetik buah strawberry yang memang dah masak. Petik terus makan gitu. 


Selepas semua selesai solat, kami berkumpul di ruang tamu untuk bergambar beramai ramai sebagai kenang kenangan.


Pukul 4.30 petang kami mengambil uber untuk balik ke station dan train kami pukul 5.31 petang. Kebetulan Alia juga mengambil train yang sama waktu dengan kami. Jadi kami bertemu di station Peterborough dan naik dalam coach yang berdekatan. 



Berakhirlah perjalanan kami ke Peterborough yang penuh kenangan. Amna juga menjemput kami sekali lagi untuk majlis hari jadi anaknya dalam bulan September nanti. Kami juga ada beberapa tempat yang ingin dikunjungi seperti Canterbury untuk cherry picking yang hanya ada dalam bulan Julai setiap tahun.  


Semoga sepanjang di sini, kami akan lebih mengenali lebih ramai warga Malaysia yang semuanya baik baik. Maklumlah kami di sini pun tak lama. Jadi sebelum kembali ke tanahair, catat kenangan indah dan baik baik sahaja. Insya Allah. Aamiin...   





Catat Ulasan for "Jemputan Makan Di Peterborough"