Hari Sukan Grange Primary School
Semalam 23 Jun 2025, kami ke Brugges Park untuk hari sukan Grange Primary School, sekolah Ammar. Kalau diikutkan ramalan cuaca, UK telah mengeluarkan amaran heat wave, tapi Alhamdulillah kerana walaupun matahari bersinar terang tapi angin sejuk sepanjang acara sukan berlangsung. Saya siap pakai jaket lagi kerana tak tahan sejuk.
Ammar berjalan kaki dari sekolah ke Brugges Park yang agak jauh juga sebenarnya. Tapi di sini semua dilatih untuk berjalan kaki tanpa mengira usia. Saya dan Nana mengambil bas, manakala Alain dan Aliya menaiki basikal. Ketika kami sampai, Ammar dan kawan kawannya juga sampai dalam masa yang sama dengan kami.
Ammar menyertai 6 aktiviti sukan. Hahaha seronok melihat telatah dan gelagat budak budak sekolah. Budak budak ni jujur bila kawan buat lompatan, kawan dalam team yang sama akan menghitung bilangan lompatan. Ada juga yang memberi hitungan yang tak betul. Sebab team lain dalam 50 lebih sahaja tapi ada satu team menghitung sampai 90 lebih. Guru yang mengumpul markah pun macam tidak percaya. Begitu juga dalam aktiviti, mereka tak pandai short cut, akan ikut arahan tanpa bermatlamatkan nak menang sahaja.
Akhir sekali, sebelum penutup dijemput bapa dan ibu untuk menyertai acara larian. Alain dan Nana juga turut mengambil bahagian. Nana dulu, memang menyertai larian di sekolah. Nana mendapat tempat keempat. Tapi memang susah nak menang dengan depa ni. Gaya mereka berlari memang gaya pelari sukan olimpik.
Sekarang pun Nana sangat aktif berlari setiap petang dan kalau hari bekerja, Nana menukar pakaian di hospital dan berlari balik sehingga ke rumah. Katanya, sama sampai dengan naik bas pun. Jimat masa dan jimat kos juga. Badan pun sihat dan cergas. Hahaha. Sangat berbeza dengan saya yang lebih in door, banyak habiskan masa di rumah atau pejabat yang berhawa dingin. Tidak suka matahari dan tidak suka peluh.
Cuma satu perkara yang sama antara saya dan Nana ialah "determination" dalam mencapai sesuatu. Biar apa jua rintangan dan halangan, tetap jalan terus. Walaupun berseorangan, akan cuba mencari jalan untuk mencapainya. Melakarkan setiap perjalanan tersebut dengan steady jer. Tak perlu rush. Ada yang saya capai selepas 20 tahun melakar impian. Tapi Nana lebih advanced kerana dia bukan anak orang kampung seperti saya, dia miliki rumah sendiri dan kereta mewah sebelum berkahwin.
Dari Brugges Park, kami berjalan kaki ke Dunton Grill & Steak. Saya memilih lamb shawarma. Sebelum itu, saya singgah di Tariq halal market untuk mencari daging brisket dan ayam. Ketika di situ terpandang pula, roti paratha yang dicari cari selama ini. Balik terus masak roti paratha. Hmm roti paratha di sini lebih pada roti Arab bukan roti canai macam tempat kita. huhuhu hampa...
Catat Ulasan for "Hari Sukan Grange Primary School"
Add your comment