Daging Goreng Mudah dan Sedap
Saya percaya apa sahaja yang kita lalui dalam kehidupan ini adalah mengikut aturan Allah yang ditetapkan dalam Qadha dan Qadar Allah. Cuma kita yang tak tahu apa yang telah ada dalam takdir kita. Apa apa sahaja mengikut aturan yang ditetapkan umpama matahari dan bulan berpusing mengelilingi bumi, umpama siang dan malam. Begitu juga lah hidup kita.
Kalau di UK di musim spring sekarang, siang sangat panjang. Pukul 9.30 malam baru masuk Maghrib, baru rasa macam pukul 7.00 malam di tempat kita. Pagi pula, pukul 4.00 pagi dah terang benderang macam pukul 8.00 pagi. Inilah aturan di sini yang berbeza dengan aturan di Malaysia.
Bila dah lagi berusia, kebergantungan pada Allah lagi menebal. Kita tidak lagi boleh mengundurkan masa, yang pasti jalan terus dan di hadapannya adalah pertemuan dengan Allah. Orang yang paling bijak adalah orang yang banyak mengingati kematian. Bukan sekadar ingat tapi membuat persiapan untuk saat tersebut. Lazimkan kehidupan seharian terutama yang dah bersara seperti saya untuk banyakkan berzikir dan berselawat serta mengaji Al Quran.
Setiap kali selepas solat, paling ringkas ialah membaca ayat Qursi kerana telah dijanjikan “Barangsiapa yang membaca ayat Kursi setiap kali selesai dari solat fardu, maka tidak ada perkara yang akan menghalangnya untuk masuk ke syurga melainkan kematian. (Iaitu hanya kematian sahaja yang menghalangnya, setelah mati, dia akan mudah ke syurga) (HR al-Nasa’i dan al-Tabrani, dinilai Sahih oleh al-Albani).
Jadi kita sama sama berpesan pada diri sendiri, anak-anak dan ahli keluarga kita agar mengamal membaca ayat Kursi samada setiap kali selesai dari solat, sebelum tidur, setiap kali masuk rumah atau di waktu pagi dan petang. Basahi lidah kita dengan ayat agung ini. Mudah-mudahan Allah memelihara hambaNya yang sentiasa mengagungkan TuhanNya. OK setakat ini dahulu, semoga bermanafaat.
Daging goreng ala chinese style ni memang sedap dan mudah disediakan. Makan dengan nasi putih panas panas, memang sedap lah. Kalau nak sedap, daun bawang kena banyak.
Kalau dapat daging korban, bolehlah buat kerana daging korban, lebih sedap dan lebih manis. Cuma pastikan bila nak simpan daging korban, bahagikan kepada portion untuk sekali masak. Masukkan dalam plastik atau bekas tanpa perlu basuh daging terlebih dahulu. Pasti daging akan kekal fresh dan manis.
Jadi apa lagi? Jom cuba resipi ini. Kalau dah ada lauk ni, dah boleh jadi 2 dalam 1 lauk kerana daun bawang ni sedap juga sebagai sayuran hijau dalam hidangan kita. Ini pun kira saya letak sikit jer.
Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Selamat mencuba….
Daging Goreng Mudah Dan Sedap
Oleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:
Daging - potong nipis
Sos tiram
Serbuk lada hitam
Kicap
Tepung jagung
Sedikit garam
Bahan lain:
6 ulas bawang putih - cincang halus
Daun bawang - hiris
Minyak masak
Cara cara:
Satukan daging dengan semua bahan perap dan ramas ramas sehingga melekit. Ketepikan selama 30 minit.
Panaskan minyak dan tumis bawang putih cincang sehingga wangi.
Masukkan daging dan goreng sehingga 80% masak.
Akhir sekali, masukkan daun bawang. Masukkan lagi serbuk lada hitam, jika suka.
Nota:
Daun bawang kena banyak, lagi sedap.
Catat Ulasan for "Daging Goreng Mudah dan Sedap"
Add your comment