Sayur Kubis dan Karot Goreng Simple
Saya ada beli kubis dan karot semasa ke kedai Zaitoon Halal Mart. Memang geram tengok sayuran di sini. Semua segar segar. Kalau buah tomato, siap bertangkai lagi. Saya memang suka makan buah tomato ni, lagi lagi kalau dimakan dengan sandwich. Tak lengkap kalau tak ada tomato dan timun.
Walaupun Nana dah pesan, untuk masak satu lauk jer, takkan lah pulak nak masuk lauk sayur sahaja. Jadi saya masak lah sedikit sayur. Selain itu, sayur ini saya beli untuk dimasukkan dalam nasi goreng.
Kami sejak di Malaysia lagi, dah mula masak 1 lauk atau paling banyak pun 2 lauk. Kalau dulu, paling kurang saya akan masak 3 lauk di mana satu lauk berkuah, 1 lauk kering seperti goreng goreng dan 1 lagi lauk berupa sayuran.
Saya sebenarnya seorang yang minimalis gitu. Hahaha minimalis ni biasa anak saya akan sebut dalam bab fesyen. Suka yang simple simple. Begitu juga dalam masakan. Tak perlu letak bermacam macam sekadar untuk cari kelainan. Yang penting ianya jimat kos, jimat masa dan sedap. Saya berpegang prinsip makan untuk hidup, bukan hidup untuk makan.
Jadi saya masak sayur ini pun secara paling simple tapi teramat lah sedap sebab sayurannya yang fresh. Tak guna bahan lain pun selain sos tiram.
Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Jangan lupa video di Azie Kitchen Youtube Channel di SINI. Selamat mencuba semua.....
Sayur Goreng Simple
Oleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:
Sayur kubis
1 biji karot
4-5 ulas bawang putih - hiris
1-2 sudu besar sos tiram
Minyak masak
Cara cara:
Panaskan minyak dan tumis bawang putih sehingga sedikit keperangan. Masukkan karot dan kacau rata.
Masukkan sos tiram dan sedikit air. Kacau rata.
Akhir sekali, masukkan sayur kubis dan kacau sehingga sayur lembut. Boleh tutup api.
Catat Ulasan for "Sayur Kubis dan Karot Goreng Simple"
Add your comment