Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Sambal Ikan Bilis Versi Bonda Mertua



Sepanjang di London, saya rajin melayan video konsert KRU yang memang sangat popular di zaman muda dulu. Lagu lagu mereka memang nostalgia dan mengimbau kenangan lama. Terasa seperti muda kembali. Saya terpanggil untuk menulis apa yang ada dalam hati dan fikiran saya saat ini. 

Saya bukan lah peminat KRU walaupun selalu beli kaset mereka. Kaset kaset original yang harganya kalau tak silap RM20-30 kot. Kalau kaset rosak, beli ganti. Memang begitu. Kalau dalam kereta, mesti pasang lagu lagu KRU. Lagu lagu mereka sehingga kini semuanya sedap didengari. 

Saya bertambah minat dengan Yusry selepas beliau berkahwin dengan Erra Fazira. Beli semua majalah yang ada kisah mereka, beli buku sempena perkahwinan mereka. Masih ingat cincin solitaire diamond perkahwinan Erra yang lebih dari 2 karat. Manakala cincin Yusry pula, rasanya diamond seberat 1 karat. Memang sangat fenomena masa tu. 

Tapi Allah yang Maha Mengetahui, jodoh mereka tak panjang. Saya tak pasti punca sebenar tapi dapat merasakan bahawa Erra yang mungkin mahu memutuskan ikatan perkahwinan terlebih dahulu. 

Sejak itu, saya tidak lagi meminati Erra atau mengikuti kisah beliau sehingga sekarang. Saya “sepertinya” menyalahkan Erra. Terus terang, sangat sedih dengan perceraian mereka. Malah masih tak boleh move on. Mereka adalah pasangan yang sama cantik dan sama padan di dalam industri hiburan tanah air. Bukan sahaja sebagai pasangan duet tapi juga sebagai pasangan hero dan heroin dalam filem. 

Saya pernah 2 kali melihat Erra secara dekat, memang sangat cantik,  tinggi lampai dan sangat classy yang fit sebagai seorang ratu cantik dan ratu filem Melayu. 

Lagi lama melayan konsert KRU ni, saya jadi lagi sedih. Walaupun Yusry sekarang berbahagia dengan isteri dan anak anaknya, saya masih suka melihat bila Erra dan Yusry bekerjasama dalam program program hiburan seperti mana Erra dan Awie yang begitu professional dan tahu menjaga batas persahabatan bila salah seorang menpunyai pasangan hidup. 

Lagi pulak, mereka tidak ada kes orang ketiga atau sondol menyondol tapi mereka adalah kisah dan takdir masa silam. Lagi pulak selepas Yusry, Erra telah mendirikan rumahtangga dengan orang lain. 

Dalam masa sama, Erra kini belum bertemu jodoh yang secocok. Manusia telah ditulis Qada dan Qadarnya yang hanya Allah Maha Mengetahui. Walaupun dilihat sebagai seorang wanita yang memiliki segalanya tapi beliau tidak beruntung dalam perkahwinan, beliau cukup tenang. OK lah, Cukup setakat ini dahulu. Jom kita masuk pula bab masakan. 


Teringat dulu dulu, sambal tumis ikan bilis yang dimasak arwah Bonda Mertua yang lain dari sambal tumis biasa. Ikan bilisnya lembut. Saya minta diajarkan dan rupanya ianya lebih mudah dan tidak renyah seperti sambal tumis biasa. 

Semua bahan dilebur kesemua sekali dalam kuali dan masak atas api perlahan sehingga masak dan kering yang disukai.




Tapi andai kata lah, malas nak renyah dan lama lama di dapur, order jer pes sambal nasi lemak legend Azie Kitchen. Memang sekejap jer, dah siaap. Haa gitu. Nak order, boleh beli di shopee atau tiktok. Boleh klik di SINI.

Saya biasa beli nasi lemak bungkus dijual di Kota Damansara di mana sambal ikan bilisnya sama seperti sambal bilis ini. Bila saya tanya kakak yang berjual, katanya dimasak oleh seorang makcik berasal dari Teluk Intan, kalau saya tak silaplah. 

Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Jangan lupa video di Azie Kitchen Youtube Channel di SINI. Selamat mencuba semua.....



Sambal Ikan Bilis Versi Bonda Mertua 
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
1-2 genggam ikan bilis
Gula Melaka
Gula secukup rasa
Garam secukup rasa
Minyak masak

Bahan kisar kasar:
1-2 genggam cili kering
1 biji bawang besar 
3-4 ulas bawang putih
Sedikit asam jawa tanpa biji

Cara cara:
Panaskan minyak dan masukkan bahan kisar dan semua bahan lain ke dalam kuali. Kacau rata dan tutup kuali. Masak atas api perlahan sehingga kering disukai.

Sesuaikan rasa dan bolehlah tutup api. 


Nota:
Jika cili jenis pedas, kena lebihkan gula. 

Boleh ceduk keluar minyak berlebihan, jika suka. 


Catat Ulasan for "Sambal Ikan Bilis Versi Bonda Mertua"