Nasi Goreng Telur dan Sosej Di England
Sekarang walaupun masih dalam musim spring tapi ada ketika cuaca sangat sejuk. Saya pernah keluar dengan memakai 3 lapis pakaian. Ini lah keistimewaan musim spring. Ada matahari tapi sejuk. Selain itu, bunga bunga cantik di sana sini dan berwarna warni terutama bunga ros.
Di sini juga, memang kena banyak berjalan kaki. Dah tak pasti berapa km sehari. Kadang pergi balik sampai 30 minit. Kalau datang bercuti, bolehlah naik bas atau naik uber. Kalau dah dok di sini, tak mampu lah.
Cucu cucu saya, Ammar dan Aliya Hajar pula suka ke taman yang ada playground. Walaupun dalam sejuk, mereka tak rasa sejuk kerana mereka berlari dan bergerak aktif. Hari hari mesti nak pergi. Nak ke taman ni kena berjalan kaki yang agak jauh.
Di sini, banyak sekali taman taman untuk orang beriadah samada berjalan kaki atau berbasikal. Mereka memang sangat mementingkan healthy life style.
Mereka kerja pun nampak relax jer. Petang petang bawa famili ke taman. Kalau tak silap, bukan setiap hari mereka masuk pejabat bekerja. Kalau ada urusan, kena tunggu mereka masuk ofis untuk reply email kita.
Negara berkebajikan, warga tua termasuk non citizen pun diberikan semacam pencen yang agak lumayan. Saya kenal seorang sahabat dari Malaysia yang menerima pencen dari kerajaan Britain.
Beliau juga bernasib baik kerana diberi rumah tempat tinggal sekali. Inilah negara yang sangat mementingkan kesihatan fizikal dan mental rakyatnya. OK setakat ini dahulu.
Bila sejuk ni, asyik makan jer kerana cepat kelaparan. Jadi kalau sarapan, kami makan di rumah. Kalau keluar, baru singgah makan di luar. Kalau makan di luar, memang lah kena makan masakan western atau pun timur tengah.
Serious walaupun saya tidak berapa gemar makan makanan modern atau western tapi bila dah di England, kenalah belajar juga makan. Sebabnya bukan ada banyak makanan kampung di sini seperti mana tempat kita.
Nak cari kangkung, jumpa baby spinach. Nak cari daun kesum, jumpa tyme dsb. Jadi breakfast kami kadang kadang nasi goreng, kadang kadang bugger atau pasta.
Bila masak nasi goreng, tak jumpa fish cake atau fish ball, kita ganti dengan sosej. Yang penting sosej sini sedap dan berasa, bukan terlebih masin. Haa hasilnya sedap.
Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Jangan lupa video di Azie Kitchen Youtube Channel di SINI. Selamat mencuba semua.....
Nasi Goreng Telur dan Sosej
Oleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:
Nasi putih
3 batang sosej
3 biji telur
5 ulas bawang putih - cincang
1 biji karot - dadu
Garam
Serbuk lada sulah
Minyak masak
Cara cara:
Panaskan minyak dan goreng sosej dan angkat. Ketepikan.
Menggunakan minyak sama, tumis bawang putih sehingga sedikit keperangan. Masukkan karot. Kacau rata.
Ketepikan semua bahan, tuang telur. Biarkan separuh masak, baru dikacau untuk dapat telur yang kepingan besar besar.
Masukkan nasi, garam dan serbuk lada sulah secukup rasa. Goreng sehingga nasi kelihatan berasap dan melompat lompat.
Akhir sekali, masukkan sosej yang digoreng tadi. Angkat dan sedia untuk dinikmati.
Catat Ulasan for "Nasi Goreng Telur dan Sosej Di England"
Add your comment