Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Mee Telur Goreng Yang Sangat Sedap


Saya kalau bab aircond, memang tak boleh compromise paling tak ada aircond kena ada kipas. Di rumah kalau tak ada aircond, memang buka kipas itu pun berpeluh peluh dan berminyak minyak muka. Mood pun habis ke laut. 

Tapi di sini, rumah memang tak ada aircond atau pun kipas. Saya hari tu macam risau juga. Dok ingat nak ajak anak gi beli kipas. Tapi dah seminggu lebih di sini. Nyaman jer. 

Rasa nak sejuk, buka sikit tingkap bagi cuaca sejuk masuk. Tidur malam pun, buka sikit tingkap. Dah sejuk. Tak perlu nak buka aircond. Itu pun masih kena guna blanket. Cuma selepas ni, musim panas pulak. Keadaan mungkin berbeza. 

Saya pernah datang ke London ketika cuaca sangat panas. Memang huruhara perasaan jadinya. Dalam bas pun, macam sauna berpeluh peluh. Memang negara 4 musim punya keunikan tersendiri untuk kita hayati kehebatan ciptaan Illahi. 



Saya ni bukan adventures sangat dalam bab makan. Kalau dah anak kampung, selera pun selera lauk pauk kampung. Cuma bila anak anak dah besar kena juga belajar makan makanan western kerana anak anak suka makan.  

Sepanjang di London, saya dapati banyak makanan sedap. Roti, pasta semua pun sedap. Kalau datang bercuti, bukan banyak masa pun nak makan. Tapi dah duduk di sini, saya ada lah peluang untuk explore makanan makanan di sini.

Kali pertama saya beli egg noodles, sangat sedap rupanya. Kalau mee kuning di tempat kita, 350 gram pun dah banyak. Tapi 1 pek egg noodles yang berat 300 gram ni macam sikit jer. Saya goreng menggunakan bahan bahan yang ada sahaja. 

Kita di perantauan ni kena guna apa yang ada jer untuk memasak. Tak perlu nak ikut sangat cara menggoreng mee di Malaysia. Yang penting, rasanya tetap sedap. Lagi lagi makan dalam cuaca sejuk ni, semua rasa sedap dan perut pun asyik lapar jer.

Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Jangan lupa video di Azie Kitchen Youtube Channel di SINI. Selamat mencuba semua.....


Mee Telur Goreng
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
300 gram egg noodles
1-2 batang sosej
1 biji telur
Sedikit sayur kubis
Sedikit daun bawang
1 sudu besar sos tomato
Kicap manis secukupnya
Sedikit chili flakes
Sedikit garam

Bahan tumbuk:
3 ulas bawang putih
3 biji bawang merah

Cara cara:
Panaskan minyak dan tumis bawang tumbuk sehingga bau wangi. Masukkan sosej dan kacau rata. 

Masukkan cili flakes dan kacau rata. Masukkan sedikit air. Kacau sehingga cili masak.

Masukkan sos tiram, kicap manis dan garam secukupnya. Masukkan sayur kubis.

Masukkan mee dan kacau rata. Tuang sedikit air. Tolak ke tepi kuali dan tuang sebiji telur. Biarkan seketika sebelum dikacau bersama sama mee. 

Masukkan daun bawang. Sebelum dihidang, tabur bawang goreng. 





Catat Ulasan for "Mee Telur Goreng Yang Sangat Sedap "