Mee Hoon Goreng Untuk Sarapan Di London
Saya ingin kongsikan petikan dari video Tokku Pasir Gudang berkenaan hidup yang penuh ujian. Dunia ini tempat Allah bagi ujian. Bukan tempat Allah bagi balasan. Tak kira lah kita kaya atau berpangkat. Setiap kita akan diuji oleh Allah.
Kita akan diuji dengan perempuan, lelaki diuji dengan tubuh badan sihat dsb. Maka itu keaiban dunia sebab dunia bukan untuk kita dapat balasan. Dunia itu kata ulamak adalah tempat orang menunggu kesedihan atau fitnah. Dunia ini kesedihan lebih kuat dari kegembiraan.
Jadi jangan lah berseronok sangat buat dosa kerana tidak terus dibalas atas perbuatan kita. Saya seram melihat dosa yang bertimbun timbun di social media. Baca jer komen yang ditulis oleh orang yang tak setuju sebagai contoh dengan Fazura. Begitu juga kes Jofliam dan CE.
Pelbagai gelaran diberikan kepada bekas suami CE walaupun kita sebenarnya tak kenal pun mereka berdua. Yang pasti, saya memang tidak suka kes curang dan menyondol. Tapi ianya tidak menghalalkan kita untuk memaki menghina manusia lain.
Cuba kita tulis dan bagi nasihat supaya jangan kecam, pasti ada yang kembali mendoakan yang buruk buruk pada kita supaya kita juga ditimpa kes yang sama.
Masya Allah. Masalahnya kita tak kenal pun mereka berdua, kita tak tahu siapa yang benar siapa yang salah. Manusia ni pandai berlakun dan berpura pura. Siapa pun jangan percaya. Hatta suami atau anak anak sendiri. Yang kita kenal adalah diri kita sendiri sahaja.
Sama juga hari itu, saya tulis best kalau Gen KRU jemput Erra Fazira untuk berduet sebagai kejutan dalam konsert, terus ada makcik bawang yang tak kenalpun saya, mendoakan supaya suami saya jatuh hati balik dengan ex. Makcik tu lupa dosa dia pada saya dah tercatat kerana saya tak rela dan tak memaafkan.
Boleh jer dia komen secara berhemah, “saya tak setuju lah kak Azie. Nanti lagi banyak buruk dari baik”. Sebagai contoh. Bukan terus komen doakan yang buruk berlaku pada saya, siap kaitkan dengan anak anak saya.
Anak anak saya semua educated, berjawatan baik baik dan punya rupa paras dan hati budi yang cantik. Mereka tak ada tergedik gedik dalam social media. Apa lagi nak jadi mak cik bawang.
Mereka rasa tak senang dengan komen mak cik bawang pada saya dan minta saya delete post tersebut. Malahan kata anak saya, Nana, “pemikiran Mama lain dari orang lain. Tak semua orang boleh faham”. Tapi saya tak delete pun, hanya “archieved” kerana saya masih marah.
Mak cik tu tak faham konteks pun apa yang saya tulis. Ingatkan dah banyak travel, banyak perjalanan, akan lebih matang pemikirannya. Apa yang dia faham, seolah menyanyi jer boleh menyebabkan jatuh hati. Sedangkan kedua dua mereka adalah kerjaya nya ialah Penyanyi. Mereka selalu jer bertemu dalam program hiburan. Boleh google dan cari.
Kita mudah mudah jer buat dosa kerana tak terus nampak balasan Allah di dunia. Merasakan apa yang dibuat tak berdosa atau dosa tak nampak pun di mata. Jadi buat jer, lagi pun lambat lagi nak mati. OK setakat ini dahulu.
Saya hari ini menyediakan mee hoon goreng. Kat sini susah nak cari mee hoon seperti tempat kita. Jadi beli jer apa yang ada. Mee hoon kering di sini agak kasar dan perlu direbus dalam air mendidih dalam 4 minit.
Mee hoon jadi tetap sedap bila dimasukkan daging sebagai perencah. Daging pula sedap dan cepat jer lembut. Kami beli dalam £11 sekilo. Hampir sama dengam daging di tempat kita juga.
Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Jangan lupa video di Azie Kitchen Youtube Channel di SINI. Selamat mencuba.....
Mee Hoon Goreng
Oleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:
300 gram mee hoon vermicille
Sedikit daging - hiris nipis
2 biji telur
1 sudu besar cili flakes
1-2 sudu besar sos tiram
Sedikit garam
Sayur baby spinach
Bahan kisar:
5 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
Segenggam ikan bilis
Cara cara:
Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga wangi. Masukkan cili flakes. Kacau rata.
Masukkan daging dan kacau rata. Masukkan air secukupnya untuk daging empuk. Masak sehingga terbit minyak.
Masukkan telur dan setelah separuh masak, kacau telur rata rata. Masukkan garam.
Masukkan mee hoon yang telah direndam dengan air panas sehingga lembut. Nota: mee hoon disini perlu dicelur dalam air panas selama 4 minit.
Akhir sekali, masukkan sayur dan kacau rata. Bila sebati dan kelihatan sedikit berkilat, boleh tutup api.
Sebelum hidang, tabur bawang goreng.
Catat Ulasan for "Mee Hoon Goreng Untuk Sarapan Di London"
Add your comment