Kuih Bakar Pandan Sedap Di London
Saya makan dalam sejuk sejuk ni, semua jadi sedap. Nasi putih pun terasa sedap. Aduhaai walaupun banyak berjalan yang sepatutnya boleh membantu membakar kalori, makan pun juga banyak.
Hari ini Ammar mula bersekolah. Semalam, saya berjalan agak jauh di mana mula mula berjalan ke sekolah Ammar dan kemudian balik. Kemudian keluar lagi untuk ke play school Aliya pulak. Lepas tu berjalan pulak sehingga ke Asda. Dari Asda berjalan sehingga ke Tesco dan kemudian berjalan balik ke rumah. Tak tahu lah berapa ribu steps untuk sehari saya berjalan.
Setelah lebih 2 minggu di sini, saya teringin pulak nak makan kuih muih Melayu. Jadi yang terlintas adalah kuih bakar pandan. Kalau nak buat kuih kaswi, kena pulak cari pemarut kelapa. Kalau nak buat kuih serimuka, kenalah cari beras pulut. Jadi akhirnya buat yang mudah mudah jer. Walaupun tak ada bijan, tak apa jer.
Saya memasak kuih muih di London tak sama dengan memasak kuih muih di Malaysia. Pertama kerana kekurangan bahan. Ada bahan yang saya tak menemuinya di kedai kedai berhampiran. Contohnya saya tak jumpa bijan. Kedua, ada bahan sama tapi lain teksturnya. Contoh pisang di sini walaupun pisang untuk cooking tapi tekstur sangat lain.
Pisang kena dibiarkan sampai hitam dan betul betul ranum. Kena lwtak lebih gula. Tepung gandum juga tidak sama dengan tepung gandum di tempat kita. Ianya lebih “starchy”. Kalau biasa saya membuat cekodok, tak pernah masukkan air pun. Tapi di sini bukan sahaja tepung perlu dikurangkan tapi juga perlu dimasukkan air.
Jadi bila baru di sini, memasak pun kena ber eksperimen juga. Begitu juga dengan bahan lain seperti beras pulut dsb. Jadi kena trial and error juga. Tak boleh guna resipi guna bahan Malaysia bulat bulat di sini terutama kuih muih lah.
Untuk kuih bakar hari ini, di rumah tak ada penapis. Jadi adunan tidak dapat ditapis. Nampak lah ketulan kecil tepung yang ada. Tepung pulak, yang ada hanya tepung naik sendiri. Tak guna air daun pandan pun, hanya guna pes pandan. Maka inilah hasilnya menggunakan bahan yang ada sahaja.
Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Jangan lupa video di Azie Kitchen Youtube Channel di SINI. Selamat mencuba....
Kuih Bakar Pandan
Oleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:
2 biji telur
½ cawan gula
1 cawan air pandan - kisar dg 6 helai daun pandan - saya guna pes pandan
1 cawan santan
Secubit garam
1 cawan tepung gandum
Bijan - tak guna
Cara cara:
Panaskan acuan atas dapur. Tuang minyak dalam acuan.
Panaskan minyak. Taburkan 1 sudu kecil bijan. Biarkan bijan sedikit kekuningan, baru tuang adunan.
Bakar atas dapur gas sehingga hampir mengeras di tepi loyang. Pindahkan ke dalam oven.
Bakar dalam oven 180 selama 20-30 minit ikut garing yang disukai.
(Suhu ikut oven masing masing).
Nota:
Saya di sini tiada penapis jadi adunan tak dapat ditapis dulu.
Tepung pula, yang ada hanya tepung naik sendiri.
Catat Ulasan for "Kuih Bakar Pandan Sedap Di London"
Add your comment