Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Creamy Pasta Mudah Dan Sedap Di London



Sejak berada di sini, saya mula menggemari masakan Barat seperti pasta, pizza, hotdog, burger. Dulu pun makan juga cuma tak lah suka sangat.  Macam patty burger dan hotdog sedap dan terasa rempah rempahnya. 


Sekarang macam kemaruk makan pasta. Spagheti mereka di sini sangat sedap kerana bahan yang digunakan sangat fresh kot. 

Harga pasta di sini pun tak mahal jika tak di convert. Maksud saya siapa yang menerima gaji dalam pound, tak ada lah rasa mahal. Spaghetti pun baru £2 sahaja. Bayangkan siapa menerima gaji dalam Malaysian Ringgit, ada ke pasta yang berharga RM2.00. 

Makan di sini jika masak sendiri, tak lah mahal sangat. Beras basmathi yang sedap sedap pun murah sahaja. Macam masak creamy pasta ni, bahan dapat masak 2 kali untuk 2 kali makan. Kami makan untuk 5 orang. Kira sangat menjimatkan. 

Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Jangan lupa video di Azie Kitchen Youtube Channel di SINI. Selamat mencuba…



Creamy Pasta Yang Mudah Dan Sedap
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
250 gram spaghetti
Isi ayam
Garam
Serbuk lada hitam
Serbuk oregano
Minyak zaitun
4 ulas bawang putih - cincang
150 ml double cooking cream
Baby spinach
Cendawan - opsyenal
Daun parsley - opsyenal
Keju parmesan

Cara cara:
Rebus air sehingga mendidih. Masukkan garam dan minyak zaitun. Setelah mendidih, masukkan spagethi. Rebus mengikut masa ditetapkan di pek pembungkusan. 

Dalam kuali lain, tuang minyak zaitun atau boleh juga cairkan mentega, jika suka. Masukkan isi ayam. Masukkan garam dan serbuk lada hitam. Masukkan juga sedikit Oregano. 

Bila ayam dah hampir masak, masukkan bawang putih. Masak sehingga keperangan. Jika suka, boleh masukkan cendawan. Kacau rata. 

Masukkan cooking cream. Kacau rata sehingga mendidih. 



Masukkan pasta yang direbus terus ke dalam kuali. Kacau rata. Jika perlu, tambah garam dan serbuk lada hitam secukupnya. 

Masukkan sayur baby spinach dan kacau rata. Akhir sekali, masukkan daun parsley. 



Kacau rata dan tutup api. Sedia untuk dihidangkan. Tabur keju parmesan, jika suka. 


Catat Ulasan for "Creamy Pasta Mudah Dan Sedap Di London"