Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Butter Cake Di London

 


Siapa yang ikut blog saya sejak dulu, pasti tahu saya memang peminat kek mentega. Cuma kebelakangan saya jarang buat kerana bila saya buat pasti saya akan makan sampai habis. Hahaha bukan apa, sebab orang lain tak berapa makan kek. Jadi tak nak ada pembaziran, sayalah yang makan. 



Tapi syaratnya kena guna pure mentega. Bukan buttercup tau. Itu bukan pure butter walaupun nama ada bunyi butter. Di London ni lagi lah, pelbagai mentega yang pure dan sangat sedap. 

Kek ini memang aroma menteganya harum semerbak. Bayangkan sekali potong, dah separuh loyang saya makan. Memang tak boleh stop. Asalnya saya risau juga sebab tekstur tepung gandum sini tak sama dengan tepung gandum tempat kita. Tapi sebab resipi ini dikongsikan oleh seorang food blogger dari UK juga, jadi saya lebih yakin hasilnya akan sama dengan menggunakan tepung gandum sini. 

Asalnya saya tidak bercadang untuk rekod video tapi kerana hasilnya yang sedap, saya buatlah video untuk rujukan di masa hadapan. Terutam kalau mereka yang berada di United Kingdom menggunakan tepung di sini. 

Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Jangan lupa video di Azie Kitchen Youtube Channel di SINI. Selamat mencuba..... 


Butter Cake Sedap
Oleh: Azie Kitchen
(Separuh adunan)

Bahan bahan:

115 gram telur - 2 biji 

115 gram tepung naik sendiri

115 gram gula kaster

115 gram mentega - suhu bilik

½ sudu kecil esen vanila

2 sudu besar susu segar


Cara cara:

Ada 2 cara samada diputar dulu gula dan mentega sehingga kembang sebelum dimasukkan bahan bahan lain. Atau satukan semua sekali bahan ke dalam mangkuk dan diputar.  Saya buat kaedah kedua. 


Tuang ke dalam loyang yang telah dilenser mentega. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 160°C fan selama  17 sehingga 20 minit, bergantung kepada oven masing masing. 


Angkat dan sejukkan seketika sebelum dipotong.  



Wallaa sedap sangat. Selamat mencuba semua. 




Catat Ulasan for "Butter Cake Di London"