Asam Pedas Ikan Salmon Di London
Sebelum ini saya biasa mendengar yang kematian kita sangat lah dekat, umpama kelipan mata sahaja dekatnya. Kehidupan kita dengan alam barzah juga sangat dekat. Hanya beberapa jam selepas kematian, kita akan dikebumikan dan bermula lah kehidupan alam barzah.
Saya agak sedih mendengar berita pemergian arwah Ustaz Iqbal yang dulu saya kenali ketika arwah memberikan kuliah Dhuha di surau Ad Dhuha. Pemergian di saat arwah sedang bersiap untuk ke majlis usrah. Meninggal di atas sejadah. Nasib baik jemaah peka untuk pergi ke rumah sewa selepas arwah tidak tiba di majlis dan panggilan telefon tidak lagi berjawab. Arwah ustaz dikira masih muda, belum pun lagi berusia 50 tahun.
Sesungguhnya kematian itu tidak mengenal usia. Jadi amatlah menggerunkan bila membaca ramai manusia yang tidak takut membuat dosa terang terangan. Maki hamun secara berjemaah pada orang yang tidak kita kenali hanya kerana tidak menyukai sesuatu perkara pada individu.
Yang memaki hamun, bukan orang muda tapi mak mak dan bapak bapak semuanya. Kalau tak percaya, masuk jer ke Thread. Ada yang siap buat posting berkenaan orang yang tidak disukai. Bukan sahaja komen pada post orang lain.
Aduhai makcik bawang. Bila dipanggil makcik, terasa pulak. Jadi sudah sudah lah mengutuk orang. Jika tak suka, benci sahaja perbuatan beliau dalam hati. Contoh benci perangai curang dan tak bertanggungjawab. Jangan benci dirinya sebagai individu.
Apa lagi mengutuk fizikal seseorang yang dijadikan Allah seperti pendek, hodoh dsb. Tinggi rendah adalah kejadian yang Allah dah ciptakan seseorang. OK cukup setakat ini dahulu. Semoga ada yang bermanafaat.
Saya kalau dapat ikan salmon, selain dibakar atau grill, saya suka juga masak asam pedas. Memang akan rasa berlemak. Rasanya akan lebih sedap jika menggunakan daun kesum. Tapi saya tak ada stock daun kesum. Cari di kedai berhampiran, tak jumpa pulak.
Memasak asam pedas ni memang memakan masa yang lama. Bahan kisar mesti ditumis sehingga benar benar garing dan terbit minyak. Lebih dari 1 jam saya di dapur.
Haa kalau nak jimatkan masa dan kos, boleh beli jer Pes Asam Pedas Azie Kitchen. Cepat sangat dan yang penting sedap.
Masuk air, masuk apa apa yang disukai ikan ayam kemudian masukkan sayuran. Dah siap. Dapur pun tak kotor dengan percikan minyak. Nak beli? Boleh dapatkan di tiktok atau shopee. Klik di SINI.
Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Jangan lupa video di Azie Kitchen Youtube Channel di SINI. Selamat mencuba.....
Asam Pedas Ikan Salmon
Oleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:
1 paket ikan salmon
2 batang serai dititik - tak letak
1 batang bunga kantan
Daun kesum - tak letak
Garam
Minyak masak
Bahan kisar:
3 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
½ inci halia
½ inci kunyit hidup
Belacan - yg telah dibakar
1 cawan cili kering kisar
Air secukupnya
Cara cara:
Panaskan minyak dan tumis serai dan bahan kisar sehingga naik minyak. Masukkan air beberapa kali dan ulang menumis sehingga terbit minyak bagi memastikan bahan tumisan benar benar masak.
Masukkan air secukupnya. Masukkan bunga kantan dan air asam jawa.
Setelah mendidih, masukkan ikan. Biarkan mendidih dan ikan masak.
Akhir sekali masukkan garam dan serbuk perasa yang disukai. Jika suka, masukkan kacang bendi atau apa apa sayuran yang disukai.
Sedia untuk dihidangkan dengan nasi putih panas panas.
Catat Ulasan for "Asam Pedas Ikan Salmon Di London"
Add your comment