Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Sambal Sotong Versi Kering



Assalamualaikum semua. Apa khabar, semoga anda semua sihat walafiat. Alhamdulillah walaupun ramai sekali content creator terutama dalam masakan tapi masih ramai follower saya yang sentiasa memberi sokongan kepada blog saya. Setiap hari masih beribu ribu yang membaca. Alhamdulillah syukur ke hadrat Illahi. 

Rasanya kalau dah tak ada yang singgah atau membaca blog saya, mahu juga saya dah tak ada lagi semangat untuk menulis. Atau blog ditukar sebagai “private blog” untuk famili sahaja. Tapi atas sokongan yang masih ada, saya akan terus menulis. Insya Allah. 

Saya juga akan ke London tahun hadapan dan saya akan ber blogging dari sana. Akan memasak menggunakan bahan bahan yang terdapat di sana. Insya Allah. Tunggu dapur Azie Kitchen di London pula. 



Selepas seminggu dimasukkan ke ward kerana masalah infection, malam tadi saya dah discharged. Pagi ini walaupun badan masih rasa lesu, tapi saya kuatkan semangat untuk memasak. 

Pagi pagi saya order ikan, ketam dan sotong dari Pasar Taman Tun. Walaupun harganya lebih mahal dari kedai runcit tapi ianya lebih segar.Sementara ikan sampai, saya merebus cili kering dan sangai belacan untuk dibuat stock. 

Alhamdulillah dapat juga siap lauk pauk untuk makan tengahari. Selepas masak saya terus makan sebelum makan ubat. Alhamdulillah, sedap dan sangat sesuai selera saya. Makan juga dengan ikan kembung garam kunyit yang digoreng garing. 

Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Juga video di Azie Kitchen Youtube Channel di SINI. Selamat mencuba….


Sambal Sotong Versi Kering
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
10 ekor sotong - lebih sedap jika bertelur
1-2 sudu besar kicap manis
Garam
Serbuk kunyit
Minyak masak

Bahan kisar kasar:
2-3 genggam cili kering - rebus
1 biji bawang besar
3-4 ulas bawang putih

Cara cara:
Siang sotong dengan buang dakwat, biji di kepala dan kedua biji mata. Basuh bersih dan lumur dengan garam dan serbuk kunyit. 

Panaskan minyak dan goreng sotong sehingga separuh masak untuk sekadar matikan air sotong. Angkat dan ketepikan. 


Menggunakan minyak yang sama, tumis bahan kisar sehingga garing dan terbit minyak. 


Setelah garing, masukkan garam dan kicap manis secukup rasa. 


Akhir sekali, masukkan sotong yang digoreng. Kacau rata. Biarkan sebati dan merenih sebelum tutup api. 



Nota:
Sambal kalau dimasak kering seperti resipi di atas, sedap jika tidak dimasukkan asam. 

Jika suka, boleh buang kulit sotong tapi saya memang suka sotong seperti ini. 


Catat Ulasan for "Sambal Sotong Versi Kering"