Cucur Udang dan Kuah Kacang Yang Mudah dan Sedap
Alhamdulillah kita bertemu lagi. Seperti biasa, saya mohon kerjasama dan sokongan anda semua untuk klik iklan yang keluar di blog saya dan klik follow blog. Kerjasama anda amat saya hargai dan semoga Allah membalas dengan ganjaran yang banyak.
Tokku Pasir Gudang dalam videonya berkenaan kita cuma ada satu peluang, maka manfaatkan lah. Kita cuma ada satu peluang di dunia untuk mentaati Allah. Kalau kita melepasi peluang ini dan ingin kembali ke dunia, tak akan diizinkan.
Dalam Al Quran menyebut bagaimana penyesalan manusia untuk kembali semula ke dunia. Wahai Tuhanku, pulangkan semula aku ke dunia supaya aku dapat melakukan perkara kebaikan yang aku tinggalkan. Allah berfirman, tidak sesekali. Ia cuma angan angan kosong. Tunggulah di alam barzah ini sehingga kamu dibangkitkan.
Permulaan manusia mahu hidup balik bila berada dalam kubur. Permulaan manusia minta dipanjang sikit umur ketika melihat malaikat maut. Dia akan berkata Wahai Tuhanku, beri aku tempoh umur sedikit lagi untuk aku melakukan amal soleh. Aku nak sedekah dan nak jadi orang baik.
Tempoh tempoh yang manusia minta ialah bila nampak malaikat maut dan bila masuk kubur, minta nak kembali. Bagaimana penyesalan mereka, Allah berfirman, wahai Muhammad kelak kamu akan tengok orang yang melakukan maksiat dan kekufuran menundukkan kepala di akhirat kelak. Wahai Tuhan kami, kami dah tengok, kami dah dengar dan kami dah yakin, maka pulangkan kami ke dunia.
Walaupun secara umum ayat ini dituju untuk orang kafir. Tapi disepakati para ulamak, sebagai pengajaran dan ingatan secara lafaz umum supaya memanafaatkan umur. Disebut Rasulullah, ambil lah kesempatan 5 keadaan sebelum datang 5 keadaan yang lain. Kesempatan hidup sebelum mati, kesempatan sihat sebelum sakit, muda sebelum tua, kaya sebelum miskin dan lapang sebelum sibuk. Jangan sampai kunjungi sibuk, lalu kita lalai kembali.
Umur kita panjang atau pendek, peluang kita cuma sekali. Siapa pun kita dari Raja, perdana Menteri sehingga marhaein semua, cuma ada satu peluang. Setakat ini dahulu, semoga bermanafaat.
Saya memang tidak pernah menyediakan kuah kacang untuk dimakan dengan cucur udang. Biasanya saya akan mencicah cucur udang dengan sos cili sahaja.
Tapi bila nampak ada orang berkongsi resipi yang sangat mudah ini, saya pun teruja untuk mencubanya sendiri. Alhamdulillah rasanya sangat sedap dan menyelerakan.
Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Jangan lupa video di Azie Kitchen Youtube Channel di SINI. Selamat mencuba...
Kuah Kacang
Oleh: Azie Kitchen
Bahan A:
10 gram cili kering - goreng
100 gram kacang tanah - goreng
½ sudu kecil pes asam jawa
Bahan lain:
2 sudu besar gula pasir
½ - ¾ sudu kecil garam
Serbuk perasa
Cara cara:
Goreng cili kering seketika jer. Angkat dan masukkan ke blender. Tuang air secukupnya.
Goreng pula kacang tanah dan terus masukkan ke dalam blender. Nota: supaya kacang tanah terus sejuk dan henti dari terus garing. Kisar sederhana halus sahaja.
Tuang ke dalam kuali. Masukkan pes asam jawa.
Masak sehingga mendidih. Masukkan garam, gula dan serbuk perasa.
Cucur Udang
Bahan bahan:
3 cawan tepung gandum -350 gram
½ sudu kecil baking powder
½ sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu besar gula
½ sudu kecil garam
Bahan lain:
3-4 ekor udang - potong kecil
Daun kucai
1 genggam taugeh
Cara cara:
Satukan bahan tepung dan bancuh dengan air dengan air sejuk. Nota: tips untuk rangup.
Kemudian masukkan udang dan kacau rata. Biarkan seketika.
Akhir sekali, masukkan daun kucai dan taugeh. Kacau rata dan sedia untuk digoreng.
Panaskan minyak sehingga betuk betul panas. Goreng sehingga cucur terapung. Perlahankan api dan goreng sehingga masak di dalam dan garing. Angkat dan tos.
Nota:
Selain itu, sedap dicicah dengan sos pencicah cili segar.
Catat Ulasan for " Cucur Udang dan Kuah Kacang Yang Mudah dan Sedap"
Add your comment