Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Ayam Masak Kicap Mudah dan Sedap



Saya ingin kongsikan petikan video Tokku Pasir Gudang. Bila sakit sahaja, itu amaran awal pada kematian. Maka segerakan bertaubat. Kebetulan saya dah beberapa hari terlantar di hospital kerana ada infection dan bacteria. 

Sementara menunggu result dari ujian darah dan urine, saya banyak beristigfar selepas ingatkan kuliah dari Tokku Pasir Gudang ini. Sakit apa sahaja sakit kepala ke, segerakan bertaubat. Banyakkan beristighfar. Itu tanda kematian. Bukan segera cari ubat. Habis duit banyak untuk ubat pun, mati tetap mati. Taubat tak buat. 

Dua manusia yang berbeza latarbelakang. Seorang berubat kerana kanser, sehingga habis harta. Akhirnya mati dan duit pun habis. 

Ada yang bila sakit kanser sahaja dia segera bersedekah semua harta, bina masjid sehingga habis harta. Banyakkan puasa sunat zikir dan berinfaq. Bila mati, tak rugi apa apa. Setakat ini dahulu, semoga bermanafaat. 


Saya menyediakan lauk ini atas permintaam anak saya Hazween yang setiap hari balik makan tengahari di rumah. Kalau tak ada lauk ayam, dia akan minta saya memasak lauk ayam. 

Bila masa dah terlalu suntuk, saya akan menyediakan ayam masak kicap jer. Sebab sangat pantas dan rasanya sedap. Ya lah siapa jer yang tak suka kicap kan? Hahaha saya jer yang tak berapa kicap. Anak saya kalau tak ada lauk berkuah, akan tuang kicap ke atas nasi untuk dijadikan macam kuah. 

Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Jangan lupa untuk melihat video di Azie Kitchen Youtube Channel di SINI. Selamat mencuba semua…



Ayam Masak Kicap
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:

Bahan bahan:

Ayam

Serbuk kunyit

Garam


Bahan A: hiris kasar

Cili padi merah hijau - boleh ganti cili kering juga

1 biji bawang besar 

5 ulas bawang putih

2 inci halia 

½ kiub pati ayam


Bahan B:

Sedikit pes asam jawa + sedikit air

1-2 sudu besar sos tiram

Kicap manis secukupnya

1 biji limau kasturi - air


Cara cara:

Masukkan serbuk kunyit dan garam ke dalam minyak panas dan masukkan ayam. Goreng sehingga masak. Angkat. 




Keluarkan minyak berlebihan, tumis bahan A di atas.




Kacau rata. Masukkan sos tiram, air asam jawa, serbuk perasa dan kicap manis. Perah limau kasturi. Kacau rata. 


Bila kuah dah pekat, masukkan ayam goreng tadi. Kacau rata. Setelah sebati, tutup api. Sedia untuk dinikmati. 








Catat Ulasan for "Ayam Masak Kicap Mudah dan Sedap"