Pisang Abu Goreng
Saya ingin kongsikan petikan dari video Kuliah Subuh Ustaz Ubaidillah Al Musawi dengan tajuk Jaga Allah. Percakapan kita ada baik buruk. Nabi kalau bercakap, semua benar belaka. Fitnah yang kita faham ialah bila kita hanya cakap benda tak betul. Sedangkan fitnah adalah termasuk pembunuhan, perbalahan, permusuhan dan menyimpang dari kebenaran. Fitnah adalah umpama gelap pada waktu malam.
Nabi bersabda, Aku tinggalkan kamu dengan 2 perkara iaitu Al Quran dan sunnah. Sunnah adalah benteng terakhir. Menutup pintu kemurkaan Allah.
Hadis riwayat Ibnu Abbas, satu hari aku naik unta dok belakang nabi. Unta nabi bawa orang. Ini sifat tawadduk Nabi, di mana nabi sendiri buat. Seperti biasa, Nabi ambil peluang untuk berdakwah. Bila bermusafir, jangan tinggalkan dakwah, nasihat dan kebaikan. Ini setengah orang bila melancung, tak jaga aurat. Tinggal agama bila dalam musafir. Sedang agama patut dibawa di mana sahaja kita berada.
Nasihat Nabi ialah jangan mengumpat saudara kamu. Adakah kamu suka makan bangkai saudara kamu sendiri. Ilmu ada tapi tak amal. Bila masuk lewat ke masjid tegur budak budak buat bising. Ini pahala kita patut dapat walaupun datang lewat ke masjid.
Nasihat Nabi, Kamu jaga Allah. Kita hamba, kita perlukan Allah. Tiba tiba hadis kata kita kena jaga Allah. Apa maksudnya? Maknanya kamu jaga perintah Allah, jaga agama Allah, syariaat Allah. Allah suruh solat, zakat, Haji, jangan ambil harta orang secara haram, jangan dekati zina, jangan berkata suatu yang kamu tak tahu, jangan cela orang lain. Kalau kamu jaga Allah, Allah jaga kamu.
Dalam hidup, kita perlu penjagaan Allah. Maksudnya malaikat jaga kita, akan catat amal tanpa cuai, apa kamu cakap, tulis dan buat, semua malaikat catat kecil atau besar, baik atau jahat. Tengok waiter tak pakai tudung, kita pun dapat dosa. Kita tengok orang lelaki berniaga pakai gelang, kita tak tegur. Ini juga dosa. Kita pulak beli barangan yang dia jual.
Ada yang jaga kamu setiap orang. Ada orang fitnah kita, jangan risau. Ada Allah yang akan balas semua perbuatan mereka. Dekat mati, kami akan tunjuk pada mereka sehingga terbeliak mata. Itu janji Allah. Allah tak tidur. Allah tunggu masa tepat untuk balas. Allah jaga. Jangan ingat kita tak mati nak buat aniayai kat orang.
Kedua, Allah jaga kita dari semua perkara tak elok. Jadikan malaikat bergilir gilir dari depan belakang siang malam menjaga manusia sebagai perintah dari Allah. Setiap orang ada 2 malaikat jaga depan belakang. Jika Allah tak izin berlaku, malaikat akan tahan dari berlaku. Tak jadi accident kerana Allah jaga.
Masa tidur, Allah jaga. Allah yang mematikan setiap jiwa. Ketika tidur, Allah genggam roh dan tak dipulangkan roh sehingga ajal kematian. Allah tentukan. Cara nak Allah jaga kamu ialah jaga Allah. Jaga ketaatan pada Allah, jaga perintah Allah. Sebagaimana Allah jaga pemuda Al Kahfi. 309 tahun tidur. Tak terbayang dek akal kita. Tak mati, tak makan, tak minum tanpa ada orang sedar. Anjing jaga dalam keadaan mata terbuka walhal sedang tidur. Tidur dalam mata celik sebagai perlindungan dari musuh.
Kamu jaga Allah dengan perkara sunnah kamu buat Allah sayang. Belum minta dah bagi. Kalau nak minta sesuatu, minta dengan Allah dulu sebelum minta petua. Ini tidak. Bila doktor kata tak ada ubat, baru nak minta dengan Allah. Sepatut sebelum jumpa doktor, dah berdoa minta dari Allah. Allah jaga kesihatan kita, kerja kita, tak mengeluh dengan manusia. Jangan mengeluh kat facebook dulu.
Hidup kita sentiasa rasa ada Allah. La Tahzan jangan sedih jangan dukacita kerana Allah ada bersama. Allah ada bersama. Setiap masa, minta dan mengadu dengan Allah. Garam pun minta dengan Allah. Nabi kata kalau berkumpul 1 dunia untuk celakakan kamu. Tak akan berlaku selagi Allah tak izinkan.
Saya rasa ramai orang Kelantan yang suka makan pisang Abu. Kalau di sana dipanggil pisang kebatu. Lagi lagi yang isinya warna kuning. Kalau tak suka pisang Abu, maknanya belum cukup lagi keKelantanannya. Haa gituuu…
Pisang ni bukan sahaja sedap dimasak pengat, sira atau goreng tapi juga sedap direbus. Pisang rebus adalah makanan sarapan yang sangat terkenal di Kelantan. Kalau guna pisang lain tak sama rasanya dengan pisang ini.
Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Jangan lupa video di Azie Kitchen Youtube Channel di SINI. Selamat mencuba….
Pisang Abu Goreng
Oleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:
1 sikat pisang Abu
1 cawan tepung beras
¼ cawan tepung gandum
Sedikit serbuk kunyit
Garam
1 sudu besar minyak panas
Cara cara:
Satukan semua bahan di atas dan gaul sebati.
Panaskan minyak dan ambil 1 sudu minyak panas dan masukkan ke dalam adunan tepung. Kacau rata dan sedia untuk digunakan.
Pisang dibelah menjadi 3 keping. Celup dalam tepung dan goreng dalam minyak yang panas. Goreng sehingga pisang sedikit timbul dan sedikit keperangan.
Angkat dan tos. Sedia untuk dinikmati.
Catat Ulasan for "Pisang Abu Goreng"
Add your comment