Gulai Lemak Udang Ala Restoran Mok Yoh Pak Kob
Assalamualaikum semua. Apa khabar? Harap anda semua berada dalam keadaan sihat walafiat hendaknya. Jangan lupa klik iklan yang keluar di blog saya ni ya. Juga jangan lupa untuk klik follow blog bagi mendapat notifikasi setiap kali entri baru.
Saya tak pasti dengan orang lain tapi saya secara individu sangat bimbang dengan perkembangan sejak akhir akhir ini. Banyak kes orang hilang tanpa dapat dikesan, ramai mangsa bunuh yang kebanyakannya melibatkan pelaku yang dikenali mangsa.
Selain itu yang membimbangkan juga ialah ramai orang yang menggunakan agama atau dengan kata lain menunggang agama untuk mengutip dana/derma, melakukan perkara melibatkan seksual, luar tabie dan liwat sesama jenis.
Banyak sangat banyak. Lebih menakutkan ialah walaupun apa pun bukti yang dikemukakan, masih ramai tidak percaya. Dengan kata lain, pelaku dikatakan difitnah oleh mangsa. Dah bawa ke mahkamah dengan bukti dan saksi, dah didapati bersalah sekali pun, tetap dikatakan sebagai fitnah dan konspirasi. Masih ramai penyokong yang terpaling husnudzon.
Itulah yang dikatakan di akhir zaman, ramai yang keliru. Yang benar dan yang batil. Yang hitam dan yang putih. Itu sebab ramai tertipu dengan dajjal bila mana racun dikatakan madu dan madu dikatakan racun. Dajjal juga akan mengelirukan antara neraka dan syurga.
Begitu juga dengan ahli politik dan pemimpin yang sewenang wenang berbohong. Bukan kita baca tapi kita melihat video percakapan mereka yang bercanggah. Di sana cakap lain, di sini cakap lain. Tidak perlu tunggu tayangan video di Padang Mahsyar tapi kita dah boleh tengok video di media social. Yakinlah bahawa 2 malaikat yang berada di sisi kita tidak akan pernah gagal untuk mencatat setiap amalan baik dan jahat kita hatta sebesar biji sawi.
Kita memang umat akhir zaman. Akhir zaman bermula dengan kelahiran Nabi Muhammad SAW yang merupakan Nabi akhir zaman. Sebagai persiapan menghadapi fitnah dajjal yang mengelirukan kita dianjurkan untuk menghafal 10 ayat pertama surah Al Kahfi dan membaca doa perlindungan dajjal setiap. kali sebelum memberi salam dalam setiap solat.
Semoga kita tidak terpedaya dengan dajjal manusia yang membuat kejahatan tetapi dipamirkan dengan kebaikan dan sebaliknya menuduh pula mangsa sebagai penjahat. Ingatlah jenayah bukan ujian. Setiap jenayah dilakukan mesti ada hukumannya. Hukuman itu bukan ujian. Ujian adalah sesuatu yang didatangkan oleh Allah untuk menguji hambanya. Yang ditimpa ujian ialah mangsa. OK setakat ini dahulu, semoga bermanafaat.
Saya sekarang dah terubat rindu dengan makanan Kelantan sejak adanya Restoran MYPK D’KL. Kalau dulu, nak makan makanan Kelantan yang sedap mesti nak kena balik Kelantan. Banyak makanan Kelantan yang dijual di sini memang tak sama rasa dengan makanan yang dijual di sana. Resipi ini saya pelajari dari Hisham, boss MYPK D’KL yang tidak lokek ilmu.
Memasak ni walaupun menggunakan resipi yang sama, belum tentu rasanya sama. Jadi kalau nak rasa macam mana sedapnya gulai lemak Kelantan versi Restoran MYPK D'KL ni, bolehlah singgah di kedai makan mereka di Subang Bestari.
Gulai Kelantan ni nak sedap, wajib ada lada solok. Tapi saya tak ada stock, saya letak cili api dan Maldivian Scoth Bonnet Peppers yang berwarna merah yang diberi oleh jiran kami yang menantunya berasal dari Maldive. Sedap cili ni dan pedas menyala. Rasanya memang lain dari cili yang pernah saya rasa di sini.
Banyak lauk pauk Kelantan lain yang tidak dijumpai di tempat lain. Lagi pulak tukang masak dan semua bahan memasak dibawa dari Kelantan. Antaranya ikan tongkol, ikan tenggiri, itik serati, ayam kampung, rempah ratus dan juga kelapa.
Haa special kan. Baru lah rasa betul betul “authentic Kelantan”. Jadi apa lagi, jom sama sama singgah di restoran MYPK D’KL.
Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Jangan lupa video di Azie Kitchen Youtube Channel di SINI. Selamat mencuba...
Gulai Lemak Udang Ala Mok Yoh Pak Kob
Oleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:
12 ekor udang laut
1/2 - 1 sudu besar cili kering kisar
1 sudu besar serbuk kari daging
1/2 sudu besar garam
1 sudu besar gula
1 keping asam keping
1 mangkuk belimbing buloh
Lada solok/cili padi secukupnya
1 kotak santan + air secukupnya
Bahan kisar:
1 genggam bawang merah
1 ibu jari halia
2-3 inci kunyit hidup
Cara cara:
Masak santan dengan asam keping sehingga mendidih. Masukkan bahan kisar, cili kering kisar dan kacau rata.
Masukkan serbuk kari dan kacau rata lagi. Biarkan mendidih sehingga semua masak sempurna.
Masukkan belimbing buloh, garam dan gula secukupnya. Renih sehingga masak.
Akhir sekali, masukkan udang dan cili hidup secukupnya.
Sesuaikan rasa dan boleh tutup api. Nota; udang tidak boleh terlebih masak, nanti jadi liat.
Catat Ulasan for "Gulai Lemak Udang Ala Restoran Mok Yoh Pak Kob "
Add your comment