Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Masak Lemak Ikan Jenahak Pucuk Ubi



Saya ingin kongsikan petikan dari kuliah Zoom dengan tajuk Perbandingan Dunia dan penghuninya oleh Al Fadhil Ust Mat Esa Deraman aka Tokku Pasir Gudang. Dunia tempat diuji. Satu malapetaka atau kesedihan akan menenggelamkan semua kegembiraan dan nikmat. Kerana dunia sifatnya sementara. 

Pemimpin beriman akan ingatkan rakyat akan adanya akhirat. Dunia tempat membuat amalan dan mencari keuntungan di sisi Allah. Bukan keuntungan di sisi manusia. Pemimpin jahat mencari kejayaan di dunia sahaja. Dunia nikmat sebentar. Dunia akhirat tempat tinggal kamu yang abadi. Nikmat dunia adalah nikmat menipu yang memperdaya. Semuanya ujian dari kekayaan, anak, isteri. Surah Al Kahfi ayat 45-46 Allah beri perunpamanan dunia seperti air hujan yang turun dari langit menyubur dan menghijau tanaman. Kemudian bertukar kekuningan dan hancur binasa. 

Yang kekal itu ialah soleh dan ketaatan di sisi Allah. Hidup di dunia seronok satu sudut macam pokok berbunga dan berbuah. Lepas tu, pokok akan hancur binasa. Selumayan mana pun dunia, kita akan tinggalkan dunia dengan kematian. Dunia tak lakukan apa apa. Rugi jika tak guna dunia untuk cari kemuliaan akhirat. Harga jadi baik bila berada di tangan orang soleh. Dunia Bila kita tanam dg ketaaatan, kita akan berjaya. Dunia akan memalukan kita waktu mati kita. Semua yang ada akan hilang. Kita dah tak ada apa apa, hanya bawa kain kapan. 

Rezeki sebenar di sisi Allah ialah pahala. Harta tak kekal, sebaliknya kena convert harta untuk jadi pahala. Pangkat pun tak kekal. Kena tukar jadi pahala. Setiap ruang di dunia, ada pahala. Anak anak akan jadi jariah kita dengan doa dari anak yang soleh. Maksiat anak tak jadi mudarat pada ibubapa. Selagi dia solat, mak ayah dapat pahala. Atas setiap kebaikan yang diajar mak bapa dapat pahala. Ada Ilmu tukar jadi pahala. 

Menyiapkan dunia untuk akhirat. Supaya berada pada landasan yang diredhai Allah. Guna pengaruh kamu di dunia, untuk akhirat. Recommendation orang berpengaruh, akan diambil kira. Harta dan pangkat pun sama. 

Orang yang utamakan akhirat. Dia lah orang yang paling untung. Yang memberi rezeki ialah Allah, melapang dan menyempitkannya juga adalah Allah. Ada yang gembira sehingga lupa akhirat. Sedang dunia hanya sementara. Ada orang tak pernah fikir nak jumpa Allah. Mereka senang dengan dunia. Bukan sedikit yang mati yang kita dengar. Apa kah bila kita dengar berita musibah kita masih menyibukkan diri dengan dunia. Melupakan akhirat kita. 

Bandingan aku dengan dunia, penunggang berhenti sekejap untuk hilang kelelahan rehat sekejap. Kita akan tinggalkan. Orang yang lihat dunia tinggi, dia lupa dunia akan dibinasa. Nikmat dunia tak pernah kekal. Nikmat sihat dan gembira juga tidak akan kekal. Nikmat akhirat ada pertambahan. Dunia dari rambut penuh jadi kurang, mata jadi kurang, deria rasa pun dah jadi kurang. Akhirat bertambah dan bertambah menjadi makin lazat dan makin lazat, makin cantik dan cantik. 

Dunia makin tua kita tak boleh terima walaupun cuba diindahkan. Contoh orang tua, yang dipakaikan make up. Nampak lagi buruk. Sihat juga akan kurang. Bahagia akan berkurang, anak bila besar akan tinggalkan kita sampai tak ada anak lagi. Dulu tinggal di rumah besar sekarang rumah kecil sebab dah tak larat naik tangga. Tapi manusia masih lagi gila dengan dunia. Sehingga akhirat tak bawa apa apa. Setakat ini dahulu, semoga bermanafaat...


Saya tahu kalau saya masak lauk menggunakan ikan, memang tak ramai yang makan. Tapi sebab dah lama teringin nak makan ikan masak lemak, saya buatlah juga. 

Serious saya makan nasi menambah nambah. Isi ikan jenahak dari Sabah ini sangat sedap, manis dan lembut sahaja isinya. Selain dari pucuk ubi yang dimasukkan dalam masak lemak ini, saya juga mencelur pucuk ubi untuk dicicah dengan budu dan isi durian. Aduhaai menambah nambah lah makan walaupun makan seorang diri. 

Jom tengok resipi dan cara penyediaannnya di bawah ini. Jangan lupa video di Azie Kitchen Youtube Channel di SINI. Selamat mencuba…


Masak Lemak Ikan Jenahak Dengan Pucuk Ubi
Oleh: Azie Kitchen 

Bahan bahan:

1 ekor ikan jenahak laut

1-2 genggam pucuk ubi 


Bahan kisar:

5 biji bawang merah

8 biji cili api - lebihkan jika suka pedas

1 inci kunyit hidup


Bahan lain:

1 batang serai - ketuk

450ml santan - atau 1 kotak santan dan air secukupnya

1 keping asam keping

Garam 


Cara cara:

Gaulkan dengan serbuk kunyit dan garam- goreng sehingga masak. 




Panaskan minyak dan tumis serai dan bahan tumbuk sehingga terbit minyak. Masukkan santan dan masak sehingga mendidih. 


Masukkan pucuk ubi, asam dan garam secukupnya. Masak sehingga mendidih. 



Akhir sekali, masukkan ikan yang telah digoreng tadi. Kacau rata. Biarkan merenih seketika. Boleh tutup api. 






Catat Ulasan for "Masak Lemak Ikan Jenahak Pucuk Ubi"