Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Ikan Kekek Ketuk Serai



Saya ingin kongsikan petikan dari video Tokku Pasir Gudang berkenaan dengan kata kata mutiara tokoh sufi. Ke31 Abu Hamzah al Khurasani  seorang yang warak dan berpegang teguh pada agama. Guru sufi agung pada zamannya dan paling pemurah dan paling berani salam memberi pandangan. 

Mutiara hikmah beliau ialah barang siapa ingat akan kematian, Allah jadikan senang dapat pahala dan benci pada perkara bersifat sementara. Benci pada dosa. Bila ingat mati akan cinta pada benda kekal seperti akhirat. 

Harta dunia tak kekal. Soleh kita tak akan berpindah pada anak anak. Itu semua jadi milik kita. Kalau kita usaha cari duit, ia akan berpindah tangan. Akan ke LHDN. Ramai muflis kerana LHDN. Dunia bukan milik kita. Kita penat cari duit dan bayar cukai dan cinta dunia memenatkan. Fikir pada  benda kekal seperti akhirat, syurga, pahala. Sentiasa cari jalan untuk dekatkan diri dengan Allah. Melihat Allah jauh lebih indah dari syurga. Allah itu Khalid.  Lebih hebat dari masuk syurga itu sendiri. Syurga adalah makhluk.  Satu ketika kita bercita cita nak masuk rumah mewah, akhirnya bila dah dapat masuk, kita nak pula jumpa dengan ownernya. Analogi lain ialah kita masuk hotel 5 star. Seorang lain pulak dapat jumpa owner hotel 5 star itu. Yang mana lebih luarbiasa. Begitu kuga dengan Allah. Bertemu dengan yang pencipta syurga dan yang cipta kita, kemuliaan tak  boleh dibandingkan. 

Siapa cinta untuk bertemu Allah, Allah pun cinta untuk bertemu dia. Aishah berkata, kami tak suka mati tapi nak jumpa Allah kena mati dulu. Orang beriman dibuka hijab masa nak mati ditutup pandangan dunia. Jadi dia seronok nak jumpa Allah. Allah suka. Ingat mati selangkah untuk kita mencintai Allah. 


Saya memang tak pernah beli ikan kekek walaupun biasa makan ikan ini masa kecil dulu. Yang saya ingat ikan ini hanya dimasak rebus ketuk serai sahaja. Boleh juga digoreng atau dibakar. Tapi saya tak pernah lah makan, apalagi memasaknya. 

Hari ini pun saya beli set makanan laut frozen yang dijual secara online. Jadi saya tak ada pilihan kerana kita tak boleh tukar set ikan yang diberi. 

Jom tengok resipi dan cara penyediaannnya di bawah ini. Jangan lupa video di Azie Kitchen Youtube Channel di SINI. Selamat mencuba…


Ikan Kekek Masak Ketuk Serai
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
3 ekor ikan kekek
2 batang serai - diketuk
6 batang cili padi merah
3 gelas air
1 sudu besar garam 

Bahan tumbuk:
3-5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
2 keping halia

Cara cara:
Tumbuk kasar bawang merah,bawang putih dan halia.

Masukkan bahan tumbuk bersama air, serai, cili padi dan ikan ke dalam kuali non stick. Masak hingga menggelegak.




Masukkan garam secukup rasa.Tutup api.



Catat Ulasan for "Ikan Kekek Ketuk Serai"