Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Sup Sayur dan Fucuk dan Bab Ibadah Haji



Alhamdulillah kita bertemu lagi. Jangan lupa untuk klik iklan yang keluar di bahagian atas blog saya ni tau. Juga klik follow blog sekali. Terima kasih atas kerjasama anda semua. 

Sekarang ni musim Haji, saya merasa seolah saya yang hendak pergi mengerjakan Haji kerana saya membuat ulang kaji Rukun, Wajib dan Sunat Haji dan membaca semua berkaitan kerja kerja Haji. Insya Allah semangat saya membara untuk mengerjakan Haji. Semoga saya diberikan rezeki dan kesihatan untuk mengerjakan Haji sekali lagi tahun hadapan. 

Saya banyak berhubung dengan ustaz ustaz dan pengelola program Haji untuk memahami tentang pelbagai selok belok urusan perniagaan mereka. Saya juga kini faham bagaimana pengurusan kerja Haji dan cara pengeluaran visa kepada jemaah Haji. 

Cuma yang rasa tak sedap sedikit bila membaca komen komen netizen berhubung kes jemaah Haji yang pergi ke Mekah menggunakan visa pelancung. Ramai menuduh pihak agen menipu jemaah dsb. Dikatakan ramai jemaah terkandas di Mekah. 

Sedangkan sehingga kini, satu nama agensi yang dikatakan menipu tidak pernah ditulis di mana mana. Ini adalah kerana jemaah faham cara pengurusan Haji yang ditawarkan sebelum pergi. Bukan mereka ditipu. Mungkin ada seorang dua yang walaupun telah dijelaskan tapi tak faham. 

Saya mendengar ceramah seorang Ustaz bahawa mereka yang mengerjakan Haji dengan visa pelancung juga adah sah Hajinya walaupun mereka melanggar peraturan pemerintah. Asal tidak melanggar peraturan Allah, tidak berdosa. 

Mereka masuk ke Saudi juga secara sah dari segi undang undang kerana mereka masuk menggunakan visa yang dikeluarkan oleh kerajaan Saudi, tak kiralah visa pelancung, visa pekerja dsb. Mereka tidak masuk secara haram. Ini yang dijelaskan oleh seorang ustaz yang telah bertahun tahun membawa jemaah mengerjakan Haji. 

Cumanya Saudi mengenakan peraturan mesti menggunakan visa Haji untuk mengerjakan Haji. Untuk tujuan ini, agensi berkenaan telah tahu apa yang perlu mereka lakukan. Mereka berpengalaman dan lama berurusan dengan muasassah di Saudi. 

Pakej yang dibayar oleh jemaah adalah juga termasuk bayaran untuk mendapatkan tasrih Haji yang dikeluarkan sebelum bertolak untuk memulakan kerja Haji iaitu berwukuf di Padang Arafah. Memang banyak visa lebihan yang boleh digunakan untuk muasassah membuat business deal di saat akhir. 

Bagi mereka dari Pantai Timur seperti Kelantan dan Terengganu, perkara ini bukan suatu yang baru. Mereka berada di Mekah selama 3-4 bulan sehingga selesai kerja Haji adalah perkara biasa. Saya pernah berhajat untuk melakukan perkara sama selepas bersara. 

Cuma dulu tak ada media social untuk netizen komen dan maki hamun pada travel agent yang dikatakan menipu jemaah yang hendak mengerjakan Haji. OK setakat ini dahulu, semoga dapat memberikan sedikit kefahaman tentang cara alternatif untuk mengerjakan Haji. 


Sekarang Aliya cuti sekolah selama seminggu. Jadi saya menyediakan lauk untuk Aliya makan tengahari. Aliya suka makan ubi kentang. Jadi saya buatlah sup kentang dengan pelbagai sayuran yang boleh dimakan oleh yang lain. 

Alhamdulillah sedap. Jika suka. Boleh juga pecahkan beberapa biji telur ke dalam sup yang sedang mendidih. Jangan dikacau sehingga telur hampir masak. Tapi saya suka clear sup. Jadi saya tak masukkan telur pun untuk sup saya hari ini. 

Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Jangan lupa video di Azie Kitchen Youtube Channel di SINI. Selamat mencuba...


Sup Sayur dan Fucuk
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
2 biji ubi kentang
2-3 batang fucuk
Sohoon
Cendawan hitam
Kim chan 
2 bok choi
Garam
Serbuk perasa
Cili merah - hiris
Daun sup

Bahan tumbuk:
4 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
2-3 sudu besar ikan bilis

Cara cara:
Panaskan minyak masak dan tumis bahan tumbuk sehingga naik bau dan sedikit garing. Masukkan 1 liter air dan masak sehingga mendidih.

Masukkan kentang dan fucuk. Masak sehingga mendidih dan kentang masak. 


Masukkan cendawan hitam dan batang bok choi. Masukkan garam dan serbuk perasa secukupnya.

Masukkan sohoon, cili merah dan akhir sekali daun bok choi dan sup. Kacau rata dan tutup api.



Catat Ulasan for "Sup Sayur dan Fucuk dan Bab Ibadah Haji"