Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Rendang Ayam Berkuah


Alhamdulillah. Insya Allah hari Isnin 10 Zulhijjah, umat Islam akan menyambut Hari Raya Korban atau Hari Raya Adik Adha. Di saat mereka yang mengerjakan Haji bertalbiah, kita disarankan untuk perbanyakkan bertakbir sehingga selesai mengerjakan sembelihan haiwan korban kita. Lafaz takbir ialah *Allahu akbar Allahu akbar Allahu akbar Laa ilaaha illallahu wallahu akbar Allaahu akbar walillaahil hamd’


10 awal Zulhijjah adalah hari hari terbaik di dunia di mana amal soleh padanya amat disukai Allah. Kelebihannya ialah di siang hari berbeza dengan Ramadhan yang kelebihannya ialah pada 10 akhir malam. 

Jangan lupa untuk berpuasa esok 9 Zulhijjah hari Arafah di Malaysia. Kalau ibadah lain telah ditetapkan kadar ganjaran pahalanya. Tapi ibadah puasa, Allah lah yang akan memberikan ganjaran pahalanya. Puasa hari Arafah juga diberikan pengampunan dosa setahun yang lalu dan setahun yang akan datang. 

Selain itu untuk baki 10 akhir Zulhijjah yang masih ada lagi 3 hari (tapi 10 Zulhijjah diharam berpuasa tau), ialah memperbanyakkan amal soleh lain seperti mengaji, solat sunat, berzikir, berdoa dan lain lain lagi amalan dan apa jua kebaikan. 

OK setakat ini dahulu, sekarang kita masuk bab masakan yang mesti ada untuk juadah hari raya. 


Kali ini saya menyediakan rendang ayam versi tumis. Sebenarnya bila ditumis, rempah lebih masak sempurna dan lebih beraroma. Itu pada pendapat saya lah. Maklum saya tak pernah kenal rendang sehingga berkahwin dan belajar memasak rendang dengan bonda mertua. 

Kali ini saya buat rendang yang sedikit basah atau berkuah. Senang nak ceduk kuah untuk digaul dengan nasi putih gitu.

Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Jangan lupa video di Azie Kitchen Youtube Channel di SINI. Selamat mencuba.…


Rendang Ayam
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
½ ekor ayam
1 biji kelapa parut
Kunyit hidup
2 sudu besar cili kering kisar
Garam
1 asam keping
1 sudu besar kerisik
Minyak masak

Bahan kisar:
2 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
1 inci lengkuas
1 inci halia
3 batang serai

Cara cara:
Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga terbit minyak. Masukkan ayam dan kacau rata sehingga terbit minyak lagi.

Masukkan santan dan masak sehingga santan hampir kering. Masukkan semua bahan perasa seperti garam, kerisik dan daun kunyit.

Kacau rata dan boleh tutup api ikut kering yang disukai. 



Nota:
Jika suka, boleh ceduk minyak berlebihan sebelum dihidangkan. 



Catat Ulasan for "Rendang Ayam Berkuah"