Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Acar Timun Masak



Alhamdulillah hari ini kita berada pada 8 Zulhijjah di mana ianya Hari Tarwiah bagi mereka yang mengerjakan Haji. Kita masih berada dalam 10 awal bulan Zulhijjah yang mana ianya adalah hari hari terbaik dunia di mana amalan soleh pada nya amatlah dicintai Allah. 

Yang pasti, kita yang tidak mengerjakan Haji jangan lupa untuk berpuasa sunat Hari Arafah 9 Zulhijjah esok hari kerana seperti Hadis Nabi, siapa berpuasa adalah diharapkan Allah akan menghapuskan dosa setahun yang lalu dan setahun yang akan datang. Aamiin. 

Hari ini jemaah Haji akan menyiapkan air untuk bekalan berwukuf di Padang Arafah. Hari ini jemaah Haji kita akan berangkat dari Mekah ke Padang Arafah. Sama sama kita doakan agar mereka semua dipermudahkan segala urusan dan mendapat Haji yang mabrur. Aamiin. 

Saya beberapa hari ini memang geram betul. Dalam keadaan kita tengah dalam kesusahan dengan harga barang yang naik, ekonomi tidak menentu, pihak berkuasa boleh menghantar surat memberitahu kenaikan penilaian cukai pintu. Untuk rumah saya kenaikan lebih dari RM400. 

Untuk orang macam saya yang bersara tanpa pencen bulanan ni, memang dalam kesusahan. Takkan lah setiap masa nak tarah bukit untuk bayar itu dan ini. Kenapa lah kerajaan sekarang ni, tak ada prihatin dengan kesusahan rakyat. 

Mereka tak rasa kerana dalam hidup mereka semuanya ditanggung kerajaan. Bagi rakyat macam saya yang dah tak lagi bekerja macam mana. Semoga Allah membalas setimpal kepada pemimpin yang lemah yang tidak pandai mengurus ekonomi negara sehingga terpaksa perah rakyat untuk menampung kos pentadbiran negara. 

Ini baru satu, lepas ni harga minyak diesel naik, cukai apa lagi naik, bil elektrik dan air. Entah apa apa lagi. Tunggu jer. Lagi banyak lah polisi merepek yang akan diperkenalkan. 


Saya memang peminat acar timun masak ni. Lagi lagi kalau dimakan dengan nasi minyak. Kalau tak ada ni, macam rasa tak lengkap lah hidangan. 

Saya kongsikan di bawah ini resipi acar timun masak cara saya. Mana tahu kalau Hari Raya Korban nanti ada yang nak masak nasi minyak dengan lauk korban kan. 

Haa kemudian sediakan acar ini sebagai pelengkap. Aduhaai makan dengan kurma daging atau kambing, sedap tak terkata. 

Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Jangan lupa video di Azie Kitchen Youtube channel di SINI. Selamat mencuba…


Acar Timun Masak
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
2 biji timun
1 biji karot
8 biji bawang merah - sebiji sebiji
1 sudu kecil biji sawi
Minyak masak
1/4 cawan cuka
5 sudu besar gula
Garam
4 biji bawang merah - hiris
3 ulas bawang putih - hiris
1 biji cili merah - hiris panjang

Cara cara:
Rendam timun, bawang dan karot dalam air yang dimasukkan sedikit garam seketika. Kemudian tos dan ketepikan. 

Panaskan minyak dan tumis bawang hiris dan biji sawi sehingga kekuningan. 


Masukkan serbuk kunyit, cuka, gula dan garam. Kacau rata sehingga mendidih. 

Masukkan karot dan kacau rata. Kemudian masukkan timun, bawang merah dan cili merah. Terus tutup api supaya timun kekal rangup. 






Catat Ulasan for "Acar Timun Masak"