Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Rendang Udang Mudah Dan Sedap



Sebagai anak kampung, hobi yang menjadi kesukaan saya ialah tumbuh tumbuhan dan haiwan. Cuma bab haiwan ni saya suka burung dan ayam dan agak sukar kerana di bandar ni, kawasan terhad. Nanti ayam akan berak di merata rata tempat. 

Selain ayam hutan, ayam kampung saya suka ikan terutama ikan sungai seperti ikan kelah. Ikan kelah yang kami bela sebesar ikan bilis telah pun besar hampir 2 kaki panjangnya. 

Semalam balik dari rumah Dato Sani di Kajang, saya mula bersemangat balik bila melihat kelah biru metalik merwka yang cantik cantik. Semalaman juga saya google mencari supplier untuk kelah biru yang diimport dari Thailand ini. Saya memang leka melihat ikan kelah yang berenang renang. 

Selain haiwan saya menyukai tanaman seperti pokok pokok buah. Pokok mangga, rambutan, durian. Saya tanam pokok durian dah berpuluh tahun, tak berbuah buah. Setiap kali ke mana mana dan nampak pokok mangga berbunga atau berbuah, hati saya menjadi sangat teruja terutama pokok yang rendah. 

Tapi itu lah pokok pokok ni perlukan kawasan yang luas. Jadinya saya hanya tanam di luar pagar sahaja. Ada tak orang macam saya yang gemarkan semua ni? Cuba komen kat bawah. Ok lah sekarang kita masuk pula bab resipi dan masakan. 


Udang laut terutamanya dah cukup manis dan sedap. Jadi saya hanya menggunakan bahan simple sahaja dalam resipi ini.  Tak perlu nak letak pelbagai rempah sehingga hilang keenakan isi udang yang asli. 

Udang Sabah ini saya beli secara online. Satu pek ada betul betul 16 ekor. Jadi saya buatkan lah semua sekali. Udang laut ni rasanya sangat sedap berbanding dengan udang yang dibela. Jadi harga nya memang lah lebih mahal tapi berbaloi baloi. 

Kalau ada udang, pasti saya akan memasak suatu masakan yang simple kerana cucu saya Ammar memang suka udang. Tapi biasalah budak kecil tak boleh makan yang pedas pedas. Jadi rendang udang hari ini pun tak lah pedas sangat. Jika suka pedas, boleh tambah lagi cili kisar. 

Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Jangan lupa video penyediaannya di Azie Kitchen Youtube Channel di SINI. Selamat mencuba….




Rendang Udang Mudah dan Sedap

Oleh: Azie Kitchen


Bahan-bahan:

800 gram udang kertas - 16 ekor

1 kotak santan kotak - lagi cantik guna santan segar

1-2 sudu besar kerisik

1 sudu besar gula

1 sudu kecil garam

1 helai daun kunyit - hiris halus


Bahan-bahan kisar:

1 biji bawang besar

4 ulas bawang putih

2-3 sudu besar cili kering kisar

1 inci lengkuas

1 inci halia

1 batang serai

1 inci kunyit hidup


Cara cara:

Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga terbit minyak.

Masukkan santan segar atau santan kotak. Setelah mendidih, masukkan kerisik.

Masukkan gula dan garam secukup rasa. Masak rendang sehingga sedikit kering. Guna api sederhana untuk memekatkan kuah rendang kita.

Bila kuah dah nampak kering, baru masukkan udang untuk mengelakkan udang liat bila terlebih masak. 



Akhir sekali, taburkan sehelai daun kunyit. Boleh tutup api. 





Catat Ulasan for "Rendang Udang Mudah Dan Sedap"