Sotong Goreng Kunyit
Saya ingin kongsi kuliah Tadabbur ayat 265-268 surah Al Baqarah. Antara petikannya ialah harta infaq adalah harta sebenar kita. Kita akan dapat balik dengan berganda ganda nanti. Infaq maknanya simpan. Barang nak infaq mesti baik dan paling kurang dikira baik.
Zakat atau infaq penting maka syaitan berusaha merosakkan supaya jangan ada infaq. Kemudian dia akan cuba rosakkan dengan apa sahaja cara, akan rosakkan sempurnanya infaq kita. Infaq banyak tapi tak ada balasan akhirat.
Jadi Allah beritahu syarat infaq, untuk kita penuhi supaya ada hasil dunia dan akhirat. Bila ungkit balik, telah hancurkan infaq. Syarat mesti ada dalam hati kita ialah untuk dapat redha Allah. Kalau ada bisikan iblis, kena cepat cepat sebut Astagfirullah, aku buat supaya Allah tambah pada aku keimanan.
Syarat kedua, kena teguhkan perasaan kita. Infaq bukan mudah, infaq perkara kita sayang pada orang lain, bukan mudah. Teguhkan hati kita kena bagi kerana ia bagi kebaikan dunia dan akhirat. Lawan syaitan yang bisik di hati kita supaya jangan bagi. Kena lawan perasaan untuk halang kita dari berinfaq kita lawan dengan kata kita kena bagi sekarang bukan lain kali. Perkara baik kena bersegera. Itu kata Allah. Bersegera dan berlumba. Kena sentiasa mendahului supaya pahala orang lain pun kita dapat. Jangan teragak agak dan tangguh untuk infaq. Sentiasa dalam keadaan teguhkan jiwa.
Ketiga, barang nak infaq mesti kira baik. Jangan yang kurang baik. Kalau tak, infaq kita tak bagi kesan besar tak dapat gandaan 10 kali ganda. Kalau boleh bagi barang yang terbaik. Syarat ke4 ialah hasil yang halal. Hati mesti sentiasa mencari dan menginginkan redha Allah bila infaqkan harta. Dengan cara sentiasa teguhkan jiwa mereka dari terganggu dengan syaitan. Nak bagi harta yang disayangi bukan mudah, sentiasa bagi dorongan supaya teruskan, jangan rasa rugi. Maknanya infaq bukan perkara mudah.
Allah beritahu 8 syarat untuk lakukan infaq dengan hasil yang maksimum. Adanya ikhlas, tasbih. Infaq bila dibuat dengan memenuhiakan syarat, dapat pulangan berganda ganda. Bayangkan kita infaq RM10 dapat untung berjuta juta. Allah adakan dalam Al Quran, cara cara infaq yang betul umpama kebun yang keluarkan hasil yang berganda ganda. Walaupun hujan renyai tetap kebun ada hasil. Allah adakan contoh orang yang infaq tak menepati syariat. Allah yang bagi pahala. Jadi kena ikut syarat terma dan syarat yang Allah tetapkan dalam Al Quran. Ikhlas kerana Allah Taala bukan kerana nak dipuji atau takut dikeji.
Bandingan infaq yang tak ikhlas, adakah kamu ingin tiada memiliki kebun tamar dan anggur. Kebun yang ada saliran air sungai kecil yang cukup keperluan airnya. Dalam kebun itu ada pelbagai tanaman lain. Kebun hebat tapi bila dia dah tua, kebun ditimpa angin kencang yang boleh mencabut pokok dan mencetuskan api menyebabkan kebun terbakar.
Kebun adalah amal manusia. Ada kebun hebat tapi bila dah tua, saat anak masih mengharapkan, tiba tiba kebun rosak. Analogi amal orang kaya yang taati Allah jadi rosak bila dah tua, amalannya dirosakkan oelh syaitan sehingga keikhlasannya terbatal. Dia tak jaga ikhlas. Bila sampai dan tunggu dari Allah untuk dapat balasan, tak ada lagi balasan. Ini lah bandingan. Mudah mudahan kamu berfikir.
Pertama kena mengaji, kena tahu makna dan ketiga baru berfikir. Setiap kali berinfaq kena menepati. Al Quran jelas tapi kita yang tak mengaji. Kalau infaq sekadar buat, tak akan menepati 8 perkara itu. Kita tak dapat hasil dari infaq tersebut.
Syarat seterusnya barang mesti baik kena cari dengan cara halal. Ada riba tak halal ada kezaliman tak halal. Benda baik jangan sengaja ambil barang yang buruk benda yang kamu nak infaq. Makanan nak basi, terus infaq sebelum basi. Nak jual tak boleh. Jadi hantar untuk infaq.
Kalau nak dapat pahala untuk kamu, kenapa buat macam ni. Kamu sendiri pun tak akan ambil barang tak baik untuk diri kamu, jangan bagi orang lain. Pakaian lama yang masih elok, masih dikira perkara baik. Kita bagi sebagai bantuan. Kalau kain dah jadi sampah dah tak layak lagi diinfaq. Infaq untuk kamu sendiri. Pahala dari infaq untuk kamu. Infaq bagi nilai besar untuk mendekati Allah maka syaitan akan cuba rosakkan infaq dengan bisik infaq merugikan. OK setakat ini dahulu, semoga bermanafaat.
Sebenarnya memasak atau apa apa sahaja, kita kena belajar. Kalau dulu dulu, kita masak sambal tumis sotong, jadi cair dan ada ketika sotong jadi liat keras. Tapi bila kita belajar, baru kita faham. Bukan sahaja bab masakan tapi bab apa apa sahaja.
Satu tips supaya sotong tak kecut dan dan juga tak liat ialah dengan memasak sotong terlebih dahulu dalam kuali tanpa minyak.
Setelah air keluar, boleh ditos dan masak. Baru lah sotong akan jadi cantik dan tak kecut. Air sotong tu terpulang, kadang saya masukkan dulu dalam sambal dan masak sehingga sambal kering serta terbit minyak.
Sotong tu boleh dimasukkan dalam sambal atau dalam kuah yang kita sediakan. Tak perlu masak lama lama sekadar kacau rata seketika dah boleh tutup api.
Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Jangan lupa video di Azie Kitchen Youtube Channel di SINI. Selamat mencuba….
Sotong Goreng Kunyit
Oleh: Azie KItchen
Bahan bahan:
7 ekor sotong
Serbuk kunyit
Garam
Karot - hiris
Serbuk perasa - opsyenal
Bahan lain:
Bawang Holland - hiris
4 biji cili padi - ikut pedas disukai
4 ulas bawang putih - hiris
2 inci halia - hiris
Cara cara:
Masukkan sotong dan serbuk kunyit ke dalam kuali tanpa minyak. Masak sehingga air sotong keluar dan kemudian akan kering.
Setelah itu, masukkan minyak masak secukupnya. Masukkan karot dan kacau sehingga karot separuh masak.
Tuang semua bahan hiris yang lain. Masukkan garam dan serbuk perasa. Kacau rata sehingga semuanya lembut.
Jika suka, tabur daun sup. Kacau rata dan boleh tutup api.
Terbaik
BalasPadam