Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Sirap Rose Yang Wangi Untuk Berbuka Puasa



Alhamdulillah saya masih diberi kekuatan untuk update blog saya hari ini. Nanti jangan lupa, bagi satu klik iklan untuk blog saya ya. Kerjasama anda didahului dengan ucapan terima kasih.

Kali ini saya nak kongsikan sifat datuk nenek kaum Yahudi yang disebut dalam surah Al Baqarah. Ianya bertujuan supaya kaum muslim di Madinah tahu betapa teruknya datuk nenek mereka. Masa Al Quran turun, para sahabat tak perasan Yahudi sangat teruk walaupun berilmu dan punya harta banyak.

Waktu kami ambil perjanjian mengambil Taurat. Yahudi masa tu enggan terima. Kami angkat gunung thur jika tak sedia menerima untuk hempap ke atas mereka. Waktu itu kami titahkan pada yahudi untuk ambil apa yang kami beri pada kamu sungguh sungguh. Ambil secara paksaan sehingga mereka digelar ahli kitab.

"Ini adalah Kitab, mahukah kamu menerimanya? Di dalamnya terkandung penjelasan semua yang dihalalkan bagi kalian, semua yang diharamkan bagi kalian, semua perintah Allah kepada kalian, dan semua larangan-Nya kepada kalian."

Mereka menjawab, "Paparkanlah kepada kami semua isi yang terkandung di dalamnya. Jika fardhu-fardhu dan batasan-batasannya mudah, maka kami mahu menerimanya." Dikatakan kepada mereka, "Terimalah oleh kalian semua yang terkandung di dalamnya." Mereka menjawab, "Tidak, sebelum kami mengetahui semua isinya, bagaimanakah batasan-batasan dan fardhu-fardhunya?" Mereka berkali-kali menjawab pertanyaan Allah dengan jawapan tersebut.

Maka Allah memerintahkan kepada gunung untuk terangkat, lalu gunung itu terangkat di langit; hingga ketika gunung itu telah berada di atas kepala mereka, Nabi Musa a.s. berkata kepada mereka, "Tidakkah kalian melihat apa yang telah difirmankan oleh Tuhan? Jika kalian menolak, tidak mahu menerima Taurat secara bulat-bulat berikut semua yang terkandung di dalamnya, sungguh aku benar-benar akan menimpakan gunung ini kepada kalian."

Kalau kita susah payah cari ilmu yang ketika itu ada di Mekah dan Madinah dengan terpaksa menempuh lautan, gunung ganang tapi Yahudi Allah paksa mereka ambil kitab yang diberi. Ambil lah oleh mu apa yang kami bagi pada kamu dan amal dalam kehidupan dengan sungguh sungguh. Dengan mengajar dan belajar. Maka mengaji lah mereka kitab. Sehingga mereka dapat gelaran ahli kitab.

Nilaikan keadaan kita sekarang. Siapa belajar Quran dengan sungguh sungguh. Siapa yang hanya ambil dan simpan Al Quran dan dekat nak mati, suruh orang baca Al Quran. Diri sendiri tak tahu mengaji. Kita tak tahu pun dia Islam kerana tak nampak dia mengamalkan cara hidup Islam. Tak ada masa langsung ke nak belajar Al Quran. Bila mati, kita kena urus jenazah dia ikut cara Islam. Belajarlah Al Quran mudah mudahan dapat sifat taqwa.

Kedua, sifat Yahudi suka buat helah. Tidak boleh dan merupakan satu perkara keji dalam agama ialah buat helah. Penyakit Yahudi bila Allah larang tangkap ikan hari sabtu. Kena buat ibadah. Allah SWT melarang mereka daripada memburu ikan pada hari Sabtu sebagai suatu hukuman dan ujian buat mereka. 

Namun, pada hari Sabtu, jumlah ikan sangat banyak, sehingga mereka tidak berjaya sabar atau tahan untuk menghadapi ujian tersebut. Oleh itu, mereka telah melakukan helah dengan menghalang dan menahan ikan-ikan pada hari Jumaat, lalu ikan-ikan tersebut tetap berada di situ dan tidak dapat keluar dari tempat yang dikumpulkan itu disebabkan kurangnya air. Kemudian mereka menangkapnya pada hari Ahad. Dengan helah tersebut, jumlah ikan yang ditangkap menjadi banyak.

Allah SWT telah mengubah orang-orang yang melanggar batasan itu menjadi kera dan babi. Dalam erti kata lain, menjadikan akhlak dan perangai mereka seperti perangai kera dan babi. Namun, ada yang berpendapat, Allah menjadikan mereka berubah bentuk menjadi kera dan babi. Dan ada juga yang berpendapat bahawa Allah membinasakan mereka setelah itu agar mereka tidak berkembang biak. Dituju kepada Yahudi Madinah supaya orang Madinah kenal siapa datuk nenek Yahudi yang disebut dalam Al Quran.

Sifat Yahudi seterusnya, ialah banyak bertanya kerana tak nak buat. Ada orang bertanya untuk dapat maklumat yang jelas dan tepat. Ada yang bertanya kerana nak mengelak dari beramal. Ini perangai Yahudi. Apa sahaja perkara yang bercanggah dengan ajaran Nabi, kita kena ada rasa benci. OK setakat ini dahulu, semoga bermanafaat.


Saya memang penggemar sirap rose selasih untuk berbuka puasa. Rasa lebih nyaman dan dapat menghilangkan dahaga berbanding air minuman lain. 

Bila sediakan sendiri sirap rose selasih ni lagi sedap dan wangi. Jika suka, boleh perahkan 1-2 biji buah limau kasturi. Aduhaai nyaman lalu kat tekak. 2 gelas boleh sekali jalan kalau tengah tengah dahaga. 

Jom Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Jangan lupa video di Azie Kitchen Youtube Channel di SINI. Selamat mencuba….


Sirap Rose
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
1 kg gula
10 helai daun pandan
Air secukupnya
Sirap ros
Perasa pisang

Cara cara:
Rebus dan masak gula dan air agak agak melebihi paras gula sahaja. Nota: nak mudah, tuang gula dahulu. Masukkan daun pandan.


Masak atas api sederhana sehingga gula larut dan mendidih. Masukkan sirap rose, perisa pisang dan perisa rose. Biarkan sehingga mendidih lagi.


Tutup api dan simpan dalam bekas bersesuaian. Simpan dalam oetu ais. Sebelum dihidangkan, tuang biji selasih yang telah direndam. Kacau dan sedia untuk dinikmati.



Catat Ulasan for "Sirap Rose Yang Wangi Untuk Berbuka Puasa"