Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Sambal Ikan Bilis Tempe dan Kentang



Saya belajar dari Ustaz Ibrahim Muhammad untuk membaca doa supaya Allah masukkan nama kita dan keluarga kita dalam senarai nama nama mereka yang dibebaskan dari api neraka di sepanjang Ramadhan ini. 

Kalau ada yang belum mengamalkannya, jom kita amalkan. Kita boleh berdoa ni di mana mana sahaja hatta di luar solat. Kalau dalam solat, saya akan berdoa dalam hati ketika sujud yang akhir. 

Insya Allah, doa mereka yang berpuasa adalah mustajab. Kita kena berdoa dan berharap dengan Allah agar kita dijauhkan dari api neraka. Api di dunia yang merupakan 1 juzuk dari 70 juzuk api neraka pun dah tak tertahan kepanasannya. Tiada daya dan kekuatan kita melainkan pertolongan Allah jua. Semoga Ramadhan tahun ini adalah Ramadhan terbaik dalam hidup kita. 

Saya memasang azam untuk mengurangkan masa di dapur dalam bulan Ramadhan ini dengan memasak hanya lauk yang simple sahaja. 


Tapi itu lah, bukan mudah sebab kami ramai kalau masak sedikit jer, nanti tak cukup. Walaupun semalam dah masak sup tulang, terasa macam tak kan lah makan satu lauk jer. 

Haa itu yang ternampak ada tempe yang dah dibeli beberapa hari lepas, ada pula kentang, ada pula ikan bilis yang Juita beli di Kota Kinabalu. Maka saya menyediakan sambal ikan bilis tempe dan kentang. 

Secara jujur, kalau berbuka atau bersahur, saya lebih suka lauk kering kering macam ni. Gaul dengan nasi putih, ada terasa sambal sikit, dah cukup. Tak mau berkuah apa lagi banjir. Haa itu saya lah. Tapi berbaloi lah bila tengok suami anak menantu makan masakan yang kita masak. 

Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Jangan lupa video di Azie Kitchen Youtube Channel di SINI. Selamat mencuba….


Sambal Bilis Dg Tempe Dan Kentang
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
1-2 genggam ikan bilis - goreng garing
1 keping tempe - hiris nipis
1 biji ubi kentang - hiris nipis
2 sudu besar cili kering kisar
Garam secukupnya
Serbuk pati ikan bilis
1-2 sudu besar gula
Minyak masak

Bahan tumbuk:
4-5 biji bawang merah
4 ulas bawang putih  

Cara cara:
Panaskan minyak dan goreng ikan bilis sehingga garing. Angkat dan ketepikan. Masukkan serbuk kunyit ke dalam minyak. Goreng tempe sehingga garing. Angkat.



Kentang yang dihiris nipis ditabur sedikit garam. Goreng kentang sehingga garing disukai. Angkat dan ketepikan.


Menggunakan minyak sama, tumis bahan tumbuk sehingga naik bau. Masukkan cili kering kisar. Tumis atas. api perlahan sehingga cili benar benar garing.

Masukkan garam, serbuk perasa dan gula secukupnya. Kacau rata. Tutup api dan biarkan sehingga sambal benar benar. sejuk. 


Tuang ikan bilis, tempe dan kentang goreng ke dalam sambal dan gaul rata. Sedia untuk dihidangkan.






 

Catat Ulasan for "Sambal Ikan Bilis Tempe dan Kentang"