Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Ramadhan Ayam Percik Original Kelantan



Di dalam bulan Ramadhan, lauk ayam percik adalah lauk yang memang wajib dijual di bazar Ramadhan. Tapi percik bukan versi Kelantan. Versi percik berkuah. Saya memang tak akan beli lauk percik seperti ini.


Lauk ayam percik Kelantan adalah kategori lauk mewah yang tidak semua orang boleh makan seperti lauk harian biasa. Tidaklah macam sekarang, ramai orang kaya dan berduit. Kalau zaman dulu pernah disediakan di majlis kenduri kawin tapi sekarang tidak lagi kerana penyediaannya yang remeh dan mudah basi jika tidak kena penyediaannya. Tapi bukan untuk hidangan semua tetamu, biasanya untuk rombongan pengantin sahaja. 

Keduanya kerana sekarang banyak kenduri di kampung dibuat secara katering. Jadi kalau lauk percik, pasti kosnya mahal. Kali terakhir yang saya ingat, arwah Bonda menyediakan ayam percik sekor seperti ayam golek yang diletakkan atas pulut kuning ialah di tahun 1980an ketika menyambut Tun Dr Mahathir, Perdana Menteri ketika itu. 


Sekarang ini ayam golek untuk hidangan makan beradab pun orang dah tak sediakan ayam percik, sebaliknya ayam golek dengan kuah lain. Sayang sekali jika lauk seperti ayam percik ini hanya dikenali oleh golongan orang lama lama sahaja. Jadi kita sebagai ibubapa penyambung warisan, boleh cuba memasak dan hidangkan untuk keluarga masing masing.  

Ayam Percik Azie Kitchen sedap tested. Boleh klik entri sebelum ini di SINI. Selamat mencuba...


Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Jangan lupa untuk klik follow dan subscribe ya. Selamat mencuba...



Ayam Percik Kelantan
Oleh: Azie Kitchen

Bahan rebus:
1 ekor ayam - buang kulit
1 ½ biji bawang besar - kisar
3 ulas bawang putih - kisar 
1 inci halia - kisar
1 serai - ketuk
½ sudu kecil gula
½ sudu kecil garam
2 sudu kecil air asam jawa 

Bahan Percik:
1 kotak 200 ml santan kotak + ½ kotak air
¾ -1 sudu besar cili kering kisar
1 sudu kecil garam
3 sudu besar gula
1 keping asam keping
½ sudu besar tepung beras - bancuh dengan sedikit air

Bahan kisar:
10 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci halia

Cara cara:
Rebus ayam dengan semua bahan rebus sehingga ayam benar benar masak.


Kisar dan masak bahan percik sehingga mendidih. Bila hampir pekat, masukkan bancuhan air tepung beras.


Ayam rebus dibakar dan dicucurkan dengan kuah percik. Bakar semula dan cucur lagi kuah di kedua dua permukaan secara berulang ulang. 



Nota:
Boleh juga guna air fryer.


Catat Ulasan for "Ramadhan Ayam Percik Original Kelantan"