Mee Hoon Goreng Kicap Azie Kitchen
Alhamdulillah hari ini kita bersua lagi. Jangan lupa klik iklan di blog saya tau. Setiap masa kena pesan, kerana kalau tak pesan, memang jumlah klik akan sangat sedikit. Terima kasih atas kerjasama anda semua. Semoga Allah yang dapat membalasnya.
Saya ingin kongsikan petikan Kuliah live facebook Ustazah Dato Dr Fatma Elzahra berkenaan Surah Taha ayat 123, Allah berfirman barang siapa mengikuti petunjuk-Ku, dia tidak akan sesat dan tidak akan celaka. Siapa follow Al Quran, faham dan hayati, tidak akan sesat. Jangan baca sahaja baca tapi kena faham. Kena bertadabbur dalam bulan Ramadhan ni.
Jangan bazir masa di bulan Ramadhan dengan hanya baca taddarus sahaja. Tapi discuss juga makan dan tafsirannya. Otherwise ianya bazir masa. Contoh Al Quran suruh buat baik dengan ibubapa. Jangan suara tinggi seperti keldai dalam surah Luqman. Jangan membazir kerana ianya adik beradik syaitan. Beli hadiah pulak untuk khatam quran. Itu kan dah membazir.
Kena faham makna. Baca surah tapi tak tahu makna. Kerana itu barang siapa dalam surah Taha, tak mahu faham Quran, tak ingat Quran aku, sangat sangat sesat. Bila ada masalah, kita akan jadi tak sabar kerana tak tahu apa yang diajar dalam Al Quran. Al Quran dah beritahu. Bagi khabar gembira untuk orang yang sabar. Surah Az zumar ayat 10 masuk syurga tanpa hisab. Problem macam mana besar sekali pun dengan suami, kita akan sabar bila kita tahu apa Allah janjikan. Siapa tak mahu kan.
Ikut petunjuk Al Quran, kita tak akan sesat. Di Mahsyar, keadaan sangat sedih dengan manusia berkaki ayam, bogel, rambut tak sikat, tak sunat, nak jadi buta. Kenapa jadi buta. Allah jawab wahai orang yang tak berapa ambil berat terhadap Al Quran, Allah jawab aku bagi Al Quran pnduan dalam Al Quran tapi kamu lupa dan tak amal apa dalam Al Quran. Di dunia kamu lupa aku.
4 surah dalam Al Quran yang ada perkataan jika kamu lupa Tuhan, Allah lupa kamu. Bukan lupa seperti mana manusia lupa. Kena selalu ingat Allah dengan beramal. Kenapa kena solat 5 waktu sehari, untuk kamu ingat Allah. Kalau tak, kamu langsung tak ingat Allah. Solat tiang agama. Siapa solat, dia ada agama. Tak dirikan agama. Ajar anak solat umur 7 tahun. Tak solat umur 10 tahun, boleh pukul. Tapi kita ikut ke?
Dalam surah at taubah, surah al hajj, surah taha dan as sajadah. Allah ulang jangan lupa Allah. Jika tidak, Allah akan lupakan kamu. Kita datang ke dunia dengan ada sebab. Alam dunia seolah kita ada exam, samada kita lulus atau gagal. Nak lulus, kena rajin belajar. Nak jadi doktor kena belajar 7 tahun. Nak jadi pakar kena belajar lagi. Ini baru dunia. Anak tak lulus kamu sedih. Tapi bila anak tak solat, kita tak sedih pulak. Tapi tak kisah anak tak gi masjid. Dia sendiri pun tak pergi masjid.
Muhasabah diri untuk Ramadhan ini. Jangan membazir masa dengan perkara tak ada faedah. Kena fokus all the ways dan means that Allah is happy with us. Syukur dan jangan kufur nikmat. Nikmat Allah bagi banyak, mata, telinga hidung, gigi. Kalau Allah tarik, kamu akan rasa. Tak boleh bernyawa kena guna mesin bayar bil hospital rm100k. Selama ini bernyawa free jer nikmat Allah. Hujan turun bumi terbelah, semua makanan kita makan Allah yang bagi.
Surah Tariq memberitahu macam kamu dicipta. Air yang dari tulang sulbi lelaki campur dalam rahim. Orang tak tahu kalau Al Quran tak cerita. You will come up dari bumi lagi. Akan dibangkit lagi di hari kiamat. Segala rahsia di dunia akan keluar seperti tak solat, zina, curi, tak bayar zakat, aku tipu. Tak ada siapa boleh tolong.
Surah Abasa, bila kiamat datang suami lari dari isteri, ibu lari dari anak. Jika mati malam ni, apa bekal nak bawa. Rukun islam dan rukun iman link pada Allah. Hablumminallaah. Habluminnaas pula hubungan sesama manusia seperti baik dengan ibubapa, infaq ke jalan Allah, akhlak baik, jangan fitnah, jaga mulut. Kena belajar semua bab dosa besar.
Surah An Nisa kalau betul tak tqdabbur Al Quran ke? Allah berfirman, surah al A’la, tugas kamu wahai Muhammad beri peringatan yang banyak manafaat pada orang beriman. Orang yang sayang Allah, cakap apa pun, dia akan buat. Tapi orang Munafik akan kata celaka, siapa yang cakap.
Kesimpulannya kena faham makna dalam Al Quran tak boleh sekadar baca tanpa faham. Bila faham, baru kita tahu dan akan amalkannya apa yang diperintah Allah dan meninggalkan apa yang dilarang. Setakat ini dahulu, semoga bermanafaat.
Saya dah lama teringin nak makan mee hoon goreng simple yang sedap. Kalau di restoran atau kedai, memang tak jumpa lah mee hoon goreng sedap. Kalau mee goreng, mungkin ada. Kadang mee hoon kering, kadang mee hoon masih basah berair, tak ada rasa. Saya kadang malas nak masak sekadar nak makan sendiri jer.
Jadi tunggu lah hari minggu, bila semua orang ada di rumah, baru berbaloi masak satu bungkus mee hoon terus. Saya membuat banyak kali percubaan dan pengubahsuaian setiap kali menggoreng mee hoon untuk disesuaikan dengan bahan bahan yang ada di dapur saya serta selera saya. Bahan digunakan pun simple jer dan bukan barang barang mahal pun.
Resipi asal saya belajar cari Cik Yong di SINI. Kalau di hari raya, pasti mee hoon ini yang dirindui oleh kami ketika mengunjungi rumah Ku Yeob dan Cik Yong. Mee hoon nya sangat simple. Beliau hanya menggunakan udang putih kecil dan sayur sawi serta taugeh. Itu sahaja. Bawang goreng pun tak ada juga.
Saya yang ubahsuai dengan memasukkan telur, sos tiram, serbuk pati ayam dsb. Cara memasak pun saya dah ubahsuai mengikut cara saya sendiri.
Kalau tanya saya, nak sedap guna udang kecil atau daging ke. Lebih sedap. Tapi saya tak ada udang, jadi saya ganti dengan isi ayam.
Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Jangan lupa video penyediaannya di Azie Kitchen Youtube Channel di SINI. Selamat mencuba…
Mee Hoon Goreng Kicap Azie Kitchen
Oleh: Azie Kitchen
Bahan-bahan:
350 gm mee hoon - bihun rice vermicelli
2 ikat sayur sawi
1 mangkuk taugeh - atau ikut yang disukai
1 mangkuk kecil ayam
Kicap lemak manis
1-2 sudu besar sos tiram
2 biji telur
½ sudu kecil garam
½ sudu besar gula
¾ sudu besar serbuk pati ayam
Minyak masak
Bahan kisar:
2 sudu besar cili kisar - ikut pedas disukai
7-8 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
Cara cara;
Rendam mee hoon seketika sahaja. Saya guna mee hoon rice vermicelli jenama Jati.
Panaskan minyak secukupnya dan tumis bahan kisar sehingga naik bau. Masukkan cili kisar dan tumis sehingga masak garing dan terbit minyak dengan menggunakan api perlahan. Masukkan sedikit air dan biarkan sehingga air kering dan terbit minyak. Boleh diulang ulang untuk pastikan cili benar benar garing.
Setelah sambal garing, masukkan sedikit serbuk cili sekadar untuk menambah warna.
Masukkan ayam dan sedikit air dan masak sehingga ayam masak dan terbit minyak.
Masukkan sos tiram dan kicap secukupnya. Masukkan batang sawi. Kacau rata.
Masukkan telur. Kacau seketika sahaja. Masukkan 1 cawan air panas. Masak sehingga mendidih.
Masukkan serbuk pati ayam, gula dan garam.
Masukkan mee hoon dan daun sawi. Kacau rata. Setelah mee hoon bergaul rata dan kelihatan sedikit berminyak, tutup api.
Masukkan taugeh. Kacau rata. Tabur bawang goreng atau apa apa yang disukai.
Nota:
Jika suka, boleh masukkan sedikit cuka. Kebiasaan bagi orang Pantai Timur.
Guna udang putih kecil lagi sedap kerana rasanya yang lebih manis.
Catat Ulasan for "Mee Hoon Goreng Kicap Azie Kitchen"
Add your comment