Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Ikan Cencaru Sumbat



Alhamdulillah hari ini, umat Islam di Malaysia telah mula berpuasa Ramadhan. Semoga Ramadhan tahun ini adalah Ramadhan terbaik dalam hidup kita. Malam tadi adalah malam pertama solat terawih. Kerajaan negeri Selangor menetapkan semua masjid dan surau di Selangor mengadakan solat terawih 20 rakaat.

Ini bermakna tidak semua orang akan mendapat qiyam bersama imam kerana tidak semua orang larat untuk mengerjakan solat terawih 20 rakaat. Ramai jemaah yang keluar selepas solat terawih 8 rakaat. Solat terawih ketika Rasulullah masih hidup, hanyalah 8 rakaat dengan dikerjakan sekali 3 rakaat solat Witir.

Sebenarnya selain dari terawih, kita juga digalakkan untuk mengadakan solat sunat lain seperti taubat, hajat dan tahajjud juga. Jadi terpulang lah masing masing kalau ingin melakukan solat 20 rakaat atau 8 rakaat. Semuanya asalkan ikhlas kerana Allah Taala. Setakat ini dahulu, sekarang kita masuk pula bab resipi.



Masa menggoreng, Masya Allah sedap dan semerbak bau dalam rumah. Serious saya pula lupa nak pasang cooker hood untuk serap asap. Lupa juga nak buka tingkap. Tapi sebab bau wangi, sedap jer lah. 

Gambar tak berapa cantik kerana saya ambil masa hari dah petang dan hujan pula lebat. Jadi langit dan gelap sangat sangat. Tapi saya snap juga gambar untuk tujuan record bila lauk cencaru hari ini sangat sedap.

Untuk saya, kalau saya makan di tempat kerja saya dulu, saya akan pilih gandingan lauk pajeri terung, ikan cencaru sumbat dan telur masin. Kira 3 lauk ini lengkap lah lauk kesukaan saya. 

Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Selamat mencuba.... 


Ikan Cencaru Sumbat Sambal
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
3 ekor ikan cencaru
Serbuk kunyit
Garam

Bahan kisar kasar:
2 biji bawang besar
6-7 biji cili merah
Air asam jawa pekat/pes asam jawa
Sedikit belacan - opsyenal
Garam secukupnya

Cara-cara:
Basuh ikan yang dibelah belakang dengan air asam jawa. Bilas bersih dan tos. Lumur garam dan serbuk kunyit. 

Kisar kering bahan bahan kisar. Jangan kisar halus sangat. Sesuaikan rasa. Sumbat bahan kisar ke dalam belakang ikan. Jangan penuh sangat.

Panaskan minyak dan goreng ikan sehingga masak. Ceduk keluar cili yang keluar dalam minyak dan tabur atas ikan.



Catat Ulasan for "Ikan Cencaru Sumbat"