Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Hanoi Sehingga Bertemu Lagi.


Alhamdulillah kini saya telah pun sampai ke entri terakhir perjalanan Percutian kami ke Hanoi Fabruari 2024. Boleh klik entri sebelum ini di SINI

Serious percutian ini sangat menyeronokkan dan tidak seperti yang saya gambarkan. Saya amat mengesyorkan anda bercuti ke sana. Jika mahu contact travel guide kami pun boleh mesej dia di bawah. Lagi pun penerbangan tidak lama dan kos pun tidak tinggi. Ramai yang mampu untuk ke sini. Cuma kalau bercadang untuk shopping kain pasang sutera Vietnam, kena inform Pak Rudy awal awal.

Pukul 9.00 bersiap check out dan bertolak ke airport. Perjalanan dari bandar Hanoi ke airport mengambil masa lebih kurang satu jam juga. 


Seperti biasa sebelum bertolak ke airport, kami bergambar sebagai kenang kenangan di hadapan hotel. Walaupun hotel ini kecil sahaja tapi cukup selesa untuk kami. 


Saya bergambar bersama Pak Rudy tour guide kami yang fasih berbahasa Melayu Indonesia. Sesiapa berminat, boleh hubungi Pak Rudy di WhatsApp di nombor +84 91 231 32 67. Sebut jer dapat dari Kak Azie Kitchen blogger. 

Juga terima kasih kepada HRH Travel yang telah mengaturkan percutian kami dengan lancar. Terima kasih pada Fizah dan Tahir yang sentiasa memastikan kami semua selesa bagi mewakili syarikat milik kakak beliau. 


Sampai di KLIA selepas 3 jam penerbangan. Saya memutuskan untuk solat di RnR Dengkil sahaja. Lebih mudah, lagi pula jalan jem sepanjang perjalanan balik ke rumah. ya lah dah masa orang balik kerja pun. Kami tiba di rumah pukul 8.30 malam. 


Alhamdulillah tamatlah sudah percutian kami ke Hanoi selama 5 hari 4 malam. Kalau ditanya saya, memang tak puas dengan tempoh tersebut. Berada bersama kawan kawan menjadikan kita sentiasa riang dan gembira. Terutama saya yang dah bersara dan banyak masa hanya berada di rumah sahaja. 

Terima kasih semua pada yang sudi membaca. Boleh klik di SINI untuk entri hari pertama di Hanoi. 


Catat Ulasan for "Hanoi Sehingga Bertemu Lagi. "