Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Sambal Sardin Sedap Dicicah Lempeng



Assalamualaikum, apa khabar semua. Sebelum mula membaca, jangan lupa klik iklan yang keluar di blog saya tau. Terima kasih atas kerjasama anda semua.

Saya ingin kongsikan petikan kuliah zoom oleh Al Fadhil Ustaz Firdaus Subhi berkenaan tafsir surah al Qariah. Dinamakan Qariah kerana Allah mulakan dengan perkataan Qariah utk timbul rasa gerun, bingung dan ketakutan. Dimulakan dengan soalan. Al Qariah adalah salah satu dari nama hari kiamat. Mengandungi sifat yang akan berlaku pada hari kiamat kelak. Memukul dalam keadaan kuat untuk mengetuk hati insan. 

Hati cukup bahaya jika tidak diberi pengisian. Bila hati jauh dari Allah, dosa mudah dilakukan. Memandang perkara dilarang, tak rasa itu satu dosa. Tanggungjawab tak dilaksanakan, juga tidak rasa satu dosa. Hati jadi keras. Mudah lakukan dosa dalam kehidupan.

Surah ini mengaitkan dengan surah sebelumnya iaitu Al 'Aadiyaat di mana dalam 3 ayat terakhir, Allah menceritakan apakah belum datang maklumat di saat ketika kubur dibongkar, semua akan dikeluarkan, termasuk roh dimakan oleh binatang juga dikeluarkan. Dikeluar semua isi dada manusia. Pasti mengetahui secara detail pada niat yang ada dalam hati hati mereka.

Manakala isi kandung dalam surah Al Qariah menceritakan suasana yang menakutkan ketika berlaku kiamat yang tidak mampu kita fikirkan. Kalau kita melihat teruknya kesan peperangan di Palestine, lebih teruk lagi untuk digambarkan suasana hari kiamat.

Manusia yang ada di alam kubur merasakan siksaan kubur rasa macam itu lah pengakhirannya tapi tiba tiba Allah bangunkan mereka dari kubur. Ending akan dibangkitkan dengan jasad dan rohnya dan kekal selamanya samada syurga atau neraka.

Keadaan manusia ketika keluar dari kubur umpama kelkatu. Kelkatu tak lihat apa bahaya yang berlaku pada cahaya yang dikerumuninya. Dia tak rasa api itu bahaya. Kelkatu tidak tahu halatuju. Umpama kelkatu juga kerana dari sudut bilangan manusia yang keluar bukan sahaja dari zaman Nabi Muhammad tapi semua dari zaman Adam. Terlalu banyak. Semua akan dikeluarkan dari kubur.

Kedua, manusia berjalan dalam keadaan tidak tersusun. Dalam kebingunan. Ada ke kanan ada ke kiri. Mereka bertanya, siapa yang bangkitkan kami dari tempat baring kami. Masa ini mereka sedar semua yang disampaikan oleh para utusan Allah adalah benar. Mereka menyesal kerana tak persiap diri.

Ketiga, disebut kelkatu kerana kelkatu adalah binatang lemah yang hina. Manusia makhluk dicipta dalam keadaan lemah. Kita perlu makanan, kita perlu kasih sayang. Lahir manusia dicipta dalam keadaan lemah. Ketika lahir perlu bantuan dari bidan. Keempat, hina manusia dicipta dari benda hina. Tak ada yang berminat jika air mani dijual. Mereka bertebaran. Dalam keadaan kebingungan apa yang sedang berlaku.

Kita akan lihat ayat 5 Allah menjelaskan bahwa gunung-gunung pada hari kiamat seperti bulu, dimana gunung-gunung menghilang (dari tempatnya), menjadi seperti bulu (kapas) yang terkoyak dan berhamburan bagian demi bagiannya dan berterbangan di udara. Gunung ganang pasak bumi dan bumi tak bergegar dengan ada bukit bukau. Di hari kiamat bukit bukau seakan bulu bulu berterbangan. Begitu suasananya. Batu jatuh pada kepala kita. Sekeras batu akan jadi lembut berterbangan.

Kenapa gunung ganang? Menggambarkan keadaan manusia dengan gunung ganang bila berlaku ketukan pada hari kiamat padahal gunung begitu besar keras dari batu berbanding dengan kulit manusia. Gegaran kuat tiba tiba gunung menjadi bulu berterbangan. Sedangkan gunung tidak diberi amanah seperti mana amanah diberi pada manusia. 

Gunung ganang takut untuk terima bebanan tersebut. Manusia bila terima amanah akan berlaku zalim. Gunung yang tak diberi amanah pun boleh hancur bagaimana manusia yang lemah. Kita kena sentiasa takut untuk hadapi hari kiamat. Manusia dalam keadaan takut. Waktu itu orang menyusu tak tahu apa yang mereka susukan. Yang melahirkan tak sedar telah melahirkan.

Kita akan dapati isi surah ini ialah pda ayat 6 bicara tentang berat timbangannya maka dia dalam keadaan redha. Wajah jadi lebih indah. Badan jadi lebih kuat. Banyak melakukan kebaikan masa di dunia. Tidak semudah melakukan kejahatan. Dihidangkan syurga dengan segala perkara yang tak disukai manusia. Solat awal waktu, mengaji. Semua yang tak disukai. Tanggungjawab suami dalam keluarga bukan mudah. Isteri untuk taat pada suami, bukan kerja mudah. Bersedekah lah kamu kerana ramai wanita dalam neraka kerana wanita banyak bercakap dengan laknat caci maki dsb. Jarang bersyukur pda pasangan masing masing. Tak syukuri apa yang diberi oleh suami.

Perbanyakkan berdoa pada Allah minta Allah beratkan amalan kita tangungjawab dilaksanakan, cuba kita cari amalan yang diberi pahala banyak seperti sedekah yang pahalanya tinggi. 700 kali ganda pahala sedekah. Confirm Allah berikan sebagai imbuhan paling rendah. Allah boleh tambah pada sesiapa yang Allah kehendaki. Amalkan zikir sedikit pahala besar. Kita nak beratkan timbangan, hilangkan sifat takabur, sombong. Kadang kita bangga banyaknya amalan kita. Jika ada, segera kita hilangkan. Takut amalan jadi sia sia. Muflis kerana mencaci dan menzalimi manusia. Dosa orang dizalimi akan dicampak padanya. Kerana adanya perasaan riak, amalan tak terima.

Kenapa neraka disebut hawiyah. Bermaksud hari yang menghancurkan. Jika jatuh ke dalam neraka, akan terima siksaan. Ahli neraka akan jatuh ke dalam neraka.Kamu tahu apa yang kamu dapat tahu api neraka Allah yang terlalu panas. Setiap kali kulit kamu masak, ianya akan diganti dengan kulit yang baru agar kamu dapat rasa siksaan Allah.

Hadis berkenaan panasnya api neraka oleh abi Hurairah, Nabi bersabda api yang diguna oleh manusia hanya 1 juzuk dari 70 juzuk api neraka jahanam. Satu riwayat sebut 100 juzuk. Seringan ringan api neraka ialah capal ketika dipakai, akan menggelegakkan otaknya. OK setakat ini dahulu.


Saya memang peminat tegar sardin. Satu hari dalam tahun lepas kami berbuka puasa di hotel di Damansara. Di situ kebetulan disediakan sardin sambal yang kuah kering macam yang saya sediakan hari ini untuk dicicah dengan lempeng dan roti canai. Saya mengulang tak tahu berapa kali. Memang sardin seperti sangat sedap selain dimakan dengan nasi, juga dimakan dengan roti.

Kalau buat sendiri, dapat jimat boleh makan sepuas puasnya. Memang berbaloi baloi. Boleh juga dibuat seperti inti sandwich, cuma masukkan timun dan tomato. Wallaa sedap...

Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini.Jangan lupa video penyediaannya di Azie Kitchen Youtube Channel di SINI Selamat mencuba…


Sambal Sardin Cicah Lempeng
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
1 tin sardin cap ayam
Buah tomato - potong dadu
Bawang besar 
Garam
Gula
Minyak masak

Bahan hiris:
4-5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
5-6 biji cili padi hijau - ikut pedas disukai

Cara cara:
Tumis bawang merah, bawang putih dan cili padi sehingga keperangan. 


Masukkan sos sardin. Masukkan buah tomato dan bawang besar dan sedikit air. Masak sehingga mendidih. 


Masukkan sardin dan hancurkan sedikit. Akhir sekali masukkan garam dan gula. Masak sehingga terbit minyak dan kering yang disukai.





Catat Ulasan for "Sambal Sardin Sedap Dicicah Lempeng"